Assalamualaikum.

Cabaran blogging Kami Blogger Hebat diteruskan lagi. Kalini bercerita mengenai blog kesayangan. Jom saksikan.

Blog kak Suraya Lunatots ni Sue dah khatamkan masa mengandung anak sulong. Banyak input yang Sue dapat mengenai penyusuan susu ibu, cloth diaper dan home schooling. 

Lunafamily adalah nama terbaru blog Kak Su. Sue sangat kagum dengan kak Su yang kini telah menjadi usahawan Muslimah yang berjaya.

Wanita dan masakan memang tak dapat dipisahkan bukan? Sue suka mengikuti hasil perkongsian resepi dari Chef Liza. Semuanya sedap-sedap belaka.

Mengikuti perkembangan pertuturan anak-anak mengikut peringkat umur dan juga belajar bagaimana mengajar anak bercakap mengikut usia yang sesuai dengan peringkat umur.

Menjadi ibu bapa seharusnya banyak ilmu yang harus dipelajari. Ilmu perkembangan anak-anak, aktiviti yang sesuai dengan anak-anak mengikut peringkat umur, bagaimana nak buat proses pembelajaran adalah suatu perkara yang menyeronokkan, dekorasi ruang belajar yang sempoi dan menarik dan lain-lain lagi.

Tips travel ke oversea, perbelanjaan dan sebagainya yang berkaitan dengan travelling. Semoga suatu hari nanti Sue mampu travel around the world dengan family tersayang ^^.

Senarai di atas hanyalah sebahagian daripada blog yang Sue suka terjah, ada lagi sebenarnya. Cukuplah hanya 5 blog sahaja Sue kongsikan buat rakan-rakan semua. Semoga peroleh manfaat :)
Assalamualaikum.

Pada hari Ahad lepas iaitu 28/9/14, telah berlangsungnya acara gilang gemilang ini di Shah Alam Convention Centre. Seramai lebih dari 1000 orang telah hadir memeriahkan majli Shaklee ini. 


Memang terlebih expectation sampai tak cukup kerusi dan terpaksa berdiri buat sementara waktu sebelum pihak tuan rumah menambah kerusi dalam dewan.


Majlis ini bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada jam 6.15 petang. Majlis ini diadakan bagi meraikan business leader yang berjaya dalam Shaklee, berkongsi kisah motivasi dari master hebat dalam Shaklee selain jamuan raya untuk semua ahli Shaklee sekitar Lembah Klang.

Alhamdulillah saya adalah salah seorang penerima penghargaan pada majlis tersebut. Selama lima tahun saya bekerja di syarikat swasta, belum pernah sekalipun saya diraikan dalam majlis yang sebegini meriah. Alhamdulillah, dalam Shaklee saya dapat rasai pengalaman tersebut.

Credit pic: Lydzar Rusman
Harapan saya untuk National Conference tahun hadapan lebih banyak award saya dapat kaut. Siapa yang tak rasa seronok kan bila usaha kita dipandang dan dihargai dalam majlis yang sebegini meriah kan?

Perkongsian kisah motivasi oleh dua orang master hebat sangat menyentuh perasaan saya. Dalam Shaklee bukan wang yang dipandang, tetapi sejauh mana anda telah menolong masyarakat di luar sana. Nak berjaya dalam Shaklee, kena bantu orang lain berjaya barulah kita berjaya.



Majlis di selang selikan dengan acara cabutan bertuah. Saya mengharapkan nombor saya naik, namun nampaknya kurang bernasib baik haritu. Cabutan bertuah di akhir majlis adalah sangat havoc sekali.

Semua orang mengharapkan nombor mereka terpilih, maklumla bakal dapat hadiah lumayan iaitu Vivix dan Collagen. Bertuah la pada siapa yang dapat tu..

Majlis di akhiri dengan jamuan makan. Saya tak sempat makan disebabkan anak-anak sudah meragam. Dengar kata hidangan yang disediakan memang super dilicious.



All in all, memang tak rugi menghadiri setiap program Shaklee. Penuh aura dan mesti dapat something dari majlis yang kita pergi.

Jika anda berminat menjadi ahli Shaklee atau berminat join bisnes Shaklee, jangan malu, jangan segan untuk menghubungi saya melalui sms/whatsapp: 013 4774 285 (Sue). Saya akan membimbing anda untuk mencapai impian yang anda idamkan insyaAllah.

Assalamualaikum.

Jom meriahkan segmen ini. Klik banner di bawah untuk join.


Assalamualaikum.

tips tambah susu ibu
  • Setitis susu ibu mengandungi lebih satu juta sel darah putih! Sel darah putih yang dinamakan macrophages (seperti pacman) berfungsi untuk memakan kuman. 
  • Susu ibu sangat kaya dengan immunoglobulin A (lgA) yang berfungsi untuk melindungi system penghadaman bayi yang belum matang- mengelakkan jangkitan kuman dan alahan. 
  • Kandungan susu ibu adalah 88% air! Oleh itu, sudah sempurna dan anda tidak perlu memberikan air tambahan! 
  • Setiap ibu akan menghasilakn susu ibu khusus untuk perlindungan anaknya. Apabila ibu terdedah kepada sebarang jangkitan, ibu akan menghasilkan antibody khusus untuk jangkitan tersebut. Hebatnya! 
  • Elakkan penggunaan putting kosong, putting botol dan susu tambahan kecuali jika keadaan perubatan memerlukannya 
  • Pastikan bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap iaitu 8-12 kali dalam tempoh 24 jam. 
  • Bayi yang cukup susu akan mempunyai lampin basah sebanyak 5-6 kali (selepas 1 minggu) dan membuang air besar 3-4 kali (selepas hari ke-4) dalam tempoh 24 jam. 
  • Jika ibu ingin tahu bagaimana rasanya lampin basah- curahkan 3 sudu besar air ke atas lampin. 
  • Bayi berupaya mengosongkan payudara dengan lebih efektif berbanding dengan pam (semahal mana sekalipun!) 
  • Niat, ilmu, sokongan dan latihan adalah kunci kejayaan penyusuan bayi. Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi oleh ibu pasti ada penyelesaiannya jika ibu meminta bantuan dengan segera daripada kaunselor atau pakar laktasi. 
  • Penghasilan susu bergantung pada permintaan bayinya, amalan dan teknik penyusuan yang betul dan BUKAN kepada sebarang produk atau pemakanan tertentu.
set menyusu shaklee

Ingin mencuba set breastfeeding Shaklee? Klik di sini.
Assalamualaikum.

Untuk ibu-ibu yang masih tercari-cari suplemen apakah yang sesuai dengan anak-anak serta sangat prihatin akan kesihatan dan perkembangan anak-anak, jemput baca kupasan entry Sue ini ye.

Kenapa nutrisi penting di awal perkembangan kanak-kanak?
  • Perkembangan optimum dari segi fizikal, mental, intelek, sosial dan aspek emosi
  • Mencegah daripada penyakit kronik
Bolehkah anak anda mendapat segala nutrisi daripada makanan sahaja?
  • Anak anda memilih makanan
  • Anak anda banyak makan makanan yang siap diproses, fastfood, jajan
  • Anak anda lebih suka minum cordial yang tinggi gula serta berasid
  • Perubahan gaya hidup ( anak2 sekarang kurang beraktiviti di luar rumah)
  • Ibu bapa sibuk dengan kerja
  • Pencemaran alam sekitar
Nutrisi yang lengkap dan gaya hidup yang sihat ketika kanak-kanak, bukan sahaja pada kesihatan tetapi juga memberi kesan pada masa depan.

Produk Shaklee memberi nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan anak-anak anda supaya lebih tangkas, bijak dan menyerlah. 

10 sebab mengapa Mealshakes memberi lebih daripada apa yang si kecil anda perlu untuk pertumbuhan dan perkembangan

kebaikan mealshakes

1) Karbohidrat. Indeks glisemik yang rendah untuk mengekalkan tenga sepanjang hari


2) Protein. Lengkap dengan 9 asid amino. Penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan


3) Vitamin A,C,E, . Antioksidan mengekalkan kesihatan kulit dan membina sel-sel badan


4) Serat. Membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit


5) Vitamin B. Meningkatkan fokus dan perhatian dan memelihara kesihatan sistem saraf


6) Sodium dan Magnesium. Keseimbangan cecair badan dan mengurangkan rasa letih


7) Vitamin C. Kesihatan gusi, gigi dan kulit serta menentang jangkitan kuman


8) Vitamin A. Kesihatan mata


9) Kalsium dan Vitamin D. Kesihatan dan perkembangan tulang.


10) Zat besi dan B12. Untuk pembinaan sel-sel darah merah.


1 canister Mealshakes mampu bertahan untuk 1 bulan pengambilan bergantung kepada bilangan kanak-kanak yang mengambilnya.

Cara Pengambilan
4 sudu besar Mealshakes + 250ml susu rendah lemak 
(Nota: Pastikan anda mendapat jadual makan Mealshakes yang betul dari saya. Pengambilan adalah berbeza mengikut umur)

Untuk hasil yang lebih baik, anda boleh dapatkan set vitamin kanak-kanak ini.

suplemen untuk kanak-kanak

Tiada salahnya melabur sedikit wang untuk kesihatan anak-anak. Jika sekiranya kita mampu beli beg tangan, smartphone dan segala jenis benda lain, apa kata sediakan sedikit portion untuk membeli vitamin pada anak-anak anda.

Pilihan di tangan anda! Anak sihat dan bijak, membawa kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga. Berikan anak-anak kita yang terbaik. Masukkan supplement ini ke dalam diet seharian mereka.

cara bancuh mealshakes

Berminat mencuba, boleh hubungi sue melalui sms/whatsapp: 013 4774 285.

Assalamualaikum.

Klik banner untuk join.
Assalamualaikum.


Jom join. Klik banner di atas.

" SENYUMLAH, HIDUP INI INDAH "


Assalamualaikum.


Yehaaa...dapat sudah collage dari Miss N untuk Segmen : Malaysiaku dari Kapas Putih
Semua yang join segmen ni dapat collage yg Love Malaysiaku ini.

Istimewanya sebab ada gambar Sue sekeluarga tau dekat pic collage ni. Bestnye... 
Thanks N :)
Assalamualaikum.

Siapa nak hadiah dari Paris, dijemput join GA menarik ni. Klik banner untuk join ye.


Syarat2 penyertaan:
  • Follow blog JINDRISSKA ni. (Kalau dah follow, skip je syarat ni.)
  • Buat satu entry bertajuk "Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!" , letak banner, copy syarat2 penyertaan dan backlink ke blog JINDRISSKA.BLOGSPOT.COM.
  • Wajib tag 3 orang rakan blogger, dan inform diorang. (Kalau kawan tuh dah di-tagged, janganlah tag diorang lagi. Kesian diorang dapat notification banyak2. Heheheh.)
  • Lastly, letakkan link entry korang dalam ruangan komen kat bawah ni. Siap!

GIVEAWAY BERAKHIR 28 OKTOBER 2014
(jam 11:59 tengah malam, waktu Malaysia)

Tag:
http://acikwatie.blogspot.com/
http://ummi2m2s.blogspot.com/
http://kathyrbain.blogspot.com/
Assalamualaikum.

25/9/14, genaplah enam bulan usia anakanda Afrina. Walaupun anak dah 3 orang, Sue masih merujuk buku-buku masakan bayi sebagai panduan. Satu lagi sebab nak dapatkan 'feel' memasak makanan bayi tu balik. Maklumla abang-abangnya dah besar.


Gambar di atas adalah antara buku yang menjadi bahan rujukan Sue. Sebenarnya banyak lagi, tapi tersimpan kemas dalam stor sejak berpindah rumah baru, hehehe...

Jom kita refresh sikit ilmu, Apa yang BOLEH anda lakukan untuk bayi yang baru nak start MAKAN?

makanan pejal bayi
  • Perkenalkan hanya satu makanan pada satu masa
  • Tunggu  selama 4 hari selepas memperkenalkan makanan baru. Dalam masa 4 hari ini, anda/ boleh mengesan tanda alahan kepada makanan, jika ada
  • Mulakan dengan kuantiti yang sedikit
  • Setelah si manja dapat membiasakan diri dengan pelbagai jenis makanan, anda bolehlah mencampurkan beberapa jenis makanan dalam satu hidangan, seperti bubur nasi dengan daging cincang dan puri sayur
  • Pastikan rasa dan tekstur makanan sesuai dengan tahap perkembangan si manja
  • Suap makanan sebaik sahaja si manja lapar, sebaik-baiknya sebelum anak anda meragam atau hilang selera makan
  • Bergantung kepada keupayaan si manja, beri makanan yang boleh diambil sendiri atau air dalam cawan yang boleh dipegang
  • Elakkan benda yang boleh mengalih perhatian, seperti TV dan mainan, semasa makan supaya si manja boleh memberi tumpuan penuh dan menikmati makanannya
  • Makan bersama si manja. Anda boleh menggalakkan si manja untuk makan atau belajar menyuapkan makanan sendiri
solid food

Apa yang TIDAK BOLEH anda lakukan?
  • Mencampurkan makanan yang berlainan jenis dalam satu masakan apabila mula memperkenalkan makanan pelengkap
  • Memberi makanan yang boleh menyebabkan si manja tercekik, seperti kacang dan bijian
  • Memaksa bayi makan atau memberi makanan secara berlebihan. Hentikan pemberian makanan apabila si manja memalingkan muka atau menunjukkan tanda tidak berminat; dia mungkin sudah kenyang
Sekerap mana anda patut memberi makanan pelengkap?
  • 6-8 bulan: makanan utama 2-3 kali sehari dan pastikan susu ibu diberi 5-6 kali sehari. Makanan snek umumnya tidak perlu diberikan, tetapi boleh diberi jika dapat diterima oleh bayi
  • 9-11 bulan: makanan utama 3-4 kali sehari + 1-2 snek berkhasiat
  • 1-2 tahun: makanan utama 4-5 kali sehari + 1-2 snek berkhasiat
Apa makanan pertama yang mommies beri pada anak-anak? Jom kongsikan di ruang komen. Thank You. ^^

Assalamualaikum.

Klik banner untuk join.

Hadiah yang sangat menarik untuk dimenangi.
Tag: 
http://vithebat.blogspot.com/
http://mamamyraslove.blogspot.com/
http://rahsiavitaminibu.com/
http://supplementandyou.blogspot.com/
http://eshazara.blogspot.com/
http://www.jurnalnutrisi.com/
http://www.healthyinside.co/
http://mellyareenza.blogspot.com/
http://sitiyangmenaip.blogspot.com/
http://notashalimar.blogspot.com/

Assalamualaikum.

Klik banner untuk join.
Assalamualaikum.

Tak sangka Sue menang giveaway Ayie Atiqah. Alhamdulillah, rezeki hari Jumaat kot ^^.


Terima Kasih Ayie.

Antara GA yang pernah Sue menang (x banyak pon..hehehe) boleh klik sini.
Assalamualaikum.

Apa aktiviti hujung minggu anda? Jika tiada sebarang aktiviti, anda semua dijemput hadir ke Mama Bazaar ni.

Di sini ada di jual baby sling, cloth diapers (kain lampin moden) dan baju baby.

Sesuai untuk ibu bapa dan juga bakal parents untuk hadir memeriahkan majlis ini.

Details boleh refer di poster. 


Jangan lupa datang ;)
Assalamualaikum.

Salam Jumaat buat semua rakan-rakan bloggers.

Untungnya manusia di mana ketika dia tidur, namun masih banyak mengumpul pahala. Adakah anda mahu termasuk dalam golongan tersebut? Jom baca tips di bawah.


Selamat beramal :)
Assalamualaikum.

Patch Test adalah kaedah yang digunakan untuk menentukan sama ada bahan tertentu menyebabkan keradangan alahan kulit kepada pesakit. Mana-mana individu yang disyaki mempunyai alergi dan / atau dermatitis atopik memerlukan ujian patch. 

