Apa Target Perubahan Diri Anda Pada Bulan Ramadhan?


Alhamdulillah kita sudah masuk bulan Ramadhan. Saya ingin ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua pembaca blog sihat itu nikmat.

set ramadhan shaklee

Apa target perubahan diri yang kita mahu capai di bulan Ramadhan?

Bulan Ramadhan bulan terbaik untuk menjadi lebih positif kerana semua orang mahu berubah ke arah yang lebih baik.

Sama-sama kita konsisten dalam melakukan kebaikan supaya kita betul-betul memaksimumkan 30 hari Ramadhan.

Mana la tahu, kebaikan yang kita lakukan ini melekat dekat diri dan terbawak-bawak walaupun puasa dah habis. Mesti best kan? :)

===============
Konsisten = Istiqamah.
===============
Cth:
Solat Tarawikh.

Berapa rakaat kita mahu buat sepanjang bulan Ramadhan?
Buat banyak bagus.
Tapi jika buat banyak dan konsisten 
lebih bagus.

Konsisten itu lebih bagus 
daripada buat banyak tapi tak konsisten.
Itu cabarannya.
--
Konsisten = Istiqamah
Boleh diaplikasikan dalam bisnes yang kita jalankan.
Orang yang berjaya adalah orang yang konsisten dalam apa yang dia kerjakan.
--

PS: Sebagai muslim kita perlu target untuk punyai 2 jenis aset.
Aset dunia. Aset Akhirat.

Sayang jika kita tak dapat kumpul Aset Akhirat sementara masih diberi Oksigen percuma.

Setiap detik, setiap saat. Kita sedut oksigen percuma tanpa bayaran.

Semoga entri ini bermanfaat buat semua untuk kita berfikir dan sama-sama tetapkan matlamat Ramadhan kita. Insyallah. :)

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan