Tempat Makan Best di Kota Damansara Petaling Jaya

Assalamualaikum.

Kebiasaannya jalan2 cari makan Sue sekeluarga adalah pada hujung minggu. Hujung minggu kadang2 Sue gantung kuali hehehe...Disebabkan Sue tinggal di Kota Damansara, so JJCM kami di sekitar Petaling Jaya sahaja.

Jom cekidaut!

Big Brother The Strand Kota Damansara

Sumber dari Google
Istimewanya makanan di sini adalah lebih kepada steak. Kebiasaannya hubby suka order steak kambing. Walaupun menu ini berkolesterol tinggi, hubby tak risau pun makan sebab dah telan siap2 Phytocol-ST di rumah. Kata hubby memang sedap dan setanding dengan harganya. Sue pula biasanya order pasta atau pun nasi, bagi Sue yang dua menu ni biasa je, x de sedap sangat pun.


No 3G, 3-1 Jln PJU 5/20 Pusat Perdagangan Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Chef Serina

Sumber dari Google
Sumber dari Google
Char Koay Teow sini sedap. Udangnya fresh. Tak payah balik Penang dah kalo nak rasa Char Koay Teow sedap di Lembah Klang. Boleh pilih nak pinggan kecik ke atau pinggan besaq. Harga mengikut saiz yang dipilih.

Yang ada alergik pada seafood boleh cuba set ini.

No. 13-G Encorp Strand Jalan PJU 5/20A Dataran Sunway, Kota Damansara(Petaling Jaya), 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Nasi Lemak Cinta Sayang

Sumber dari Google
Restoran ini terletak di tempat yang strategik iaitu berdekatan dengan KDU College dan Hospital Tropicana Medical Centre. Nasi lemak di sini Sue belum pernah rasa. Selalunya di sini kami makan nasi putih dan lauk pauk. Lauk pauk dekat sini memang sedap sangatlah. Ala2 macam selera kampung.

B2-1-1 Blok 2, Jalan Teknologi PJU2/IC Signature Park (Kota Damansara),47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Satay House

Sumber dari Google
Satay House ni pun tempatnya juga strategik sebab dekat dengan Segi College, KDU College. Tepi jalan pulak tu, memang senang orang perasan restoran ni. Satay di sini memang puas makan sebab saiznya yang besar. Kuah satay dia pun sedap.

Sue suka satay ayam manakala hubby suka satay daging. Sataynya lembut dan terasa rempah ratus yang telah diperap pada satay tersebut. Kebiasannya pada malam hujung minggu restoran ni memang penuh dengan orang. Bagi penggemar satay boleh cuba makan di sini.

Sumber dari Google
Satay House, No.7 Jln Teknologi 2/1C , Kota Damansara Signature Park, 47810 P.J Selangor.

Ghulam Mee

Sumber dari Google
Ghulam Mee terletak di tepi jalan lampu isyarat sebelum masuk highway Guthrie. Di sini terdapat banyak pilihan menu makanan. Makanan di sini biasa2 je. Suasana makan di sini kot yang meriah sebab sentiasa penuh dengan orang. Ghulam Mee sekarang dah semakin besar sebab baru je lepas renovate hari tu.

Pilihan kami sekeluarga di sini ialah sotong kangkung, satay, dan kuew tiow sup special.

Nasi Ayam Warisan Seksyen 6

Sumber dari Google
Biasanya nasi ayam di sini akan full house time lunch hour. Dulu harga nasi ayam di sini yang paling murah RM4, tapi sekarang dah naik harga RM5 sepinggan. Pilihan Sue di sini nasi ayam biasa.

Sumber dari Google

Nasi Ayam Warisan, Seksyen 6 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor
(Berhampiran Mc Donalds/kfc/pizza hut/balai polis seksyen 6)
Kalau anda jalan2 di Kota Damansara, boleh la singgah untuk cuba makanan di sini. Entry ini sekadar perkongsian dari Sue. May be sedap pada Sue namun mungkin berbeza rasa pada tekak anda kan?

Apa pun pilihan makanan anda, makan lah secara besederhana dan jangan membazir. Selamat menjamu selera!

13 ulasan:

  1. Ghulam Mee..mmg port akak juga kalau ke Kota Damansara..

    p/s : akak tag Su juga la utk Liebster Award tu..:)

    BalasPadam
  2. alamakk sue woiii awatlah dok tayang makanan di petang2 hari ni
    buat el lapo je haha ni tgh tgk dlm2 ni...sedap betul heyyyyy
    el pulak gantung kuali kalau hari bekerja..hari mggu je berzumba kat dapur :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheh...asalkan family el dpt jg rasa air tgn el kan :)

      Padam
  3. wow akak..!! very the terbaiklah kedai kedai yang akak suggest. satu pun CT tak pernah pi and try tapi Ghulam tu pernahla dengar before. sejak dah balik duduk kat rumah di Penang ni memang lama dah tak pi area Damansara sana nun. dulu study kat sana memang tempat melepaks kekeke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ct, nnt dt damansara bgtau akk, kita keluar sama2 nak ;)

      Padam
    2. insyallah.. akak banjeeee yeaaay..

      Padam
  4. Aduhai....mcm mn SA nk diet ni eh.....geleng kepala dH ni...

    BalasPadam
  5. 2 restoran je momy tak sampai lagi dlm list ni. Mee udang tu mcm sedap je tu

    BalasPadam
  6. review makanan ni lemah porot den. haha

    BalasPadam