Kalau anak2 ekzema, sebelum mommies sapu apa2 krim yang TIDAK mengandungi steroid, sebaiknya buat dulu ujian ini ye.

Bagaimana nak buat? Rujuk gambarajah di bawah:

ekzema dan ujian patch test


ujian patch test

Jika sekiranya selepas sapuan krim ada timbul kemerah-merahan, naik ruam, gatal-gatal, rasa sakit, semakin naik flare, hentikan penggunaan krim tersebut. Boleh jadi bahan-bahan yang terkandung dalam krim tersebut adalah tidak sesuai dengan anda.

Semoga info ini membantu mommies semua. Jangan lupa kongsikan juga entry ini kepada rakan2 anda yang lain.

Assalamualaikum.

panduan bercerai susu badan

Anak-anak kecil bila mereka menyusu terutamanya menyusu badan, ia bukan sekadar makan. Ia memberikan kepada mereka rasa dikasihi dan dilindungi.

Oleh itu bila mahu berhenti menyusukan anak kecil, anda mesti membuat perancangan. Jangan masuk perangkap seperti ramai para ibu yang tidak membuat perancangan, sedar-sedar anaknya sudah dua tahun. Kemudian barulah kelam kabut untuk menghentikan anak menyusu. 

Oleh kerana kita kurang faham apakah maksud menyusu itu kepada anak itu, maka kemungkinan besar kita para ibu mudah gagal dan stres bila cuba menghentikan anak menyusu badan atau botol.

Ibu share apa yang anda boleh lakukan.

1- Rancang bagaimana anda akan mengurangkan jumlah anak itu menyusu.

2- Programkan ke dalam minda anak, bila dia sambut birthday kedua contohnya, dia akan berhenti menyusu. Sering katakan perkara ini BERSAMA mengurangkan jumlah anak itu menyusu badan.

3- Jika dulu anda menyusukan anak sambil baring dan membawa ke tidur, sekarang ini mulakan menyusu sambil duduk di ruang tamu dan elakkan sampai anak itu tertidur. Untuk dia biasa menyusu itu hanya sekadar dia mahu berasa dekat dengan ibunya dan bukan untuk menghilangkan lapar. Lakukan perubahan ini perlahan-lahan dengan mencadangkan perubahan itu kepada anak dengan lembut dan tegas.

4- Dapatkan satu cara baru yang membolehkan anak berasa dia dilindungi dan dikasihi. Contohnya, anda akan peluk dia sehingga 3 minit lamanya, atau baca buku dan peluk dia...apa sahaja aktiviti yang boleh anda lakukan dengan mudah tetapi sangat mesra, rapat dengan anak itu.

5- Faham bahawa anak itu perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan itu. SELL THE IDEA yang sekarang ini dia sudah besar dan nampakkan kelebihan menjadi budak yang lebih besar. SELL, SELL and SELL tanpa marah!

6- Anda sebagai ibu dan bapa yakin dia boleh berhenti menyusu badan dengan mudah!

Kredit FB: Prof. Dr. Rozieta Shaary

PS: Anda berminat mencuba Set Breastfeeding Shaklee? Klik SINI.
Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan semua, jika anak anda pengidap ekzema dan masih menyusu badan, ibu-ibu hendaklah mengawal diet makanan harian iaitu tidak boleh makan telur, tepung putih, gula putih dan sebagainya.

Namun kadangkala dalam tempoh berdiet, mungkin ada sedikit keinginan untuk makan makanan manis.

Kini terdapat pilihan makanan yang sesuai diambil oleh pengidap ekzema iaitu seperti dalam gambarajah:




Kalau mommies pandai buat sendiri lagi bagus kan. Kadang2 nak juga ubah selera, setiap hari asyik makan buah je kan ;)

Makanan ni mommies boleh dapatkan di Village Grocer. Salah satu cawangannya ialah di Sunway Giza, Kota Damansara.

Selamat bertukar selera mommies :)

Assalamualaikum.

Ingat tak lagi, zaman sekolah dulu-dulu kita ada projek tanam pokok taugeh untuk subject Sains.

