Assalamualaikum.
Tahukah anda bahawa anda boleh mengawal hormon hanya dengan memakan makanan yang betul?
Jika anda ingin hamil atau ingin menetapkan kitaran haid atau mengurangkan senggugut, ikutlah panduan pemakanan berikut:
1) Makanlah makanan yang boleh menambahkan kandungan darah ketika haid untuk menggantikan darah yang keluar seperti daging, ikan, telur, kacang hitam, lentil, kelp, beet, sayur-sayuran bewarna hijau gelap, brokoli, ceri, anggur dan raspberi.
2) Tingkatkan pengambilan vitamin C ketika haid untuk bantu menyerap zat besi seperti buahan citrus, mangga, ceri, kentang, tomato, cantaloupe, strawberi, kacang pis dan selada air (watercress).
3) Makanlah makanan yang diperkaya dengan protin ketika minggu pra-ovulasi untuk menyokong peringkat kitaran haid seperti daging, ikan, kerang, telur dan pengambilan sederhana produk tenusu.
4) Makanlah makanan yang diperkaya dengan vitamin E ketika minggu pra-ovulasi untuk menyihatkan folikel yang sedang berkembang seperti kekacang, bijirin, ubi keledek, minyak sayuran, sayuran yang berdaun dan avokado.
5) Makanlah makanan yang diperkaya dengan vitamin B ketika minggu pra-ovulasi untuk membantu dalam pelepasan telur dan persenyawaan iaitu sayuran yang berdaun, bijirin penuh, telur dan daging.
6) Makanlah makanan yang diperkaya dengan zat besi ketika minggu ovulasi untuk membantu dalam pemecahan sel dan penghasilan progesteron seperti daging, ikan, ayam, gandum, telur, bijirin penuh dan buah tin.
7) Makanlah makanan yang dimasak seminggu sebelum haid atau kehamilan anda seperti sup untuk memanaskan uterus dan meningkatkan tahap progesteron anda.
8) Elakkan makanan yang diproses, gula halus dan kopi seminggu sebelum haid atau kehamilan anda, terutamnya jika anda mempunyai simptom-simptom senggugut.
9) Tingkatkan pengambilan air dan serat seminggu sebelum kehamilan untuk membantu hati memetabolismekan estrogen yang menyebabkan simptom-simptom senggugut seperti kekejangan, kembung perut dan cepat marah.
10) Jika anda mencuba untuk hamil, cuba makan buah nanas seminggu selepas ovulasi kerana ia mengandungi bromelain yang memekatkan garisan uterus untuk membantu dalam persenyawaan telur.
Selamat mencuba:)
nice sharing..tips yg berguna
BalasPadamtq for sharing..bgs buat y ingin hamil..
BalasPadamperkongsian berguna..tq sis..
BalasPadamerkk!!!hamil??
BalasPadamnakkk tap xnakkkkk hahahaha
penatttttt dah..nak rehat pulak ekeke
Mar: tq
BalasPadamLya: sama2 :)
Kathy: sama2 :)
El: sue pun x mau tambah dulu. Cukupla 3 org dulu buat masa ni. Mmg penat pun ;)
Kena kawin kalo nak hamil. Hehe
BalasPadambetul betul betul (gaya mei mei) :)
PadamKihkihkih...saya ni jenis senang lekat. Sekarang ni rehat dulu, bagi besar dulu yang kecik ni...
BalasPadamyup yup boleh cuba boleh amalkan. semoga isteri isteri di luar sana berjaya ^^
BalasPadam