Ibu Hamil: Tip Kekal Bertenaga Dan Cukup Nutrien Pada Bayi Sewaktu Puasa Ramadhan


baby

Tahun lalu anda mampu menyempurnakan ibadah puasa sebaik-baiknya. Namun tahun ini hati berasa gusar dan tertanya-tanya adakah diri anda mampu melaksanakannya kerana anda kini sedang berbadan dua. Ada kala sihat, ada kala terasa begitu lelah. Jadi, apakah persediaan yang harus anda lakukan bagi memastikan anda mampu berpuasa dan pada masa yang sama bayi dalam kandungan sentiasa sihat.

ibu hamil


Antara tip untuk mengelakkan kekurangan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh bayi di dalam rahim ialah:

1) Minum air sebanyak mungkin ketika bersahur dan berbuka kerana antara sebab tidak sihat semasa berpuasa ialah kurang air

2) Kurangkan minum kopi dan teh. Ia mengandungi kafein yang boleh menyebabkan anda kehilangan air melalui deuretik (kencing)

3) Pastikan anda mengambil banyak protein misalnya kekacang, daging dan telur

4) Protein amat diperlukan dalam tumbesaran bayi selain ianya memberi tenaga dengan lebih lama berbanding karbohidrat

5) Elakkan makanan yang bergula. Ia akan menyebabkan paras gula tinggi dan rendah secara mendadak dan ini akan menyebabkan anda rasa pening dan pitam

6) Elakkan makan makanan bergoreng dan berlemak contohnya samosa, popia goreng dan sebagainya. Ini kerana makanan berminyak dan berlemak mempunyai khasiat yang rendah walaupun mengenyangkan

7) Makan makanan yang memberi tenaga secara beransur-ansur seperti kurma dan kekacang. Makanan seperti ini akan memberikan tenaga berterusan walaupun beberapa jam telah berpuasa.

8) Jangan sesekali meninggalkan sahur. Makanan ketika sahur haruslah lengkap, mengenyangkan dan memberi tenaga untuk sepanjang hari kerana setiap aktiviti di siang hari memerlukan tenaga yang banyak.

Shaklee menawarkan set mighty 3 gem untuk anda sekeluarga menjalani ibadah puasa. Jemput baca di sini.

Panduan untuk mengelakkan keletihan ketika berpuasa:
  • Rancang aktiviti harian agar dapat rehat secukupnya
  • Elakkan berjalan jauh
  • Elakkan terdedah kepada cuaca yang panas kerana ini mempercepatkan dehidrasi
  • Kurangkan kerja-kerja rumah yang berat dan membawa barang-barang yang berat
  • Perbanyakkan bacaan Al-Quran
Semoga perkongsian entry ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu hamil menjalani ibadah puasa dengan sihat dan sempurna.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen