Hamil Dah Overdue? Ketahui Kaedah Induce Labor Secara Natural

Assalamualaikum.

Anak adalah satu anugerah terindah kurniaan Ilahi kepada setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga. Fasa kehamilan yang normal bermula dari hari pertama sehinggalah usia kandungan 40 minggu.


Selepas 39 minggu fasa kehamilan, anda dapati masih tiada sebarang tanda hendak bersalin, sudah tentu anda jadi semakin risau kan? Sudah la berat membawa perut ditambah pula dengan sakit pinggang. Anda rasa makin tidak sabar nak cepat-cepat bersalin je kan?


10 Fakta Induction Labor


Biasanya jika fasa kehamilan anda telah melepasi edd (estimate due date) yang diberikan doktor, anda akan dipaksa untuk bersalin. Gambarajah di atas menerangkan mengenai fakta induction of labour.

Jika anda seorang ibu hamil yang sihat dan berisiko rendah, elak kanlah dari proses dipaksa bersalin ini. Ianya sangat menyakitkan dan membawa risiko yang lebih tinggi untuk bersalin czer. 

Saya juga pernah merasai pengalaman di induce ini masa anak sulong. Doktor berikan ubat makan. Start makan dari awal pagi, sampai ke malam jalan masih belum buka. Akhirnya saya terpaksa czer kerana fetal stress.

Masa anak sulong, memang ilmu Sue sangat kurang. Selepas pengalaman tersebut, telah banyak mengajar dan memberi ilmu baru pada Sue dan juga suami.

Bagaimana Induce Labour Secara Natural
1) Nipple stimulation
Ianya boleh dilakukan samada pam breast anda dengan pam penyusuan atau menggunakan tangan (marmet). Boleh juga menyusukan anak jika ini bukan kehamilan yang sulong bagi anda.


2) Buat seks dengan suami
Bayi yang telah melepasi edd (estimate due date) akan keluar tak lama lagi selepas melakukan hubungan intim. 

Ini kerana air mani mengandungi lemak yang dipanggil prostaglandin (juga digunakan dalam perubatan induksi)  yang membantu melembutkan serviks dan orgasme wanita boleh menyebabkan pengecutan rahim yang kuat.

3) Makan makanan pedas
Banyakkan makan makanan pedas kerana ia dipercayai boleh merangsang kelembutan otot usus, menggalakkan pembebasan prostaglandin dan membantu rahim bersiap sedia untuk proses bersalin.


4) Minum teh raspberry
Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan pelvis ketika “contraction” bagi membantu proses kelahiran bayi dan juga plasenta. Ia juga mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.

Boleh beli di sini.

5) Akupuntur
Tonton video di sini.

6) Minum air jus nenas
Kalau rajin boleh buat sendiri atau boleh dapatkan air kotak ini di pasaran.


7) Jalan itik
Jalan itik ini Sue buat dalam toilet. Cuci lantai toilet, bersihkan dinding toilet. Kaedah ni sangat berkesan untuk Sue.


8) Banyak berjalan kaki
Kaedah ni pun Sue pernah cuba juga. Berjalan satu Mid Valley Megamall. Nampaknya usaha ini berjaya membuahkan hasil.

Sebelum mencuba kaedah induce natural labor ini, anda boleh minta pandangan atau nasihat dari doktor terlebih dahulu. Setiap dari kita adalah berbeza. Ada ibu yang kesihatannya ok dan baik sahaja sepanjang kehamilan, begitu juga ada yang sebaliknya.

Selamat mencuba!

Berminat mencuba set kehamilan dan juga set bersalin Shaklee? Klik di sini dan sini.

9 ulasan:

  1. Fakta induce tuh ramai lg yg tak tahu...

    BalasPadam
  2. mama anak pertama overdue 5 hari.. hihi

    BalasPadam
  3. Tak tahu pula makanan pedas boleh membantu proses bersalin .... tak sakit perut ke nanti :)
    Mia anak pertama lahir pra matang, yg 2 dan 3 awal 2 minggu ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah mia, melihat info di kebanyakan website mat salleh pun ckp mknn pedas membantu :)
      Sue yg sulong dan no 2 awal 2 minggu, no 3 dah overdue 41 minggu 5 hari....

      Padam
  4. Saya tak pernah overdue tapi pernah dipaksa bersalin masa peknen anak ketiga. Meninggal dalam perut masa isia kandungan 6 bulan.

    BalasPadam
  5. masa ank ke 2 saya kne induce..sebab air ketuban kering...Alhamdulillah anak sihat...thnx untuk info ni..seronok baca..(^_^)

    myfreshvita.com

    BalasPadam