7 Cara Melatih Si Kecil Bersolat

Assalamualaikum.

Seawal usia empat tahun, kanak-kanak akan mula menunjukkan sikap ingin tahu. Inilah waktu yang selayaknya mendidik mereka untuk mempelajari pelbagai ilmu termasuklah berkaitan dengan agama dan moral.


Sabda Rasulullah saw bermaksud:
"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi. " (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepada mu, iaitu Al Kitab (Al Qurán dan dirikanlah solat. Sesungguhnya soalt itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.

1) Ajak-ajak ayam si manja untuk solat bersama. Hamparkan sejadah dan pakaikan mereka kopiah atau tudung agar mereka teruja untuk mengikuti pergerakan-pergerakan yang ada di dalamnya.

2) Tunjukkan kepadanya cara berwuduk

3) Baca bacaan solat dengan kuat setiap kali anda bersolat supaya si kecil boleh mendengar

4) Belikan telekung atau sejadah yang dipilih mereka sendiri

5) Katakan kepadanya Allah SWT akan sentiasa merahmati insan yang sentiasa solat lima waktu

6) Sentiasa solat awal waktu supaya anak faham ibadah solat tidak boleh dilengah-lengahkan

7) Doa agar anak bersolat: "Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku." (Surah Ibrahim:40)

Anak Sue yang sulong kalau dengar azan di TV mesti akan bagitau Sue "Ibu dah masuk waktu solat, jom la solat".. Kalau dia ada mood kami solat sama-sama. Anak yang nombor dua pun akan ikut sekali solat tiru abang dia.

Sejadah anak-anak Sue

5 ulasan:

  1. tulah sm lah mcm anak el tu yg sulung
    kemain dia skrg..kita lak kena azan ngan dia
    ma...xsolat ke..abg dah solat huhuhu

    BalasPadam
  2. Hehehee...ada gak geng dgn sue ye ;)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah bab ni rasanya mak and ayah CT memang ajar dari kecik. plus pegi sek agama sejak dari darjah satu memang syukurlah diberi pendedahan dari awal..

    BalasPadam
  4. alhamdulillah...si baby saya tu dengar azan terus tunduk sujud.
    diaorang belajar tengok daripada kita yang besar-besar ni

    BalasPadam
  5. tanggungjawab ibu bapa. moga nanti kalau saya ada anak memang latih begini XD

    BalasPadam