Phytocol-St: Atasi Masalah Kolesterol Anda Secara Semulajadi dengan Fitosterol


Adakah anda salah seorang dari 6 juta warga Malaysia yang menghadapi masalah tinggi kolesterol?

kolesterol

Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi . Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius dimana ia boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. 

Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang di mana ramai individu yang masih tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi!

Apa itu kolesterol?
Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel2 badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu2 lain dalam tubuh.

Dua sumber utama Kolesterol
Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol darah anda. 

Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

phytocol-st

Bagaimana Kolesterol boleh menyebakan penyakit jantung?
Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah anda:
- LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
- HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)

LDL dikenali sebagai kolesterol "jahat" kerana paras kolesterol LDL yg terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda.plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, spt yg berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.

kolesterol dalam darah

sebaliknya, kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol "baik" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan " membersihkan" salur darah.

Oleh yg demikian, utk melindungi diri drpd penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yg rendah.

AWAS! Penyakit2 utama akibat kolesterol tinggi
Jika anda mempunyai tinggi kolesterol:
- risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
- risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
- risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati seperti hati berlemak,dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual

Apakah Penyebab Utama Tinggi Kolesterol?
Makanan malaysia yg tinggi lemak serta kalori adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. 

Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari; bagi mereka yang  menghidap penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari.

Walaupun begitu, cuba bayangkan anda sedang mengambil menu harian Malaysia seperti ini:

makanan tinggi kolesterol
  • Sarapan (2 keping roti canai 350mg)
  • Makan tengah hari ( nasi lemak 213mg)
  • Makan malam (charkway teow 235mg)
Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil sebanyak 798mg kolesterol! Itu adalah hampir tiga kali ganda lebih dari pengambilan harian yang disyorkan!

Bertindak hari ini: Ikuti petua ini untuk merendahkan paras kolesterol darah anda secara semulajadi
  • Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut
  • Lakukan senaman lebih kerap
  • Turunkan berat badan
  • Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi
Atasi masalah  kolesterol anda secara semulajadi dengan FITOSTEROL

Apa itu Fitosterol?
Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran. 

Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

phytocol-st

Jadi, bagaimanakah FITOSTEROL berkesan?
Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol, dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. 

Hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama2 fitosterol. Ini bermaksud, apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol LDL.

fitosterol

Berapa banyak FITOSTEROL yang anda perlukan?
Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2,000mg fitosterol dalam diet harian anda untuk menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.

Berminat untuk mencuba. Sila klik sini untuk pembelian.

Sebarang masalah hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue). Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi percuma serta jadual pengambilan vitamin yang betul. 

Sertai ahli Shaklee sekarang dan nikmati 15%-20% potongan harga bagi setiap produk Shaklee.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen