Pesta Buku Selangor 2014


Assalamualaikum.

budaya membaca

Kalimah Al-Quran yang pertama menekankan kepentingan membaca; “Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan” (Al-Alaq, 96:3-4). 

Membaca ialah kaedah terpantas untuk memperolehi ilmu dan mendapatkan fakta. Antara kelebihan membaca ialah:
  • Memperkukuh perbendaharaan kata dan penguasaan linguistik pembaca
  • Melatih kefasihan berbicara, serta menambah fakta-fakta yang baru dan memperlengkap fakta sedia Mempertajam kesedaran sivik, sosial, ekonomi, politik, sejarah dan isu-isu berbangkit masa kini
  • Menawarkan kaedah senaman minda yang berkesan 
  • Memperkuat rangkaian dalam otak manusia, malah berupaya merangsang pembinaan rangkaian saraf yang baru
  • Penambahbaikan konsentrasi minda di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, serta pengatasian masalah jangka masa perhatian yang singkat

Rebutlah peluang untuk membeli buku dan bahan bacaan pada harga yang murah di Pesta Buku Selangor. 

Tetapkan 10 minit setiap hari untuk membaca! Tekadkan iltizam untuk membaca sebelum bermain Angrybird. Bawalah buku ke mana jua agar anda dapat menyelitkan sedikit pembacaan di waktu ruangan kosong. 

Langkah menyenaraikan buku dan tema yang ingin dibaca juga dapat membantu memotivasikan diri untuk sentiasa menghabiskan bacaan anda.

P/S: Ada kawan2 sue yang akan pergi ke pesta buku Selangor tak?

0 Pembaca Setia:

Catat Komen