Bestkan, bila tgk pokok taugeh tumbuh banyak dan memanjang. Hehe..dulu pernah juga terpikir nak jadi usahawan taugeh la.

Bila dah besar, rupanya rezeki Sue jadi usahawan Shaklee :)

Sebenarnya nak tunjuk hasil projek sains sekolah Amjad ni ha, tanam pokok taugeh.

pokok taugeh

Alhamdulillah...menjadi juga pokok taugeh yang ditanam.

Teacher dia siap pesan don't forget to pour water every day ye Amjad..

Baiklah teacher, semoga pokok taugeh ni dapat membesar dengan sihat..Jangan terbantut udah la ye..
Assalamualaikum.

Anak adalah satu anugerah terindah kurniaan Ilahi kepada setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga. Fasa kehamilan yang normal bermula dari hari pertama sehinggalah usia kandungan 40 minggu.


Selepas 39 minggu fasa kehamilan, anda dapati masih tiada sebarang tanda hendak bersalin, sudah tentu anda jadi semakin risau kan? Sudah la berat membawa perut ditambah pula dengan sakit pinggang. Anda rasa makin tidak sabar nak cepat-cepat bersalin je kan?


10 Fakta Induction Labor


Biasanya jika fasa kehamilan anda telah melepasi edd (estimate due date) yang diberikan doktor, anda akan dipaksa untuk bersalin. Gambarajah di atas menerangkan mengenai fakta induction of labour.

Jika anda seorang ibu hamil yang sihat dan berisiko rendah, elak kanlah dari proses dipaksa bersalin ini. Ianya sangat menyakitkan dan membawa risiko yang lebih tinggi untuk bersalin czer. 

Saya juga pernah merasai pengalaman di induce ini masa anak sulong. Doktor berikan ubat makan. Start makan dari awal pagi, sampai ke malam jalan masih belum buka. Akhirnya saya terpaksa czer kerana fetal stress.

Masa anak sulong, memang ilmu Sue sangat kurang. Selepas pengalaman tersebut, telah banyak mengajar dan memberi ilmu baru pada Sue dan juga suami.

Bagaimana Induce Labour Secara Natural
1) Nipple stimulation
Ianya boleh dilakukan samada pam breast anda dengan pam penyusuan atau menggunakan tangan (marmet). Boleh juga menyusukan anak jika ini bukan kehamilan yang sulong bagi anda.


2) Buat seks dengan suami
Bayi yang telah melepasi edd (estimate due date) akan keluar tak lama lagi selepas melakukan hubungan intim. 

Ini kerana air mani mengandungi lemak yang dipanggil prostaglandin (juga digunakan dalam perubatan induksi)  yang membantu melembutkan serviks dan orgasme wanita boleh menyebabkan pengecutan rahim yang kuat.

3) Makan makanan pedas
Banyakkan makan makanan pedas kerana ia dipercayai boleh merangsang kelembutan otot usus, menggalakkan pembebasan prostaglandin dan membantu rahim bersiap sedia untuk proses bersalin.


4) Minum teh raspberry
Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan pelvis ketika “contraction” bagi membantu proses kelahiran bayi dan juga plasenta. Ia juga mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.

Boleh beli di sini.

5) Akupuntur
Tonton video di sini.

6) Minum air jus nenas
Kalau rajin boleh buat sendiri atau boleh dapatkan air kotak ini di pasaran.


7) Jalan itik
Jalan itik ini Sue buat dalam toilet. Cuci lantai toilet, bersihkan dinding toilet. Kaedah ni sangat berkesan untuk Sue.


8) Banyak berjalan kaki
Kaedah ni pun Sue pernah cuba juga. Berjalan satu Mid Valley Megamall. Nampaknya usaha ini berjaya membuahkan hasil.

Sebelum mencuba kaedah induce natural labor ini, anda boleh minta pandangan atau nasihat dari doktor terlebih dahulu. Setiap dari kita adalah berbeza. Ada ibu yang kesihatannya ok dan baik sahaja sepanjang kehamilan, begitu juga ada yang sebaliknya.

Selamat mencuba!

Berminat mencuba set kehamilan dan juga set bersalin Shaklee? Klik di sini dan sini.