Menjadi Bapa Hebat: Tip Bapa Unggul


Keindahan, keharmonian, kebahagiaan dan kemanisan dalam rumah tangga bermula daripada ketua keluarga. Apabila menyebut tentang kepimpinan dan tugas seorang bapa, ia bukan sahaja menyediakan prasarana dan keperluan hidup untuk keluarga bahkan ia tidak lengkap dan sempurna tanpa perkara yang penting meliputi pendidikan,keselamatn, kasih sayang, perbelanjaan dan lain2.

bekerja dari rumah

Antara tip bapa unggul ialah:

1) Tinggalkan segala masalah kerja di pejabat ketika pulang di rumah terutamanya bila berhadapan dengan anak-anak dan isteri.

2) Sentiasa pastikan waktu lapang anak2 diisi dengan aktiviti keluarga seperti bercuti. 

3) Sentiasa bertanya khabar kepada anak2 dan isteri dan bersemang santai bersama mereka ketika waktu makan atau selepas solat berjemaah.

4) Cuba berkongsi masalah dengan anak2 dan isteri supaya mereka faham keadaan ayah.

5) Ajarkan kepada anak2 apa yang perlu dicontohi dan tidak ketika keluar berjalan bersama.

6) Sentiasa bermesyuarat dan berbincang sesama anak dan isteri perihal aktiviti keluarga.

Doa amalan untuk para bapa:

Doa kebahagiaan rumahtangga:
"Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami daripada isteri dan anak cucu kami yang menyenangkan kami dan jadikanlah kami ikutan bagi orang2 yang bertakwa" (al-Furqan: 74)

Doa agar suami isteri saling berkasih sayang:
"Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiaku" (Riwayat Muslim no 2491)

Semoga entri ini membantu anda menjadi bapa yang hebat dan disayangi oleh anak2.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen