Assalamualaikum.


Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangabn lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. 

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. 

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku!" Kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. 

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan ,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. 

Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. 

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas. Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. 

Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. 

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan. Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. 

Tetapi, acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur. Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. 

Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita. 

(Renungan kita bersama)
Assalamualaikum



29 Oktober 2014 sehingga 30 Oktober 2014


Jom Support Kisahsidairy.com

Assalamualaikum.

Ada sesetengah orang agak susah nak minum air masak kan? Minum air kosong penting untuk membuang segala toksin dalam badan dan mengekalkan bendalir dalam badan.

Air juga sebenarnya membantu mengurangkan berat badan. Untuk tujuan ini, minumlah dua liter air kosong setiap hari. Air membantu proses metabolisme dalam tubuh dengan mengubah makanan menjadi tenaga.

Jika anda tidak minum air yang cukup, anda tidak akan dapat membakar kalori dengan baik. Dengan itu, proses penurunan berat badan lambat berlaku. 'The British Dietetic Association' menyarankan orang dewasa agar minum 2.5 liter air setiap hari termasuk jus buah-buahan, teh dan kopi.

Jumlah ini disarankan untuk menjaga keperluan cecair yang diperlukan oleh tubuh badan. Jika anda sedang menjalani program diet, tambah 750ml lagi.

Jom cuba tips ini:


Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Satu garis panduan bagaimana untuk memberi anak-anak tugas yang boleh membina sifat bertanggung-jawab di dalam diri mereka. 

Anak-anak hanya akan menjadi bertanggung-jawab dan mempunyai kemahiran hidup, bila mereka di didik, dilatih, dipimpin untuk melakukan tugasan di rumah. Ia membina, IQ, EQ dan SQ anak itu.

Don't underestimate your child - independence can start early at home!

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, harini hari terakhir cabaran 10 hari dalam bulan Oktober. 10 fakta tentang diri saya. Jom sama-sama lihat.

1) Anak kedua dari 7 orang adik beradik. 6 perempuan seorang lelaki.

2) Anak pertama yang kawin dulu dalam keluarga Encik Hamid ;)

3) Suka makan masakan yang pedas seperti sambal tumis ikan bilis dengan petai, ayam masak merah dan lain-lain.

4) Suka warna Biru. 

5) Tak suka bermekap.

6) Suka dengan kasut tumit tinggi tapi tiada langsung koleksi kasut tumit tinggi di rumah (haa, acaner tuh?)

7) Suka melipat baju walaupun kain banyak bertimbun tapi kurang gemar dalam bab nak menggosok baju.

8) Suka dessert. Memang gemar pencuci mulut.

9) Cerewet. Dari segi kebersihan dan anak-anak memanng Sue sedikit cerewet. Alhamdulillah Allah bagi Sue ni Work at home mom (WAHM).

10) Fobia dengan lipas

Ok done!

Terima kasih buat adik CT Yang Menaip kerana sudi menganjurkan cabaran yang simple ini. Kalau rajin boleh buat lagi :). Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi membaca.


Assalamualaikum.

Seawal usia empat tahun, kanak-kanak akan mula menunjukkan sikap ingin tahu. Inilah waktu yang selayaknya mendidik mereka untuk mempelajari pelbagai ilmu termasuklah berkaitan dengan agama dan moral.


Sabda Rasulullah saw bermaksud:
"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi. " (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepada mu, iaitu Al Kitab (Al Qurán dan dirikanlah solat. Sesungguhnya soalt itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.

1) Ajak-ajak ayam si manja untuk solat bersama. Hamparkan sejadah dan pakaikan mereka kopiah atau tudung agar mereka teruja untuk mengikuti pergerakan-pergerakan yang ada di dalamnya.

2) Tunjukkan kepadanya cara berwuduk

3) Baca bacaan solat dengan kuat setiap kali anda bersolat supaya si kecil boleh mendengar

4) Belikan telekung atau sejadah yang dipilih mereka sendiri

5) Katakan kepadanya Allah SWT akan sentiasa merahmati insan yang sentiasa solat lima waktu

6) Sentiasa solat awal waktu supaya anak faham ibadah solat tidak boleh dilengah-lengahkan

7) Doa agar anak bersolat: "Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku." (Surah Ibrahim:40)

Anak Sue yang sulong kalau dengar azan di TV mesti akan bagitau Sue "Ibu dah masuk waktu solat, jom la solat".. Kalau dia ada mood kami solat sama-sama. Anak yang nombor dua pun akan ikut sekali solat tiru abang dia.

Sejadah anak-anak Sue
Assalamualaikum.

Klik banner untuk join.
Assalamualaikum.


Cabaran hari kesembilan, 10 perkara yang ingin dilakukan. Jom tengok apa benda yang Sue nak buat.

1) Shopping

Membeli belah memang tak dapat dipisahkan dari hobi seorang wanita kan? Hehehe best tau kalau dapat window shopping sekalipun. Orang kata cuci mata gitu.

2) Baking


Nak buat cupcakes comel-comel untuk anak-anak sebab diaorang suka sangat.

3) Layan DVD 

Nak relaks-relaks layan DVD citer Korea tanpa ada gangguan.

4) Menjahit

Kalau pandai menjahit, semua baju Sue nak jahit sendiri ikut design yang Sue suka sebab kebanyakan baju menyusu yang dijual di pasaran, boleh tahan juga harganya.

5) Bercuti

Nak pergi bercuti rehatkan minda dan gantung kuali untuk dua hari.

6) Menghasilkan video

Nak buat video tips dan tutorial yang berkaitan dengan produk Shaklee.

7) Berkebun

Kalau rumah Sue atas tanah, dah lama teringin nak tanam pokok-pokok basic macam cili padi, kunyit, daun kari, bunga kantan dan serai.

8) Spa

Nak manjakan diri di spa siap dengan pakej padicure dan manicure. Syoknya. Mestilah nak nampak cantik depan suami khenn..

9) Mengeteh

Nak keluar mengeteh dengan bestfriend. Tinggalkan kejap anak-anak dengan suami. Boleh? ;)

10) Paygroup

Nak bawa anak kedua Sue join playgroup untuk menambah skill berkomunikasi dan lain-lain.

Ok done!

Assalamualaikum.

Apakah itu Ovulasi?


OVULASI merupakan proses pelepasan telur yang telah matang dari dalam rahim untuk kemudian berjalan menuju tiub fallopio untuk disenyawakan. Proses ini biasanya berlaku 16 hari selepas hari pertama kitaran haid atau 14 hari sebelum haid berikutnya. 

Apakah itu waktu subur?


Waktu subur ialah waktu dalam kitaran haid seseorang wanita. Sekiranya hubungan seks dilakukan dalam tempoh itu, peluang untuk hamil adalah tinggi. Ini kerana pada tempoh waktu tersebut, ovulasi berlaku dalam diri wanita.

Waktu subur seseorang wanita ialah lima hari sebelum ovulasi dan dua hari selepas ovulasi. Sperma boleh hidup di alam faraj dan rahim wanita selama tiga hingga lima hari.

Namun begitu, telur wanita selepas ovulasi hanya boleh hidup selama 12 hingga 24jam sahaja. Waktu paling subur seseorang wanita ialah sehari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi berlaku.

Oleh itu, seelok-eloknya hendaklah merancang untuk melakukan hubungan seks sehari atau dua hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi.

Terdapat beberapa kaedah untuk mengetahui waktu subur anda:

1) Kaedah Basal Body Temperature


Suatu kaedah untuk mengesan ovulasi yang memerlukan anda membuat catatan setiap awal pagi dan mencatat keputusannya pada suatu carta. Ia adalah kaedah yang mudah dan murah untuk mengesan ovulasi.

Ia jauh lebih murah berbanding menggunakan mana-mana kit kesuburan yang dijual di pasaran.

2) Kaedah Cervical Mucus


Kaedah ini adalah dengan menggunakan pertukaran lendiran yang keluar dari pangkal rahim. Dengan kaedah ini anda boleh mengetahui waktu ovulasi anda sebelum ianya berlaku dan merancang waktu untuk bersama dengan pasangan pada waktu paling subur bagi meningkatkan peluang anda untuk hamil.

Secara umumnya cervical mucus yang normal berwarna jernih, tidak berbau dan tidak gatal. Manakala sekiranya terdapat jangkitan pada faraj, lendiran yang keluar adalah berwarna kuning atau hijau, berbau dan kadang-kala gatal.

3) Kaedah Kalendar


Ovulasi akan berlaku lebih kurang 14 hari sebelum haid akan datang. Oleh itu, bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari yang teratur, hari ovulasinya akan berlaku pada hari ke 14.

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang lain kiraannya adalah seperti berikut:

 KITARAN HAID
 HARI OVULASI
 25 hari
 Hari ke 11 haid
 28 hari
 Hari ke 14 haid
 31 hari
 Hari ke 17 haid
 33 hari
 Hari ke 19 haid
 35 hari
 Hari ke 21 haid

Bilakah hari subur anda?
Hari subur adalah 2 hari sebelum, pada hari ovulasi dan sehari selepas ovulasi berlaku. Ini kerana sperma berupaya untuk hidup di dalam rahim 12-48 jam (setengah sperma 3-5 hari!), manakala telur hanya akan hidup selama 12-24 jam sahaja.

 KITARAN HAID
 HARI SUBUR ANDA
 25 hari
Hari ke 9,10, 11 & 12 haid  
 28 hari
Hari ke 12, 13, 14 & 15 haid
 31 hari
Hari ke 15, 16, 17 & 18 haid
 33 hari
Hari ke 17, 18, 19 & 20 haid
 35 hari
Hari ke 18, 19, 20 & 21 haid
Bagi mereka yang masih sukar untuk mengira hari kesuburan mereka , bolehlah memuat turun aplikasi mobile yang mengira terus hari kesuburan tersebut.

4) Kit Peramal Ovulasi


Sejenis alat yang boleh dibeli di farmasi yang boleh digunakan untuk mengesan LH surge dengan hanya menggunakan spesimen air kencing sahaja. LH adalah salah satu hormon yang terlibat di dalam proses ovulasi tubuh wanita pada setiap bulan.

Sebelum proses ovulasi berlaku, paras hormon LH ini akan meningkat dengan secara mendadak. LH surge ini akan merangsang folikel matang yang berada di dalam kilang telur seseorang wanita untuk pecah.

Hormon LH akan dapat dikesan di dalam air kencing 12 jam selepas LH surge. Ovulasi akan berlaku lebih kurang 24 jam selepas hormon LH dikesan dalam air kencing.

Pengalaman Sue sendiri adalah dengan menggunakan kaedah cervical mucus dan kaedah kalender. Bagi Sue ianya satu kaedah yang mudah dan tepat. Anda pula bagaimana?

Testimoni set kesuburan Shaklee, klik sini.
Giveaway Cuti Sekolah by JiwarOsak.Com
Mari Sertai Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com


Hadiah Terkumpul
Cash : RM 390
Topup : RM 195
Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2

Terima Kasih kepada Sponser

AbgferOz | MahaMahu | Yanty Lee | Afzal Sukasuki | Mawar Biru | Cik Pjaz | Ieta Mat Sa’ad | Mohamad Nasir | Yan Saflina | UmmiMama |Mohd Noor Shawal | Dila KazUha | Doktor Pemasaran | Helmi Julia | Nadia Johari | Suzlin Azreena Nordin| Nurul Syarafina II | Khaty Aiman| KyLe Kesha | Cik Yaya | Putery Memory | Edo Hayra | Delima Zamrud | Karen Nisa 

Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT SINI
KLIK BANNER UNTUK JOIN!!

Tamat 16.11.2014

Join cepat sebelum terlambat ;)

Assalamualaikum.

Klik banner untuk join

Segmen Awesome Blogger Bloglist bakal berlangsung dari 24 Oktober 2014 hingga 30 Oktober 2014. Tujuannya untuk mengumpul para blogger untuk disenaraikan dalam bloglist blog ini sambil berblogwalking ke blog para blogger. Semua yang join akan disenaraikan dalam bloglist 'AWESOME BLOGGER'.

Syarat-syarat
  • Follow blog Invisible Note
  • Like facebook Invisible Note
  • Buat entri bertajuk Segmen Awesome Blogger Bloglist
  • Copy coding dalam entri INI dan publishkan
  • Copy URL entry dan pastekan di ruangan komen entry INI
  • Siap

Tambahan (optional)
  • IM baru buat instagram, kepada yang sudi boleh follow instagram invisiblenote

Semua blogger akan disenaraikan dalam bloglist dari bulan November hingga Disember 2014. Senarai peserta segmen juga akan disenaraikan dalam entry selepas tamat tarikh segmen. Berharap mendapat sambutan. Terima kasih semua :)

credit to mialiana.com
Assalamualaikum.


Setiap orang pasti punya impian tempat yang ingin dilewati suatu hari nanti. Begitu juga dengan Sue. Antara tempat-tempat yang menjadi impian Sue suatu hari nanti ialah:

1) Mekah

InsyaAllah Sue nak menunaikan umrah dan haji pada suatu hari nanti. Perancangan dah ada, tunggu masa yang sesuai je untuk ke sana. Ini adalah syarat pertama, suami Sue kenakan sebelum nak travel around the world.

2) Karambunai Sabah

Melihat gambar di atas membuatkan Sue sudah tidak sabar hendak ke sana. Air laut yang jernih, udara yang nyaman, pemandangan yang sangat cantik.

3) Pulau Phi Phi Thailand

Subhanallah jernihnya air laut dia kan. Kalau dapat menyelam tengok ikan kat sini mesti syok.

4) Pulau Maldives

Tak sabar nak merasai pengalaman bulan madu dengan suami kat pulau ni :)

5) Sydney Australia

Nak bawa anak-anak tengok kanggaroo, dolphin, penguin dan lain-lain haiwan yang tidak terdapat di Malaysia. Pasti mereka suka.

6) Switzerland

Nak merasai pengalaman bermain salji dan bermain ice skating di sini.

7) Turki

Menyelusuri sejarah Islam di sini di samping mengenali budaya masyarakat yang pernah diperintah oleh Kamal Atatuk suatu ketika dulu.

8) Paris

Terkenal sebagai sebuah kota cinta, Sue pun tak nak lepaskan peluang nak ke sana.

9) Disneyland

Terkenal sebagai taman tema permainan kanak-kanak yang besar dan cantik. Pasti seronok dapat membawa anak-anak bermain di sini di samping bertemu dengan karakter Walt Disney yang kiut miut.

10) Korea

Selain menikmati panorama yang indah, mengenali budaya masyarakat di sini, makanan yang berbeza dari yang ada di Malaysia pastilah juga tak nak ketinggalan bergambar dengan artis Korea seperti bintang filem Winter Sonata.

Ok selesai cabaran hari kelapan.

Assalamualaikum.


Pengalaman Sue sendiri melakukan ujian pap smear adalah selepas tamat tempoh berpantang anak kedua. Sebenarnya Sue ada follow up dengan pakar O&G untuk check rahim selepas habis berpantang dan juga berbincang mengenai family planning.

Ingatkan habis di situ je. Rupa-rupanya doktor minta izin nak buat terus ujian pap smear. Dah alang-alang datang, Sue setuju jelah dengan cadangan doktor tu.

Sekejap je prosesnya. Memang tak sakit. Asalkan anda bertenang dan bernafas dengan betul.

Sue kongsikan di sini sedikit kupasan mengenai ujian pap smear. Semoga beroleh manfaat.

Di Negara-negara maju, kadar kejadian dan kematian akibat kanser serviks adalah lebih rendah disebabkan tahap kesedaran yang tinggi dan kemudahan perubatan yang moden dan mencukupi. 

Barah pangkal rahim berlaku disebabkan oleh sejenis virus yang dipanggil Human Papilloma Virus (HPV). Virus ini hanya dijangkiti melalui hubungan kelamin. 

Barah pangkal rahim tidak akan berlaku kepada wanita yang belum berkahwin atau dengan kata lain belum pernah menjalani hubungan kelamin. Kunci kepada pencegahan kanser serviks adalah menjauhi seks rambang (zina), melakukan ujian pap smear dan mengambil vaksinasi. 


Secara keseluruhannya, kadar kesedaran wanita di Malaysia adalah meningkat tetapi belum mencapai tahap yang memuaskan. 

Apakah pap smear 
Pap smear adalah ujian yang dilakukan untuk mengesan seseorang wanita itu berkecenderungan untuk mengidap barah pangkal rahim (serviks) atau tidak. Ujian ini boleh juga mengesan kehadiran virus HPV. Ujian ini dilakukan dengan hanya mengambil sampel atau calitan dari serviks. 


Ujian ini sangat mudah dan tidak menyakitkan. Ianya boleh dilakukan di mana-mana klinik yang mempunyai peralatan ujian pap smear. Ianya tidak memerlukan bius dan pengambilan pap smear Cuma memakan masa 2-3 minit sahaja. 

Ujian pap smear telah wujud sejak 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit demi sedikit dari segi peralatan dan cara pengambilan sel kulit. 

Ujian yang dibuat Dr. Papinocolo ini dapat mengesan penyakit dan seterusnya alat penguji telah dicipta. Beliaulah orang yang pertama mencipta kaedah pap smear bagi mengesan kanser pangkal rahim. 

Keputusan ujian pap smear ini boleh diketahui dalam masa hanya satu ke empat hari. Apa pun ianya bergantung kepada makmal mana yang digunakan oleh hospital atau klinik tersebut. 

Kepada anda yang masih ragu-ragu untuk melakukannya, percayalah, pap smear tidak menakutkan! Ia juga tidak menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan doktor sebelum dan ketika menjalani ujian ini. 

Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan perlu dibuang dengan segera jika anda inginkan kesihatan yang berpanjangan. Ingat, dengan hanya due ke tiga minity menjalani ujian ini, anda boleh mengetahui tahap kesihatan anda dan InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda. 

Berapa kerap ia perlu dilakukan? 
Setiap wanita yang sudah berkahwin dan pernah menjalani hubungan kelamin perlu menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali sehingga berumur 65 tahun. 

Persediaan sebelum ujian 
  • Digalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid. 
  • Tidak digalakkan melakukan hubungan seks dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan. 
Anda sudah mendapat info mengenai pap smear dan sedia maklum betapa pentingnya ia bukan? 

Jadi apa tunggu lagi. Ayuh, buat temujanji dan berjumpa pakar dengan segera supaya anda tidak menjadi sebahagian daraipada statistik! Nauzubillah. 

Mudah-mudahan kita dilindungi allah daripada gejala barah pangkal rahim ini dan penyakit-penyakit yang lain.
Assalamualaikum.

Follow blog
Follow G+
Like fanpage
Assalamualaikum.


Gambar birthday party anak kawan Sue yang ke-4 tahun. Tema kek princess. Anak kawan Sue ni sebaya dengan umur anak sulong Sue juga.

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .


Assalamualaikum W.B.T

Yeah!!.. Hari ini Cik Yana dengan sukacitanya melancar satu segmen yang bertajuk Segmen : Anda Berasal Daripada Mana?. Segmen ini bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah antara blogger di seluruh Malaysia.. Segmen ini blogger baru ke blogger lama ke boleh join jangan malu-malu.. 

Syarat-syaratnya:
  • Pertama follow blog Cik Yana, Twitter Cik Yana, fanpage Cik Yana dan Instagram Cik Yana
  • Kedua, letak tajuk Segmen: Anda Berasal Daripada Mana?
  • Letakkan bendera asal negeri anda dan letakkan ayat Saya Orang........ 
  • Copy code dibawah dan paste kan dalam entri anda dan publish.

  • Saya orang Kedah



  • Segmen ini akan bermula pada hari ini 22 Oktober 2014 hingga 31 Disember 2014 pukul (11.59 PM).


  •  So apa lagi jom join ramai-ramai.. Ajak kawan-kawan korang.. 

    Senang kan