CoQ10: Suplemen Penting Untuk Ibu yang Sentiasa Sibuk



Melihat situasi sekarang, kehidupan seorang ibu adalah sangat sibuk. Pagi, sibuk dengan tugasan di pejabat, petang pula sibuk menguruskan hal rumahtangga yang tiada sudahnya. Maka, sebab itulah suplemen CoQ10 diperlukan agar dapat membantu mengurangkan keletihan para ibu.

CoQ10 adalah salah satu daripada nutrien yang paling penting di dalam tubuh kita. Ia wujud di dalam setiap sel tubuh kita dan memainkan peranan kritikal di dalam fungsi sel2 dalam membantu menghasilkan tenaga begitu juga di dalam mengekalkan kesihatan otak, jantung dan gusi. Ia juga amat baik untuk sistem imunisasi.

Malangnya, paras CoQ10 kita secara semualajadinya mula mengalami kemerosotan seawal usia 25 tahun, jadi adalah penting untuk kita mendapat sebanyak mungkin nutrien2 ini daripada sumber makanan yang berkualiti dan suplemen.

CoQ10 boleh dijumpai di dalam makanan seperti daging, ikan, kekacang dan biji-bijian. University of Maryland mengesyorkan agar orang dewasa mendapatkan kira2 30 hingga 200mg CoQ10 setiap hari daripada daging sebagai sumber paling tinggi.

Bagi ibu2 yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menumpukan perhatian terhadap diri mereka, suplemen CoQ10 boleh menjadi satu idea yang paling baik untuk memastikan mereka mendapat manfaat nutrien ini.

coq10

3 Kebaikan CoQ10 bagi Ibu
Berikut adalah tiga cara suplemen CoQ10 dapat memberi manfaat kepada anda.

1) Tenaga Tambahan
CoQ10 berfungsi sebagai perangsang metabolik yang sederhana, mempercepatkan kadar metabolisme yang mana tubuh anda akan menukarnya menjadi tenaga. 

Ia menggalakkan sel2 di dalam tubuh anda untuk bekerja lebih cepat, maka dengan itu, ia menghasilkan lebih tenaga yang diperlukan oleh tubuh anda.

2) Metabolisme yang Lebih Cepat
CoQ10 juga meningkatkan keupayaan tubuh anda untuk menukarkan makanan menjadi tenaga. 

Ia boleh membantu menggalakkan satu metabolisme yang sihat yang mana dalam erti kata lain ia membawa maksud bahawa sebarang makanan yang dimakan akan dibakar dengan lebih cepat dan menjadikan ia lebih mudah untuk mengurangkan berat badan.

Selain itu kulit dan rambut anda akan kelihatan cantik semula kerana suplemen ini membantu menggalakkan pemulihan kulit dan menjana semula sel2 kulit dan elastin kulit anda.

3) Menggalakkan kesuburan
Kajian telah menunjukkan, dengan pengambilan CoQ10, ia dapat memperbaiki kualiti telur dan memperlahankan penuaan pada telur2 wanita. 

Terdapat juga bukti bahawa CoQ10 dapat meningkatkan jumlah sperma, jadi jangan lupa berkongsi suplemen ini dengan pasangan anda untuk meningkatkan peluang menambah ahli keluarga. Testimoni CoQ10 klik sini.

2 ulasan:

  1. Selalu ingat coq 10 utk laki je...pompuan pun leh ambk...selain utk tenaga, penting utk kita jg kesihatan jantung kita jgk kan

    BalasPadam