Rambut Gugur, Masalah Ibu Selepas Melahirkan


syampu rambut shaklee

Tahukah anda bahawa kemungkinan ibu yang baru berslin boleh hilang antara 50- 100 urat rambut setiap hari? Lazimnya ibu yang berambut panjang lebih ketara mengalami masalah ini.

Masalah rambut gugur adalah antara dilema yang dialami oleh ibu selepas bersalin. Tetapi jangan panik, kepala anda tidak akan botak! Sebaliknya ia kembali normal antara masa enam ke 12 bulan selepas bersalin.

Faktor keguguran rambut lepas bersalin:

1) Perubahan hormon
Hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi dan ia melambatkan pertumbuhan rambut. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari. Malah ketika ini, anda juga dapati rambut kelihatan berkilat dan bersinar-sinar. Tetapi selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat 'berehat'. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau disikat.

2) Tekanan
Kesibukan yang dihadapi oleh ibu perlu menguruskan bayi baru lahir memberi tekanan pada dirinya. Malah keadaan lebih meletihkan apabila ibi juga perlu bekerja. Akibatnya mengehadkan masa untuk ibu menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya.

3) Kerap hamil dan bersalin
Ibu yang semnakin berusia dan telah mengandung beberapa kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda yang mempunyai bilangan anak yang sedikit. Ia berlaku kerana tidak menjaga kebersihan rambut yang akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak.

4) Pemakanan
Sikap tidak mengamalkan pemakanan yang sihat boleh menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius. Sepatutnya masalah keguguran rambut ini akan berakhir apabila bayi mula memasuki usia 6-12 bulan. Malah ada juga hanya mengalami masalah ini sekitar usia bayi 3-4 bulan. Namun, sekiranya keadaan berterusan, sila dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan kerana keguguran rambut selepas bersalin juga boleh jadi kerana kecelaruan hormon akibat tiroid dan juga anemia.

LAKUKAN
  • Pengambilan makanan berkhasiat yang diperkaya dengan protein dan zat besi. Antaranya telur, daging ayam, makanan gandum, tauge, sayuran hijau, buah-buahan segar, makanan laut, salmon, kunyit dan jintan
  • Jangan lakukan rawatan rambut seperti mengeriting, mewarnakan, melurus sehingga rambut kembali normal
  • Memotong rambut yang panjang. Ia mengelak rambut banyak yang gugur dan memudahkan juga dalam menguruskan si kecil
  • Pemakaian syampu yang diperkaya dengan vitamin B, lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik
  • Gunakan sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala iaitu jenis lembut. Elakkan menyikat rambut ketika basah kerana struktur rambut lebih rapuh dan mudah gugur
  • Minum air secukupnya sekurang-kurangnya lapan gelas sehari kerana dapat membantu membekalkan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat
  • Boleh memotong rambut menjadi pendek dapat mengurangkan masalah rambut gugur dan mudah diuruskan
  • Dapatkan tidur dan rehat yang cukup serta kurangkan tekanan
  • Jika rambut masih gugur dengan banyak, ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis. Segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut
Sumber: PA & MA | Okt 13 | MS: 36 &37

1 ulasan:

  1. tq atas tips ni sue...erza pun baru je potong pendek...mmg nampak beza dah makin kurang gugurnye rambut ni...

    BalasPadam