Tip Berpantang: Panduan Penjagaan Bersalin Secara Pembedahan atau Caesarean


Assalamualaikum. Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya. Harini saya ingin berkongsi tip penjagaan berpantang selepas bersalin secara pembedahan. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri melahirkan anak sulong secara pembedahan akibat air ketuban yang tinggal sedikit dan fetal distress.

set bersalin shaklee

Bersalin secara pembedahan menyebabkan rahim bengkak. Ia melibatkan lapisan demi lapisan kulit yang dibedah. Oleh yang demikian, penjagaan ibu bersalin menerusi pembedahan mengambil masa yang lebih panjang berbanding mereka yang bersalin normal.

1) Bergerak seawal mungkin
Dalam tempoh 24jam selepas pembedahan, anda sangat digalakkan untuk bangun dari katil dan melakukan pergerakan. 

Contohnya, berjalan perlahan2. Kalau rasa sakit di tempat pembedahan, gunakan tangan untuk menampung bahagian perut. Pergerakan ini, membantu melancarkan peredaran darah dalam badan.

2) Mandi
Ketika mandi pastikan kawasan pembedahan tidak terkena air. Jika tidak, lap bahagian berkenaan agar ia kering sempurna. Penting ye sebab takut terkena infection pula. Untuk kesegaran, mandilah dengan air rebusan daun2 khas.

3) Cuci bahagian sulit
Walaupun tiada luka jahitan, anda tetap mengalami pengeluaran darah nifas. Penjagaan kebersihan dan kesihatan diri adalah penting bagi mengelakkan jangkitan kuman, bau busuk atau hanyir dan bagi menjaga rapi kesegaran tisu2 faraj.

4) Urutan
Berurut boleh dilakukan seperti wanita bersalin normal tetapi elakkan bahagian perut. Digalakkan ia dilakukan seminggu selepas bersalin. 

Urutan lembut pada parut pembedahan dapat mengurang perekatan kulit dan mengurangkan rasa tidak selesa yang biasa dialami. Mencari tukang urut ibu berpantang, klik sini.

5) Tuam batu atau besi
Rawatan tuam dilakukan ke seluruh badan termasuklah di bahagian perut serta luka pembedahan TANPA perlu menekan atau mencungkil  urat. Cukup sekadar meletakkan batu tuam atau tungku besi di atas perut sahaja. 

Rawatan tuam atau bertungku berupaya memecahkan angin dan lendir serta melancarkan aliran darah. Sebaiknya dilakukan dua kali sehari pada waktu pagi dan sebelah petang selepas waktu Zuhur.

set bersalin shaklee

6) Berbarut atau berbengkung
Penggunaan bengkung perlu dimulakan sehari selepas bersalin. Anda boleh menggunakan bengkung khas untuk wanita yang bersalin caesarean. Dulu saya beli bengkung ni dari bengkungmoden.com. Walaupun mahal tapi tahan lama.

Tujuan berbengkung adalah untuk membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim dan memecahkan angin. Selain itu, darah nifas dapat dikeluarkan dengan sempurna. Pakai barut selama dua minggu sehingga hari ke-44. Boleh juga diteruskan sehingga 100 hari.

7) Elak angkat berat
Jangan mengangkat sesuatu yang lebih berat dari bayi anda. Elakkan dari turun naik tangga serta melakukan kerja2 rumah.

8) Posisi tubuh
Apabila ingin bangun daripada kedudukan berbaring, mengiringlah ke sisi dan gunakan lengan anda bagi membantu  anda ke posisi duduk. Dalam masa yang sama sokong perut anda dengan mengampunya dengan tangan.

9) Senaman
Senama ringan asalkan tidak melibatkan abdomen bagus dilakukan untuk mempercepatkan pemulihan fizikal. Senaman yang melibatkan badomen hanya boleh dilakukan SELEPAS enam minggu bersalin.

10) Pakaian dalam
Pakai pakaian yang diperbuat daripada kapas bagi mudah menyerap peluh dan lebih selesa. Untuk seluar anda juga boleh menggunakan seluar dalam pakai buang yang bersaiz besar.

11) Batuk atau bersin
Jika anda ingin batuk atau bersin, letakkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan2 sebagai sokongan pada parut pembedahan. Dengan cara ini, ia dapat mengurangkan rasa tidak selesa ketika anda batuk atau bersin.

Info: Ibu berpantang secara pembedahan perlu menjaga pantang pemakanan selama 100 hari dan mengelakkan hubungan intim sekurang2nya 50 hari.

Ingin mencuba set berpantang Shaklee, klik sini.

Testimoni set berpantang Shaklee, klik sini.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen