Tips Kemas Rumah Cara Mudah & Pantas

Assalamualaikum.

Salam Jumaat.

Harini Sue ingin berkongsi tips mengemas rumah dengan cara pantas. Tips ini Sue dah apply, may be kawan2 pun boleh mencuba.

1) Ruang tamu
Kebiasaannya anak2 Sue bermain toys di ruang tamu. Cara mudah nak kemas toys ialah sediakan hamparan kain. Rentangkan kain yang besar di atas lantai. Pastikan anak2 bermain di atas hamparan kain tersebut.


Bila nak kemas, just temukan 4 bucu bahagian kain dan tuang toys dalam container. Siap!

Jika ada cd yang bertaburan di depan tv, susunkan elok2 di rak cd. Ataupun jika ingin memasang cd, pastikan terus simpan di rak cd selepas guna.

2) Dapur
Setiap kali selepas masak jangan bertangguh basuh segala pinggan mangkuk dan juga periuk. Asingkan periuk dan juga pinggan mangkuk. Dahulukan membasuh pinggan mangkuk sebelum membasuh periuk.

Hujung minggu, kemas peti ais. Lap dan buang segala benda yang tidak perlu. 


Letakkan segala lauk pauk di dalam bekas bertutup supaya peti ais tidak berbau.

3) Kain baju
Kalau tak nak terbeban anda dinasihati membasuh baju setiap hari.

Terus asingkan baju yang diangkat dari ampaian iaitu baju office terus digantung supaya mudah nak iron nanti, baju anak2 letak dalam satu bakul, baju mak ayah satu bakul, pakaian dalam satu bakul.

Kalau ada rezeki lebih, hantar je dobi semua baju office anda untuk iron.


Lipat baju sambil2 tengok tv bagi mengelakkan rasa bosan atau tension.

4) Toilet
Sebelum anda membasuh rambut selepas syampu, sempat lagi untuk anda menyental dinding toilet, mangkuk tandas, sinki dan juga lantai. Jangan biarkan toilet anda berkerak.


5) Kipas angin, cermin tingkap
Hujung minggu, lap segala kipas angin dan cermin tingkap. Boleh bahagikan ikut minggu. Contohnya minggu pertama lap cermin tingkap dapur, minggu kedua lap cermin tingkap bilik tidur dan seterusnya.

Info Tambahan:



1) Anda boleh minta bantuan suami dan anak2 yang sudah besar untuk sama2 membantu membuat kerja rumah
2) Pastikan keselamatan di ambil kira contohnya ketika memanjat tangga, membasuh pinggan kaca atau benda2 tajam
3) Jangan bertangguh. Jika letih, anda boleh tidur awal dan bangun lebih awal untuk selesaikan tugas2 yang tergendala
4) Amalkan zikir fatimah iaitu Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahu Akbar 33x

Adakah bahan pencuci anda selamat?
Tahukah anda bahan pencuci yang beracun boleh membahayakan kesihatan anda seisi keluarga. Bertukarlah kepada bahan pencuci yang semulajadi bagi menjamin kesihatan keluarga anda. Basic H adalah jawapannya. 
1 botol 16oz RM56 termasuk pos. Mampu bertahan lama kerana cecairnya sangat pekat. Diperbuat daripada ekstrak jagung dan kelapa.

Jika selama ini rumah anda sentiasa bersih, namun ahli keluarga anda sering jatuh sakit, salah satu sebabnya mungkin berpunca daripada bahan pencuci kimia yang anda gunakan. Jom bertukar kepada pencuci dari bahan semulajadi.

Semoga 5 tips di atas dapat membantu anda semua :)

10 ulasan:

  1. pinggan mangkuk lepas masak dah kepenatan mmg xcuci. huhu. sebab tak boleh berdiri lama2. nnt dh rehat2 baru cuci. hehe bukan malas tau
    irrayyan.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul mommy irra. kalo hamil x elok berdiri lama2 ;)

      Padam
  2. el skrg ni lau ada ms boleh lah cuci pinggan..tp lau x sempat n malas..tggl je kat sinki tu..ha en hubby tulun basuhkan..yelah penattt wooo masak hahaha

    kat umah mmg hari2 basuh baju..bila dah basuh baju..bertimbun nak melipat..el lipat ms wikend je..sbb ms bekerja mmg penat balik umah nak cekau masak nak cekau anak2 nak cekau itu ini hehehe x de ms dah skrggggggg haha

    but its a good effort..boleh cuba tips ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. el, sue puji sikap el sbb libatkan hubby dlm urusan rumah tangga. Suami pun kena main kan peranan jugak sbb isteri bukan robot & sama2 kerja cari rezeki kan :)

      Padam
  3. nice entry kak.. CT suka lipat baju tapi CT tak suka sidai baju.. hahaha.. lipat tak apa. sebeban pun tak apa. CT tak ada anak-anak lagi so bab mainan takyah pening

    BalasPadam
    Balasan
    1. baguih CT. practice make perfect. esok dah kawin tgn dah laju lipat bj suami dan anak2 kan ;)

      Padam
    2. so hasben cuci tunggu mesin then dia sidai. dah kering okay bak mai iols lipat tak apa hahaha..

      Padam
  4. Saya malas lipat baju. Mana pakaian yang boleh sangkut, saya pakai hanger jer. Nk lipat pn yang kecik2 jer... kalau bab dapur, cik husband kita yang rajin kemas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. untung mama sbb hubby pun tlg buat kerja rumah..

      Padam
  5. Salam perkenalan....good info to sharing...bab kain baju yang paling lemahhh...tapi lately rasa mcm dah kurang baju yang bertimbun...sampai tak muat pulak almari nak smpn baju yang dah dilipat...huhuhuhu...betul pasal amalan zikir tu.....jemput jengah blog saya...nama kita sama...:)

    BalasPadam