Jamuan Hari Raya Shaklee: Ketuk-Ketuk Aidilfitri iReach 2014


Pada hari Ahad 10/8/2014, bertempat di Hotel Grand Blue Wave Shah Alam telah berlangsungnya jamuan Hari Raya Shaklee group iReach. Alhamdulillah program separuh hari ini telah berlangsung dengan jayanya.

Ketuk2 Aidilfitri iReach 2014
Dimulakan dengan sesi pendaftaran terlebih dahulu sebelum tetamu dijemput masuk ke dalam dewan. Door gift yang saya dapat ialah sebuah beg galas Pierre Cardin. Nampak sgt kan pilihan upline kami yang smart dan ada class!  Juga dapat set kurus Shaklee Lecithin dan Herblax. 

Hadiah door gift yang istimewa
Collagen Powder tu saya menang game kotak beracun. Hot stuff untuk sesiapa yang inginkan kulit halus, cantik, gebu menawan. 

Kemudian diikuti dengan ucapan dari Presiden iReach Master Zainul Anuar. Tengok la tu anak2 riang ria bermain atas pentas.

Ucapan Presiden iReach Master Zainul Anuar
Saat yang ditunggu-tunggu, tentulah jamuan makan kan... Makanan yang dihidangkan hotel ni memang sedap2 belaka. Pilihan saya semestinya laksa utara, mmg sedaplah! Jom kita layan gambar.

Buah-buahan
Nasi dan lauk pauk
Rojak dan roti sandwhic
Laksa dan ayam golek
Hubby dan anak2 tersayang
Sambil makan2 ada tayangan video, ada game kotak beracun (hehe saya menang collagen powder Shaklee tau), ada sesi perkongsian bisnes Shaklee dan pemenang UV yang menepati syarat hari ke-10

Bisnes Shaklee sangat mementingkan ukhuwah sesama ahli. Selain itu, bisnes Shaklee ini turut mendorong ahlinya sama2 naik rank. Saling memberikan  motivasi dan tiada hasad dengki untuk menjatuhkan sesiapa.

Turut ditekankan untuk terus  konsisten dengan amalan rohani di samping berkongsi kebaikan produk Shaklee bagi membantu lebih ramai lagi masyarakat di luar sana.

Sekilas aktiviti sepanjang separuh hari di sana, jemput tonton video ini.

Tayangan video: Rahsia mendapat 50K
Tetamu yang hadir (full house)
Tayangan video: Rahsia mendapat 50K
Tayangan video: Rahsia mendapat 50K
Hubby layan anak makan
Tetamu yang hadir (full house)
Sebelum balik, acara wajib yang tak boleh tinggal mestilah ambil gambar beramai2. Jom layan lagi gambar.
Saya dan nenek saya
Bergambar bersama upline dan sideline
Team MUMTAZ bergambar dgn upline dan nenek
Keluarga besar iReach (cer teka mana saya)
Saya sangat bersyukur dikurniakan kesempatan menghadiri jamuan hari raya ini. Pengisian program yang ringkas dan teratur, door gift yang istimewa, makanan yang sedap, tempat yang selesa, AJK yang ramah. 

Overall memang bestlah. Tahun depan pasti saya akan datang lagi...

Kawan2 yang berminat nak menjadi ahli Shaklee atau berminat nak mencuba bisnes Shaklee, jangan malu hubungi sue melalui sms/whatsapp: 013 4774 285. Insya Allah konsultasi terbaik sue berikan untuk anda.
 

0 Pembaca Setia:

Catat Komen