Menu Penting Untuk Tumbesaran Kanak-Kanak

 
mealshakes shaklee

Si kecil anda memerlukan makanan yang sihat dan seimbang untuk tumbesaran mereka. Sebagai ibu bapa anda memainkan peranan bagi memastikan mereka mendapat nutrisi yang secukupnya bagi keperluan badan mereka. Jom baca apa menu penting yang diperlukan oleh anak-anak anda bagi memastikan mereka mendapat nutrisi yang secukupnya untuk tumbesaran mereka yang sihat.

1) Khasiat pemakanan daripada sumber semulajadi
Setiap makanan yang berbeza membekalkan khasiat yang berbeza. Dengan memberi anak anda pelbagai makanan dalam satu masa dapat membantu mereka mendapatkan kalori, lemak, vitamin dan mineral yang cukup untuk tumbesaran mereka. Mereka memerlukan kira-kira 800mg kalsium setiap hari. Oleh itu, makanan seperti susu, keju, dadih penting untuk mereka.

Sayur-sayuran dan buah-buahan pula dapat membekalkan vitamin A dan C. Berikan anak-anak makan daging dan kekacang bagi mendapatkan zat besi dan protein yang secukupnya. Selain itu, produk bijirin seperti roti dan bijirin penuh juga dapat menyumbang kepada peningkatan bekalan zat besi dan folat yang diperlukan oleh kanak-kanak.

2) Tambah saiz hidangan
Semakin bertambah usia anak, bertambah jugalah saiz hidangan yang perlu diberikan kepada anak. Yang penting, setiap hidangan yang diberikan haruslah sihat dan berdasarkan keperluan pemakanan mereka yang telah disarankan. 

Kuantiti makanan yang biasanya disediakan untuk mereka adalah 1/4 hingga 1/3 saiz makanan orang dewasa. Galakkan mereka makan setiap waktu dan sediakan snek sihat untuk kudapan mereka.

3) Pentingnya vitamin
Pakar pemakanan mencadangkan kanak-kanak mengambil 40mg vitamin C, 400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50mikrogram folat setiap hari.

4) Jangan sekat anak makan
Secara umumnya, kanak-kanak mendapat 30% kalori daripada lemak. Antara saranan keperluan khasiat pemakanan kanak-kanak menggariskan bahawa kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun perlu mengambil 1000 hingga 1300 kalori setiap hari.

Malah pakar pemakanan juga menyarankan agar kanak-kanak mendapat 16gm atau lebih protein setiap hari untuk tumbesaran mereka. Namun ia bergantung kepada saizbadan anak-anak anda , samada mereka terlalu kurus atau berlebihan berat badan.

5) Bahaya kurang khasiat pemakanan
Sekiranya anak anda tidak dapat memmenuhi keperluan nutrisi hariannya, dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak-kanak mudah mendapat anemia sekiranya kurang zat besi dalam badan.

Kekurangan zink pula boleh menyebabkan gangguan deria dalam badan mereka yang mengakibatkan mereka kurang selera makan. Apa yang perlu anda ingat adalah rutin pemakanan yang baik serta makanan yang sihat dapat membantu perkembangan dan tumbesaran anak-anak yang sihat.

Sumber: Pa & Ma Okt 13 | MS: 139

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan