Ekzema: Panduan Makanan Bagi Ibu dan Anak

Assalamualaikum.

Kepada yang selalu mengikuti blog Sue mungkin sudah tahu yang anak ketiga Sue mempunyai ekzema.

Ekzemanya naik selepas berusia 3 bulan. Pada mulanya doktor hanya mengatakan ruam susu. Namun selepas 2 minggu ruam tersebut masih tidak hilang. Selepas consult paed, memang confirm Afrina kena ekzema.


Ekzema boleh disebabkan dan / atau dicetuskan oleh: 
  • Genetik (sejarah keluarga Asthma, Sinus, Alergi, Ekzema) 
  • Diet (banyak makanan segera, makanan segera, makanan ringan) 
  • Persekitaran & Cuaca (panas & lembap) 
  • Perubahan hormon (terutama wanita selepas kehamilan) 
  • STRESS 
  • Tidur yang tidak cukup / rehat (Anda perlu tidur 7-8 jam setiap hari) 
  • Peristiwa2 hidup yang negatif (seperti kematian, perceraian)
Macam kes Afrina, dia mendapat ekzema adalah disebabkan suami Sue ada asthma sewaktu dia kecik dulu. Sedangkan dalam family Sue tiada sejarah asthma, sinus, alergi atau ekzema.

Tips Pemberian Makanan Kepada Anak
  • Buat Diari Makanan & Diet yang perlu DIELAKKAN
  • Anda perlu merekodkan semua pengambilan makanan (termasuk minuman) yang anda (atau anak anda) ambil . Elakkan makanan yang diproses! 
  • Perhatikan jika dalam masa beberapa jam makan atau menyusu dan ada merah, maka anda boleh tulis dalam diari anda. Dalam tempoh masa tertentu, anda mungkin dapat mengetahui trend makanan apa yang boleh menjadi punca naik merah.
  • Terbaik adalah untuk MENGELAKKAN semua makanan laut, produk tenusu, kacang dan apa-apa makanan yang anda fikir anak anda mungkin ada alahan juga. Ia akan menjadi sukar pada anda terutama jika anda ibu menyusu dan memasak makanan untuk anak-anak. Untuk beberapa hari pertama lakukan diet mudah dan biarkan bayi anda hilang merah2.
  • Kemudian perlahan-lahan perkenalkan satu makanan setiap 4-7 hari dan perhatikan. Jika tiada apa-apa berlaku kepada bayi, anda boleh perkenalkan makanan yang lain.
Sesekali jika ibu2 mahu menukar selera anak dengan memberikan manis contohnya cake atau cereal ,boleh dapatkan makanan ini di Village Grocer. Cawangan Village Grocer ada di Sunway Giza Kota Damansara, Bangsar Village dan di Mont Kiara atau boleh cuba cari di The Strand Sam's Groceria Kota Damansara.

cawangan village grocer
Kredit pic Aisha Abdullah
cawangan village grocer
Kredit pic Emily Van Camp

Tips Untuk Ibu Menyusu
Ibu2 yang menyusukan anak disarankan untuk berpantang makan. Sebaiknya amalkan diet alkali seperti dalam gambarajah.

diet alkali untuk ekzema
Pilih makanan dalam kotak warna hijau
Berpantang makan boleh mengurangkan potensi ekzema anak naik flare (merah). Sewaktu dalam tempoh berpantang makan, ibu2 disarankan untuk banyak bersabar maklum la makanan feveret dah tak boleh sentuh terutamanya makan benda manis.

Di bawah ini pula adalah senarai ikan yang ibu2 boleh makan. Kebiasaan menu yang Sue buat adalah ikan goreng, sup ikan atau ikan masak singgang.

masakan dalam pantang

Berikut adalah makanan yang anda boleh ambil (include) dan makanan yang harus dielakkan (exclude).



Antara menu sarapan yang Sue ambil ialah Muesli. Boleh dapatkan di Giant berhampiran anda.



Semoga entry ini, sedikit sebanyak memberi manfaat kepada ibu2 di luar sana. Jangan lupa tekan g+ dan kongsikan entry ini kepada rakan2 anda. Mana tahu sedikit sebanyak dapat membantu mereka juga kan ;)

7 ulasan:

  1. bagusnya perkongsian tentang penyakit kulit ni, kita ibu-ibu kena alert kan dengan apa yang jadi kat anak kita... kesian anak sue.. takde ubat untuk sembuhkann ker?

    BalasPadam
  2. ramainya kanak2 yang kena ekzema ni... kesian... memang kena jaga makan semasa mengandung ya... hihi... sha tak merasa lagi, kalau ada rezeki memang blog kaksue jadi rujukan lepas ni :)

    BalasPadam
  3. @mama: kalo ubat dr cepat hilang tp akan naik semula dan jd lg byk..skrg dah x guna krim steroid guna krim yg natural je

    @sha: mudah mudahan ada rezeki awak dpt anak...percaya dgn kuasa Allah :)

    BalasPadam
  4. thnks sharing,,kadang2 ada kat internet nieh,,ikan mana yang xboleh makan mse pantang,,dibolehkan je..huhuhu

    BalasPadam
  5. anak kawan ada kena ekzema...puncanya alahan pada makanan laut...Alhamdulillah, sekarang dah ok bila kawan mulakan langkah pencegahan...

    BalasPadam