10 Strategi Psikologi Bantu Si Manja Berpuasa



Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jiwa anak-anak yang masih putih dan bersih mudah di didik dan menerima tarbiah dengan amalan dan ibadah. Sempena Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi, ambillah peluang untuk mendidik si kecil menunaikan ibadah puasa sejak dari usia yang hijau. 

Elakkan daripada memaksa dan menyuruh mereka berpuasa sekiranya mereka enggan atau masih belum berupaya berpuasa sehari penuh. Hal ini kerana mereka belum mencapai tahap umur yang mewajibkan mereka menunaikannya. 

Amalan puasa bukan sahaja sebagai iabadah. Malah ia juga memberikan hikamh seperti mencerdasakan akal dan meningkatkan tahap kawalan diri dan nafsu. Justeru,apabila menyedari kepentingannya ini, tidak rugi jika anda mencuba strategi psikologi yang disusun ini. 

Pancing minat si cilik untuk berpuasa bersama anda dan pasti akan terlakar memori indah buat anda sekeluarga. 

1) Sentiasa bercerita 
Setiap kali berpuasa, anda bolehlah sentiasa menerangkan kepada si manja tentang apa itu puasa. Berikan dia gambaran awal tentang puasa walaupun pada ketika itu dia masih kecil dan belum mengerti. 

Minda si manja seperti span menyerap apa yang dilihat olehnya. Maka apabila anda sentiasa bercerita kepadanya maka tidak mustahil dia akan mengetahui dan ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai puasa. 

2) Sabar 
Mama dan papa seharusnya tidak menunjukkan emosi seperti lapar atau dahaga yang keterlaluan di hadapan si manja. Tunjukkan bahawa anda menjalani ibadah ini dengan penuh kesabaran dan tidak banyak mengeluh. 

3) Berperingkat 
Bagi si manja yang ingin berpuasa buat pertama kalinya, anda bolehlah menyediakan tahap tertentu supaya dia tidak terlalu terbeban. Misalnya dengan menyediakan puasa secara berperingkat. 

Pada hari pertama hingga ke-7, si manja boleh berpuasa dari waktu sahur sehingga jam 10 pagi. Pada minggu kedua dia bolehlah berbuka pada pukul 1 tengah hari. Pada minggu ketiga dia boleh berbuka pada jam 4 petang dan minggu keempat, dia bolehlah melanjutkan tempoh puasa sehingga waktu berbuka. 

4) Semangat 
Tiupkan semangat ke dalam diri anak-anak dengan memberikan sokongan moral dan kata-kata positif. Misalnya, katakana “Cuma dua jam lagi, mama rasa pasti Aisya boleh bertahan sampai waktu berbuka,”atau “Lihat abang dan kakak boleh sahaja berpuasa. Adik juga pasti boleh.” 

5) Leka 
Lekakan dia dengan aktiviti yang boleh mengalih tumpuannya daripada lapar dan dahaga. Ajak dia untuk membantu anda memasak menyediakan sajian berbuka puasa, membuat kuih raya atau mengaji Al-Quran bersama-sama. Jadi, dia akan sentiasa sibuk dan terlupa tentang lapar dan dahaga. 

6) Hadiah 
Sebelum bermulanya bulan puasa, tanyakan dia hadiah yang dihajati oleh si manja sebagai upah atau imbuhan kerana berpuasa. Hal ini sebagai dorongan dan penghargaan buat si kecil yang ingin mencuba untuk berpuasa. Hal ini juga membuatnya lebih bermotivasi untuk meneruskan puasa. 

7) Menu kegemaran 
Sajian menu kegemarannya saat bersahur dan berbuka secara tidak langsung adalah dorongan yang boleh diberikan kepada si manja. Tanyakan masakan yang ingin dimakan dan cuba penuhi permintaannya secara sederhana. Selain itu, penting bagi anda menyediakan makanan seimbang sepanjang Ramadan agar si manja menerima gizi yang secukupnya. 

8) Seronok bersahur 
Sahur menjadi saat di mana ibu-ibu terpaksa meninggikan suara mengejutkan anak-anak untuk bangun. Selain sajian kegemaran, pasang rancangan TV atau filem kegemaran mereka sebagai umpan si manja untuk mudah bangun sahur. 

Sesekali, anda sekeluarga bolehlah bersahur di luar untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan. 

9) Jauhi godaan 
Si manja masih dalam peringkat belajar untuk puasa. Jauhi godaan seperti makanan dan minuman berada di hadapannya. 

10) Aktiviti memenatkan 
Beritahu si manja supaya tidak melakukan aktiviti yang memenatkan seperti berlari dan bermain di bawah cahaya matahari yang terik. 

Sumber: PA & Ma, Jun 14 |MS: 156 & 157 

Ingin berpuasa bertenaga. Jom ambil set Mighty 3 Gem. Klik sini untuk info lanjut. 

Testimoni sila klik sini.

Berminat untuk mencuba. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue). Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi percuma serta jadual pengambilan vitamin yang betul. 

Sertai ahli Shaklee sekarang dan nikmati 15%-20% potongan harga bagi setiap produk Shaklee.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan