Tips Memberhentikan Anak Menyusu Badan

Assalamualaikum.

panduan bercerai susu badan

Anak-anak kecil bila mereka menyusu terutamanya menyusu badan, ia bukan sekadar makan. Ia memberikan kepada mereka rasa dikasihi dan dilindungi.

Oleh itu bila mahu berhenti menyusukan anak kecil, anda mesti membuat perancangan. Jangan masuk perangkap seperti ramai para ibu yang tidak membuat perancangan, sedar-sedar anaknya sudah dua tahun. Kemudian barulah kelam kabut untuk menghentikan anak menyusu. 

Oleh kerana kita kurang faham apakah maksud menyusu itu kepada anak itu, maka kemungkinan besar kita para ibu mudah gagal dan stres bila cuba menghentikan anak menyusu badan atau botol.

Ibu share apa yang anda boleh lakukan.

1- Rancang bagaimana anda akan mengurangkan jumlah anak itu menyusu.

2- Programkan ke dalam minda anak, bila dia sambut birthday kedua contohnya, dia akan berhenti menyusu. Sering katakan perkara ini BERSAMA mengurangkan jumlah anak itu menyusu badan.

3- Jika dulu anda menyusukan anak sambil baring dan membawa ke tidur, sekarang ini mulakan menyusu sambil duduk di ruang tamu dan elakkan sampai anak itu tertidur. Untuk dia biasa menyusu itu hanya sekadar dia mahu berasa dekat dengan ibunya dan bukan untuk menghilangkan lapar. Lakukan perubahan ini perlahan-lahan dengan mencadangkan perubahan itu kepada anak dengan lembut dan tegas.

4- Dapatkan satu cara baru yang membolehkan anak berasa dia dilindungi dan dikasihi. Contohnya, anda akan peluk dia sehingga 3 minit lamanya, atau baca buku dan peluk dia...apa sahaja aktiviti yang boleh anda lakukan dengan mudah tetapi sangat mesra, rapat dengan anak itu.

5- Faham bahawa anak itu perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan itu. SELL THE IDEA yang sekarang ini dia sudah besar dan nampakkan kelebihan menjadi budak yang lebih besar. SELL, SELL and SELL tanpa marah!

6- Anda sebagai ibu dan bapa yakin dia boleh berhenti menyusu badan dengan mudah!

Kredit FB: Prof. Dr. Rozieta Shaary

PS: Anda berminat mencuba Set Breastfeeding Shaklee? Klik SINI.

11 ulasan:

  1. Tips untuk saya ni. Anak dah masuk 1 tahun 6 bulan.... still bf reject formula milk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha mama sesuai sgt lah tu...lg 6 bln je nak cukup 2thn..dah boleh apply tips kat atas tu ^^,

      Padam
  2. anak el no. 3 ritu putus susu setahun 7bln..putus mcm tu je..sbb tgk kakak dia sedap mnm susu coklat ekekeke...
    tp hat baby ariqa ni mayb nk smpai 4 taun kot..hahahah jimat skit belanja beli susu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul el, susu ibu berkhasiat dan menjimatkan :)

      Padam
  3. tq su..kaksu dlu anak no 2 plg ssh nak wean off..2 thn lebih jgk..pernah sapu bedak sejukla..tq for tips

    BalasPadam
  4. tips yang baik untuk ibu baru...

    BalasPadam