Dari Dapur Ibu Sue: Makanan Pelengkap Bayi

Assalamualaikum.

25/9/14, genaplah enam bulan usia anakanda Afrina. Walaupun anak dah 3 orang, Sue masih merujuk buku-buku masakan bayi sebagai panduan. Satu lagi sebab nak dapatkan 'feel' memasak makanan bayi tu balik. Maklumla abang-abangnya dah besar.


Gambar di atas adalah antara buku yang menjadi bahan rujukan Sue. Sebenarnya banyak lagi, tapi tersimpan kemas dalam stor sejak berpindah rumah baru, hehehe...

Jom kita refresh sikit ilmu, Apa yang BOLEH anda lakukan untuk bayi yang baru nak start MAKAN?

makanan pejal bayi
  • Perkenalkan hanya satu makanan pada satu masa
  • Tunggu  selama 4 hari selepas memperkenalkan makanan baru. Dalam masa 4 hari ini, anda/ boleh mengesan tanda alahan kepada makanan, jika ada
  • Mulakan dengan kuantiti yang sedikit
  • Setelah si manja dapat membiasakan diri dengan pelbagai jenis makanan, anda bolehlah mencampurkan beberapa jenis makanan dalam satu hidangan, seperti bubur nasi dengan daging cincang dan puri sayur
  • Pastikan rasa dan tekstur makanan sesuai dengan tahap perkembangan si manja
  • Suap makanan sebaik sahaja si manja lapar, sebaik-baiknya sebelum anak anda meragam atau hilang selera makan
  • Bergantung kepada keupayaan si manja, beri makanan yang boleh diambil sendiri atau air dalam cawan yang boleh dipegang
  • Elakkan benda yang boleh mengalih perhatian, seperti TV dan mainan, semasa makan supaya si manja boleh memberi tumpuan penuh dan menikmati makanannya
  • Makan bersama si manja. Anda boleh menggalakkan si manja untuk makan atau belajar menyuapkan makanan sendiri
solid food

Apa yang TIDAK BOLEH anda lakukan?
  • Mencampurkan makanan yang berlainan jenis dalam satu masakan apabila mula memperkenalkan makanan pelengkap
  • Memberi makanan yang boleh menyebabkan si manja tercekik, seperti kacang dan bijian
  • Memaksa bayi makan atau memberi makanan secara berlebihan. Hentikan pemberian makanan apabila si manja memalingkan muka atau menunjukkan tanda tidak berminat; dia mungkin sudah kenyang
Sekerap mana anda patut memberi makanan pelengkap?
  • 6-8 bulan: makanan utama 2-3 kali sehari dan pastikan susu ibu diberi 5-6 kali sehari. Makanan snek umumnya tidak perlu diberikan, tetapi boleh diberi jika dapat diterima oleh bayi
  • 9-11 bulan: makanan utama 3-4 kali sehari + 1-2 snek berkhasiat
  • 1-2 tahun: makanan utama 4-5 kali sehari + 1-2 snek berkhasiat
Apa makanan pertama yang mommies beri pada anak-anak? Jom kongsikan di ruang komen. Thank You. ^^

3 ulasan:

  1. Sue...awak telah ditag untuk join ini.http://jindrisska.blogspot.com/2014/09/paris-souvenirs-giveaway-by-me.html?m=1

    BalasPadam
  2. yes anak buah CT dah enam
    bolan.. balik kg nanti bolehlah kasi dia makan macam macam bhahaha

    BalasPadam