Ujian Apgar: Pemeriksaan Pertama Bayi Selepas Lahir


skor apgar

Setiap bayi yang baru lahir akan menjalani pemeriksaan terhadap seluruh badannya. Ia bertujuan memastikan smada bayi sihat atau tidak. Skor Apgar merupakan pemeriksaan pertama yang dilakukan kepada bayi baru lahir. Ia dilakukan di bilik bersalin. Tujuannya untuk melihat dengan cepat keadaan fizikal bayi baru lahir dan mngenali tanda-tanda pada badannya yang memerlukan rawatan segera.

Skor Apgar bermula sejak tahun 1952 oleh seorang doktor bius yang bernama Virginia Apgar. Perkataan Apgar sendiri adalah gabungan dari kata: Activity (aktiviti), Pulse (nadi), Grimace (ekspresi muka), Appearance (penampilan) dan Respiration (pernafasan). Dengan ini apgar merangkumi lima perkara iaitu:

1) Warna kulit
2) Degupan jantung
3) Kadar pernafasan
4) Otot
5) Tindak balas terhadap tiub

Warna kulit
  • Jika kulit berwarna biru atau pucat: skor 0
  • Jika biru di hujung kaki tangan tetapi badan berwarna merah jambu: skor 1
  • Jika keseluruhan badan berwarna merah jambu: skor 2
Kadar pernafasan
  • Jika bayi tidak bernafas: skor 0
  • Bernafas tapi perlahan: skor 1
  • Jika bayi terus menangis dan bernafas: skor 2
Degupan jantung
  • Degupan jantung boleh dilakukan pada dada atau tali pusat, jika masih tiada: skor 0
  • Sekiranya degupan perlahan iaitu kurang daripada 100 per minit: skor 1
  • Sekiranya degupan lebih daripada 100 per minit: skor 2
Otot
  • Ototnya lembik: skor 0
  • Sekiranya ada gerakan di hujung kaki tetapi badannya lembik: skor 1
  • Jika kaki dan tangannya bergerak aktif: skor 2
Tindak balas terhadap tiub
Bayi baru lahir dipenuhi air, jadi doktor akan menyedut hidung dan mulut menggunakan tiub penyedut.
  • Jika bayi diam semasa disedut: skor 0
  • Jika menunjukkan pergerakan mimik muka: skor 1
  • Jika bayi batuk atau bersin: skor 2
Sumber: Pa&Ma | Mei 2014

0 Pembaca Setia:

Catat Komen