8 Makanan Terbaik Ketika Sakit


Umumnya, apabila mengalami masalah kesihatan, anda malas untuk makan kerana tidak berselera dek tekak yang tidak selesa atau juga terlalu banyak pantang larang untuk mengelakkan penyakit semakin merebak.

Beberapa jenis makanan di bawah ini boleh membantu meningkatkan tenaga dan ketahanan badan semasa sakit. Malah, boleh menambahkan nafsu makan anda.

1) SUP AYAM


Sup ayam mengandungi asid amino (cystein) yang dapat mengurangkan lendir dan membantu melawan jangkitan. Selain itu, ia juga membantu menjaga kelembapan hidung dan mencegah dehidrasi.

2) VITAMIN D
Kajian yang dilakukan oleh Massachusetts General Hospital pada tahun 2009 mendapati seseorang yang kekurangan vitamin D lebih mudah terkena jangkitan selsema. Selain itu, kajian dari Loyola University pula mengatakan makanan yang mengandungi vitamin D akan membantu meningkatkan semangat pada cuaca sejuk.

3) TEH PANAS


Minuman ini mengurangkan rasa sakit tekakdan memulihkan saluran pernafasan. Rasa hangat teh akan membantu anda merasa lebih nyaman, apatah lagi ketika sakit. 

Dengan antioksidan yang ada pada teh hijau juga,ia dapat membantu ketahanan badan untuk melawan jangkitan dan memnuhikeperluan cairan dalam badan. Jika anda bukan penggemar teh, anda boleh gantikan dengan air suam bersama perahan lemon.

4) LEMON

Sebenarnya, vitamin C tidak dapat mengubati selsema tetapi ia membantumeningkatkan ketahanan badan. Malah, lemon juga mengandungi antioksidan yang dapat mempercepatkan pemulihan dan melawan penyakit.

5) NASI, ROTI BAKAR & KRAKER


Ia mengandungi karbohidrat yang mudah dihadam oleh saluran penghadaman. Ia juga membantu untuk mengelakkan rasa mual dan muntah serta dapat menjadi sumber tenaga.

6) IKAN
Ikan yang mengandungi lemak baik seperti tuna dan salmon dapat membantu mengembalikan stamina badan. Omega 3pula dapat mengurangkan masalah peradangan pada badan dan mempertahankan sistem imunisasi. 

Sebagai bonus, Omega 3 juga baik untuk jantung,mengelakkan masalah nyanyuk dan menurunkan kadar kolesterol.

7) PISANG
Kandungan karbohidrat dapat member sumber tenaga dan kalium yang tinggi pula dapat  menggnatikan kalium dalam badan yang  hilang ketika anda berpeluh, muntah dan dehidrasi. Selain itu, pisang juga dapat membantu menstabilkan suhu badan anda.

8) HALIA

Menurut penelitian, halia sangat baik untuk untuk anda yang mengalami muntah, mual dan masalah penghadaman. Dengan minum halia suam, ia dapat membuatkan anda rasa selesa dan sekaligus dapat  menjaga keseimbangan cairan dalam badan.

Sumber: RAPI Jun 2014| MS: 88

1 ulasan:

  1. Sup ayam masukkan halia banyak-banyak. Kalau hirup time demam, cepat ja berpeluh.

    BalasPadam