7 Cara Maksimumkan Masa Bersama Keluarga

Assalamualaikum.

Ada kalanya masa yang ada terlalu terhad untuk diluangkan bersama anak-anak. Mama dan papa yang bekerja tentunya memahami situasi ini. Kasihan si manja kurang diberi perhatian dek kerana tugas. Maafkanlah diri anda dan belajar untuk menggunakan masa semaksimum mungkin bersama si kecil.

family time

1) Buat senarai to do list
Buat senarai apa aktiviti yang perlu dilunaskan mengikut prioriti. Bahagikan kepada tiga kumpulan iaitu tidak perlu, yang perlu diserahkan kepada orang lain (pasangan, pengasuh, rakan sekerja dan sebgainya), dan tugas yang perlu dilangsaikan sendiri. 

Dengan cara ini anda tahu tugas masing-masing dan boleh selesaikan dengan lebih efektif.
  • To do list ni sangat membantu melancarkan kerja tau. Kalo simpan dalam kepala cepat sangat lupa, tu yang penting kena tulis atas kertas biar nampak.

2) Gunakan apa yang ada
Manfaatkan hujung minggu untuk menyediakan masakan sejuk beku untuk seminggu atau minta pasangan membantu menyediakan pakaian anak-anak ke taska untuk seminggu. Hal ini akan memastikan tugas dilangsaikan dalam masa yang singkat.

Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga jika keadaan memerlukan.
  • Biasanya Sue sediakan puree anak (makanan bayi) untuk stok seminggu. Blend dan sejuk bekukan dalam deep freezer.

3) Libatkan anak
Dengan melibatkan si manja dalam aktiviti yang dilakukan contohnya seperti melipat baju, akan merapatkan hubungan dan si manja boleh belajar untuk berdikari.
  • Lipat baju pun pernah juga buat dengan anak-anak, end up ibu kena lipat sekali lagi haha...Satu lagi Sue ajar anak-anak kemas katil sendiri selepas bangun pagi.

4) Hargai masa
Elakkan insiden yang membazirkan masa seperti mencari kunci kereta atau jam tangan. Wujudkan sistem storan sistematik. Kurangkan masa anda dengangajet dan luangkan masa berkualiti dengan keluarga.
  • Malam sebelum tidur, biasanya daddy diaorang tolong bacakan buku cerita. Kalau hujung minggu bestlah sikit, dapat berjogging di taman, beli barang dapur, cuci kereta sama-sama.

5) Produktiviti
Perancangan rapi bekerja di luar daerah akan membantu anda menganggarkan tempoh dan masa anda dan si manja berjauhan.
  • Daddy biasanya akan inform ibu awal-awal lagi. Boleh prepare awal-awal apa yang perlu.

6) Manfaatkan teknologi
Membeli belah secara online boleh membantu anda mengurangkan masa di luar rumah, selain itu kebanyakan pembelian di atas talian menawarkan pelbagai hadiah dan potongan harga yang hebat.
  • Kebiasaannya beli buku, tudung, baju secara online, jimat sikit masa.

7) Manfaatkan masa
Jadikan waktu makan malam, hujung minggu dan waktu sarapan pagi sebagai masa untuk bertanya khabar perkembangan pasangan dan anak-anak.
  • Masa ni ambik masa cerita dengan daddy aktiviti anak seharian di sekolah dan juga di rumah

Kesimpulannya: Anak-anak membesar dengan cepat. Jangan sampai terlepas peluang untuk memahami dan memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka.


7 ulasan:

  1. betul tu kak sue...anak2 cepat je membesar...sementara ada peluang dan masa ni, kena full utilized masa yang ada...

    BalasPadam
  2. aah betul..walau sibuk sekali pun kita luangkan masa untuk anak2..el pun mmg dahulukan anak2..hehe

    BalasPadam
  3. pucuk pangkal hati masing2..kena give n take each other..
    kalo sorang je yang beria yang lagi sorang buat tak paham..tak menjadi juga..
    tapi, memang betul waktu tidak akan berputar kembali..hargailah setiap saat bersama anak

    BalasPadam
  4. iye..betul sangat...masa ni la kita nak rakam segala aktiviti mereka...mereka sekali je kecil, sekali je remaja...

    BalasPadam
  5. ya betul...Sue..gunakan 24 jam ya Allah beri dengan sebaik-baiknya

    BalasPadam
  6. mak ayah keje and memasing balik kul 5/6 petang. syukurlah CT ni dah dewasa so tak adalah perlu attention lebih sangat. so sabtu ahad sajelah nak spend time together pun.

    BalasPadam
  7. Banyak dah masa terlepas, kalau la boleh undur balik. Seminggu sekali pasti akan bawak diaorang keluar, bagi kebebasan untuk diaorng pilih tempat nak pergi.

    BalasPadam