Pengalaman Bersalin di Hospital Tropicana Medical Centre


Sebenarnya sudah hampir 5 bulan sue melahirkan anak ketiga di Hospital Tropicana Medical Centre (TMC), saja sue nak coretkan pengalaman di sini buat ingatan untuk masa depan.

pengalaman bersalin di hospital tropicana medical centre
Disclaimer: Entry ini sekadar berkongsi kisah pengalaman bersalin. Tiada niat nak menunjuk atau menyakiti hati mana2 pihak. Harap maklum.

Ini adalah pengalaman pertama bersalin di TMC. Sebelum ni, anak yang pertama bersalin di Kelantan dan anak kedua di Hospital Putra Sungai Buloh.

Mengapa sue memilih TMC?
Antara sebab mengapa TMC menjadi pilihan sue adalah
- dekat dengan rumah
- doktor feveret ada di situ
- hospitalnya selesa
- harga yg affordable
- nak elak traffic jem

Sue memilih Dr Noor Fidak untuk merawat sue sepanjang 9 bulan hamil. Alhamdulillah, sue sangat selesa dengan beliau. Dr Fidak ni baik orangnya. Bila nasihat kat patient dia, macam mak2 nasihat kat kita. Cakap lemah lembut, bertoleransi dan selalu cakap benda2 yg positif pada patient beliau.

Sebelum bersalin sue ada berbincang Birth Plan dengan Dr Fidak. Dia teliti one by one birth plan yg sue dah siap print. Siap tanda lagi dan bagi komen yg mana dia setuju dan yg mana dia rasa susah nak setuju sebab terikat dengan SOP Hospital Tropicana.

Tak pelah, sue pun faham. Fikir positif je. Untuk pengetahuan u olls klinik Dr Fidak ni sentiasa penuh. Selalu sue buat temujanji malam, kes nak ajak hubby teman sekali...jenuh juga la menunggu turn. Kadang sampai pukul 10pm baru settle urusan semua. Huh letih tunggu turn..anak2 siap tertido kekadang tu.

Berapa kos bersalin di Hospital Tropicana?
Ini sue cerita berdasarkan pengalaman sue ye. Mungkin berbeza dengan orang lain. Berikut sue senaraikan harga :

Konsultasi doktor - RM35
Scan perut - RM50
Test air kencing - RM6
Rekod rawatan - RM5
Total semua: RM96

Pakej bersalin:(Klik imej untuk lebih jelas)

pakej bersalin hospital tropicana
Website TMC: http://www.tropicanamedicalcentre.com/

Kisah bersalin

Hari Selasa dalam pukul 4 pagi asyik ulang alik toilet buang air kecil dan air besar. Dalam pukul 9 pagi rasa sakit contraction sikit2. Buat tak layan je. Siapkan keje rumah yang tak pernah habis. Sempat text hubby dah rasa sakit.

Pukul 11 pagi, hubby dah sampai rumah, masa ni sue duduk dalam bilik melayan surge yg datang. Tak rekod pun masa. Dalam kul 12 lebih terus pergi hospital, hubby kata dah smp masa dah ni. Dia la tukang melayan sue masa sakit contraction. Siap urut2 belakang dan tolong suap makan dengan air.

Sampai je TMC, terus parking kat emergency. Naik wheelchair. Pak guard tolong tolak kat depan kaunter. Masa ni la air ketuban pecah. Malunya....tapi nasib baik orang tak ramai kat kaunter tu. Lepas tu datang seorang staff nurse tolong tolak ke labour room.

Sampai labour room kene marah sbb dah nak terbesalin sangat baru datang hospital, dengan tak inform Dr Fidak. Ohoi...tapi tak pe servis diaorang memang cepat. Dalam sekelip mata siap bilik labour room dan team nak menyambut baby tanpa Dr Fidak.

Sebenarnya Dr Fidak hampir nak sampai. Dia tersangkut dekat traffic light. Maklumla kawasan situ tengah sibuk dengan projek pembangunan MRT.

Alhamdulillah bersalin dalam pukul 1 lebih sebelum masuk waktu Zohor. Terus skin to skin dan menyusu baby. Ya Allah satu pengalaman yg sgt manis. Sama pengalaman macam dua anak yg terdahulu, bilik pesakit penuh. So dudukla dalam labour room dulu sebelum dapat bilik.

Tapi labour room TMC ni best dan selesa la. Siap ada TV. Lepas Asar baru dapat bilik. Terus masuk toilet bersihkan diri dan rehat sambil menyusu baby. Heaven nye. Pastu teringat anak2 kat rumah. Rasa sunyi pulak tanpa mereka berdua.

Makanan kat sini boleh pilih. Tanda je dekat kertas menu yang diaorang bagi. Memang sedap la makanan kat TMC ni. Mak tang enjoy makan.

Dekat TMC ni boleh minta nak room in baby. So sue tidur dengan baby. Pastu ada nurse bertugas yang akan buat rondaan setiap beberapa jam. Lepas tu baby akan diambil sekejap untuk disalin pampers dan diletak bawah pemanas sbb bilik agak sejuk.

Keesokannya Dr Fidak datang dan check, then dia kata sue dah boleh balik. Masa nak check out ni yang jadi lama sebab nak tunggu bil dari hospital. Bosan sungguh la bab menunggu ni.

Kesimpulannya, sue sangat berpuas hati dengan servis TMC ni, kalo ada kawan2 di sekitar Kota Damansara, Subang, Bandar Utama yang nak bersalin, boleh cuba bersalin di TMC ni ye.

Semoga kawan2 mendapat sedikit sebanyak manfaat dari perkongsian pengalaman kisah bersalin sue ni ye..

17 ulasan:

  1. Salam..boleh tau junlah cost bersalin dgn dr fidak?sy pun ingt nk bersalin di TMC

    BalasPadam
  2. so bersalin normal lah kn? sbb mcm tgh survey hospital nie

    BalasPadam
  3. Afiqah Omar: ye sue bersalin normal :)

    BalasPadam
  4. Hi. Nak tanya. Mmg kos bersalin di TMC start from 3k ke? or dia start from 2.5k and above? Coz saya ada baca from other blogger yg bersalin kt tmc quite expensive. start from 4k and above. so quite terkejut bila u tulis u bersalin 3k je total. Correct me if im wrong :)

    Pls answer coz now saya tgh survey tmpt bersalin

    BalasPadam
  5. Setau sy start from 2.5k++...tp taon lps sy bersalin normal pon all in rm4.7k jgkla...tp dgn doc nurhazinat..bkn doc fidak..

    BalasPadam
  6. Salam Azura, ambil bilik brp bed yg rm4.7?

    BalasPadam
  7. Lisa, boleh call terus TMC utk pertanyaan harga.

    Harap maklum ye kawan2 semua, harga mungkin berbeza dari segi doktor, bersalin normal atau ceaser, ambil vaksin atau tidak, penggunaan brg2 hospital mcm pampers bayi, pad dll. Semua tu masuk dlm bil.

    Alhamdulillah kos sue bersalin di sana mmg rm3K shj pd Mac 2014.^^

    BalasPadam
  8. Salynah boleh call TMC bercakap dgn bhgn fertility 03 6287 1111. Bilik plg mahal of course single room.

    Bilik kongsi 4 katil atau 6 katil ke kalo x silap ok juga. Ada tirai penghadang setiap patient. ^^

    BalasPadam
  9. Salam boleh tahu tou duduk bilik apa ye time bersalin tu

    BalasPadam
  10. Salam boleh tahu tou duduk bilik apa ye time bersalin tu

    BalasPadam
  11. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips bersalin mudah.

    BalasPadam
  12. Salam Kak,

    Boleh share pengalaman checkup dan bersalin dengan doktor fidak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm,

      norafify boleh whatsapp akk kita sembang2 013 4774 285 :)

      Padam
  13. salam. kalau monthly check up usually berapa? yg rm95 tu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Puan Nabiha.

      Untuk 2017, monthly checkup adalah dalam RM150.
      Scan baby dan konsultasi doktor.

      Boleh hubungi Tropicana Medical Centre untuk maklumat lanjut 03-62871111

      Padam