Cara Menghentikan Tangisan Bayi

cara menghentikan tangisan bayi

Bayi yang kolik atau tidak berpotensi untuk menangis berpanjangan dan sukar ditenteramkan terutamanya pada 3 bulan pertama. Kadang2 sampai naik buntu kita dibuatnya. 

Teknik di bawah mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda lebih2 lagi jika anda ibu bapa yang masih baru belajar.

1) Membalut bayi dengan kemas dan ketat. Langkah ini bertujuan mengekang gerakan tak terkawal tangan dan kaki  bayi yang sedang mengamuk.

2) Memegang bayi secara mengiring atau di perutnya. Ia juga dipanggil fetal position merujuk posisi bayi semasa dalam rahim.

3) Membuat bunyi 'Ssshhh' yang kuat dalam jarak dekat dengan telinga bayi. Ia meniru bunyi berirama yang dicetuskan gabungan aliran deras darah ke setiap salur darah ibu pada setiap saat, degupan jantung ibu serta pergerakan cecair amniotic (air ketuban).

Irama semulajadi rahim ini telah menemani bayi selama lebih sembilan bulan yang lepas.

4) Menghayun bayi dengan intensiti ayunan yang berpadanan dengan kekuatan tangisan bayi. Bayi terbiasa 'dihayun' ketika masih dalam rahim, setiap kali ibu bergerak.

5) Membiarkan bayi menghisap pada puting atau jari yang bersih.

Cara di atas yang dibuat dengan sempurna mampu mengaktifkan refleks bertenang kpd bayi dalam masa yang amat singkat! Selain itu, cubalah beberapa alternatif menenteramkan bayi seperti di bawah:
  • Menaiki kereta - beberapa pusingan singkat sudah mampu menenteramkan
  • Urut - berkesan jika bayi belum di puncak tangisan
  • Ambil angin luar - bersiar2 sambil mendukung atau menggunakan kereta sorong
  • Mandikan dengan air suam - tak perlu lama. Setelah bayi tenang, lap dan sapukan minyak hangat sebelum dodoi lagu tidurnya

0 Pembaca Setia:

Catat Komen