Ucapan Selamat Hari Raya


Assalamualaikum semua.

Di sini sue mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog SihatItuNikmat.

selamat hari raya aidilfitri

Pesanan saya, berpada2 dalam menjamu selera. Jangan lupa ambil suplemen Shaklee tau. ahaks hehehe..

Selamat menjalinkan ukhuwah dengan adik beradik, sanak saudara dan jiran tetangga.

Jangan lupa puasa enam Syawal ye. Sedikit info kelebihan berpuasa sunat 6 dalam bulan Syawal.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Ayyub al-Ansari, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal maka pahalanya adalah sama seperti puasa sepanjang tahun."

Nabi SAW menjelaskan puasa enam hari pada Syawal pahalanya sama seperti puasa setahun secara penuh. Namun syaratnya, setelah kita melengkapkan puasa sebulan Ramadan.

Jika puasa Ramadan, Nabi menjanjikan pengampunan dosa yang lampau maka dengan melengkapkan puasa enam hari dalam bulan Syawal pahalanya sama seperti kita berpuasa setahun.

Jom sama2 kita rebut pahala puasa sunat 6 ini k.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen