Jalan-Jalan ke Farm In The City Seri Kembangan

Pada cuti Hari Malaysia baru-baru ini, Sue sekeluarga berkesempatan jalan-jalan makan angin sempena cuti sekolah ke Farm In The City Seri Kembangan. Sempena cuti sekolah, yuran entrance ke tempat ini ada diberikan diskaun menarik. Boleh ke FB mereka untuk info lanjut.

Tempat ini dibuka dari pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang. Seawal pukul 9.30 pagi kami telah sampai dan tempat parking yang paling dekat untuk masuk telah full. Tapi alhamdulillah kami bernasib baik dapat parking bahagian dalam sebab sampai awal.

Sebelum masuk, tiket harus dibeli terlebih dahulu. Kemudian tiket harus dipakai di tangan. Ala-ala macam gelang tangan gitu.



Tempat ini dipecahkan kepada beberapa bahagian berikut:
  • Bird Aviary
  • Turtle
  • Vegetable & Fruit Farm
  • Longkang Fishing
  • Butterfly
  • Fish & Swan
  • Dan lain2 lagi
Antara aktiviti yang disediakan di sini ialah:
  • Animal Show
  • Fox Feeding
  • Fish Feeding
  • Pony Riding

Di sini anda berpeluang memberi makan kepada haiwan2 yang sangat comel dan manja. Selain itu, anda juga berpeluang menyentuh dan membelai haiwan2 yang terdapat di sini dengan bantuan penjaga haiwan tersebut.

Anda juga dapat melihat sendiri gelagat penjaga haiwan di sini memanggil haiwan untuk keluar dari batang pokok, memanggil burung makan di tangan kita, bergambar dengan iguana (mmg tak la kan....cheq geli dgn iguana ok) dan lain2 lagi.

Sepanjang perjalanan anda melihat haiwan2 di sini, akan ada jurugambar yang akan mengambil foto anda sekeluarga, kemudian anda akan diberikan tiket. Sebelum balik, anda boleh print gambar anda di kaunter foto dengan bayaran RM20 sekeping. Boleh simpan sebagai kenangan anda sekeluarga.

Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah:
  • Tandas
  • Tempat basuh tangan
  • Restaurant untuk menjamu selera
So, anda tak perlu khuatir untuk ambil masa jalan2 di sini ok..

Sue berkesempatan melihat kesemua haiwan2 di sini. Namun satu aktiviti jer tak sempat buat iaitu pony riding. Anak Sue Amjad ni teringin sangat nak naik. Namun bila melihat ramai yang berbaris panjang, terpaksa la hasrat tersebut dibatalkan. Tak pe lah nak, next time kita datang lagi k. Kriteria untuk pony riding ialah ketinggian kanak2 mestilah 90cm dan ke atas.

Sebelum pulang anda boleh mencuci mata membeli cenderahati di sana. Antaranya key cahain, fridge magnet, t-shirt, topi, poskad, mug dan macam2 lagi lah. Sediakan duit je...

Oh ya, sijil akan diberikan kepada setiap anak2 yang datang ke sini sebagai tanda penghargaan dari pihak Farm In The City. Best kan! Jom layan gambar2 di sana.


















Kesimpulannya, memang best la dapat habiskan masa di sini. Anak2 pun enjoy tengok dan bermain dengan haiwan2 yang terdapat di sini. Kalian semua patut pergi untuk alami pengalaman yang sama berada di sana.

12 ulasan:

  1. Haritu ikut rombongan sekolah anak , memang best

    BalasPadam
  2. sure seronok anak2 sue tu dpt jln2 tgk mcm2 kat farm tu kan
    kita pun hepi bila anak pun 2x hepi hehehe
    el ni xde ms lagi nak bw jln2 budak2 tu..ayah deme tu cuti x tentu huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pe kak, cuti panjang bulan disember ni akk dtgla sini..boleh sue jumpa akk sekali :)

      Padam
  3. salam, sy follow sini

    http://caraleezaty.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. sukaaaa main main dengan binatang !! i love it. nama aje tempat ni dekat dengan rumah nenek di bangi tapi belum pernah jejak kaki. plan dengan kawan-kawan few times dah tapi asyik tak jadi. huuurm..

    BalasPadam
  5. Nampak mcm menarik je kan......dania suka la if tempat2 mcm ni...

    BalasPadam
  6. bestnya kaksue !!
    paling best iguana tuuuuu

    BalasPadam