Adakah Pengambilan Kafein Selamat Untuk Ibu Hamil?

Assalamualaikum.

ibu hamil minum air kopi

Sue percaya ramai dikalangan kawan-kawan Sue yang suka minum air berkafein dan makan coklat kan? (Sue pun suka coklat, hihu). Kafein dijumpai di dalam pelbagai jenis makanan, minuman, coklat dan sesetengah ubat.

Untuk wanita hamil atau yang ingin hamil dos pengambilan kafein yang dicadangkan adalah tidak lebih daripada 200mg (miligram) setiap hari. Ini adalah sama dengan satu cawan kopi 12 auns.

Bagaimanakah kafein mempengaruhi tubuh badan anda?
Kafein membuatkan anda terjaga. Ia akan meningkatkan sedikit tekanan darah dan kadar degupan jantung dan penghasilan air kencing anda. Kafein boleh menyebabkan seseorang untuk menjadi gementar, menghadapi masalah penghadaman atau masalah tidur.

Ketika kehamilan, anda mungkin menjadi lebih sensitif kerana kesan kafein akan hilang dengan lebih lambat berbanding wanita yang tidak hamil.

Adakah pengambilan kafein ketika kehamilan mempengaruhi bayi anda?
Ya. Ketika kehamilan, kafein memasuki plasenta dan bayi anda. Kafein boleh mengurangkan pengaliran darah kepada plasenta, yang boleh menyebabkan masalah terhadap bayi anda.

Adakah pengambilan kafein selamat ketika penyusuan susu ibu?
American Academy Of Pediatrics (AAP) berkata bahawa ia selamat untuk ibu yang menyusukan untuk mengambil kafein. Kandungan kecil kafein akan memasuki susu ibu, jadi, hadkan pengambilan kafein ketika penyusuan susu ibu.


Bayi yang menyusu badan ibu (yang meminum 2-3 cawan kopi sehari) mungkin bersifat cerewet (meragam) dan mempunyai masalah tidur.

Makanan dan minuman apakah yang mengandungi kafein?
Kafein dijumpai di dalam:
  • Kopi atau produk yang mempunyai kopi seperti yogurt dan ais krim
  • Teh
  • Beberapa jenis minuman ringan
  • Coklat dan produk coklat seperti chocolate syrup dan koko panas
Kandungan kafein di dalam makanan dan minuman adalah berbeza. Untuk kopi dan teh, jenamanya, cara penyediaannya, jenis biji atau daun yang digunakan, cara ia dihidangkan (espresso, latte dan lain-lain) boleh mempengaruhi kandungan kafein.

Ubat-ubatan apakah yang mengandungi kafein?
Ada ubat yang digunakan untuk melegekan kesakitan, migrain, demam dan membantu untuk melegakan anda mengandungi kafein.


Food and Drug Administration (FDA) meminta ubat-ubatan menyenaraikan kandungan kafein di labelnya.

Jika anda hamil, bincanglah dengan doktor sebelum mengambil ubat-ubatan yang mengandungi kafein. Ini termasuk ubat preskripsi dan ubat yang diberikan doktor.

Beberapa produk herba mengandungi kafein. Ini termasuk guarana, yerba mate, kola nut dan ekstrak teh hijau. Produk herba diperbuat daripada herba, iaitu tumbuh-tumbuhan yang digunakan ketika memasak dan ubat.

FDA tidak meminta produk herba meletakkan label kandungan kafein. Ada produk herba mengandungi kafein sebanyak 8 cawan kopi!

Jika anda hamil, jangan mengambil produk herba kerana kita tidak tahu berapa banyak kandungan kafein yang terdapat di dalamnya.

Kesimpulan
Ibu hamil dan ibu menyusu boleh mengambil kafein asalkan tidak melebihi dos yang telah disarankan.

5 ulasan:

  1. nice entry sue..suka saya baca..saya suka minum kopi susu, nescafe..emm..saya cuba elak beberapa hari..kalo minum pun sehari sekali je..saya taknak lah nutrisi yg saya ambil akan sia-sia.

    BalasPadam
  2. mnm kafein ritulah el dpt hb low sbb dia akan tarik semua vitamin2 yg kita mkn
    tp mnm gak berkafein..sekali sekala xpe ekeke

    BalasPadam
  3. hmmm...selalu juga minum yang berkafein ni sis..

    BalasPadam
  4. eeerk CT suka gak kopi bagai tapi ngantuk still ngantuk gak.. it doesnt work on me yang nak berjaga tu semua. kalo nak tidoo tu terbungkang jugak. but i think ibu mengandung should stop minom kopi. minum air lain yang sihat !!

    BalasPadam
  5. Masa ngandung nak ke 2, memang minum kopi hari-hari. Alhamdulillah, tak jadi effect apa-apa. Keluar pun putih bersih, sampaikan nurse dan doktor tanya saya minum susu apa
    time peknen.

    BalasPadam