Hadiah Terindah Untuk Pasangan Anda

Assalamualaikum.


Apakah hadiah yang sangat bernilai untuk pasangan anda?

Untuk suami:
1. Suami tiada nilai kejutan, sila tanya kepada dia, apa hadiah yang dia mahu sempena hari ulang tahun kelahirannya. Dia suka hadiah yang dia perlukan pada masa itu.

2. Jangan beli barangan yang dia tidak perlu atau tidak pernah guna. Nanti dia simpan sampai ke tua. Contoh. dia tidak pernah pakai minyak wangi. Jangan beli minyak wangi kerana tiada nilai baginya.

3. Jika mahu buat kejutan juga. Sila perhatikan asesori yang dia sedang pakai dan gantikan asesori itu dengan yang baru yang sama warna dan bentuk serta jenama yang terkenal daripada yang sedang dia pakai. Contoh beg duitnya yang kelihatan lusuh. Belikan yang baru yang sama warna tetapi lebih berkualiti. Pasti dia "terkejut beruk" menerimanya.

Untuk isteri:
1. Jika isteri bekerja di pejabat yang tidak berunifom. Sila hadiahkan banyak-banyak baju untuk dia pergi kerja, Sebab kebiasaan baju yang dia pakai pergi kerja seelok-eloknya 6 bulan pusingan. Dia malu kalau terpaksa ulang pakai baju itu dalam bulan yang sama.

2. Bila berpisah daripadanya lebih 3 hari, sila belikan hadiah kepadanya apa saja yang anda teringat. Walau semurah sebatang pen atau seketul "magnet cenderamata peti sejuk". Nilainya ialah membuktikan anda ingat kepadanya.

3. Buat kejutan dengan memberi barangan unik asesori dan hiasan dalaman rumah yang diminati kaum hawa (barangan itu boleh tengok dalam majalah-majalah wanita) sekali sekala (sebulan sekali) kemudian bila dia tanya, " Hadiah ni untuk apa?". Katakan, " Saja je, sebab I Love you".

4. Yang paling POWER sekali ialah beri dia duit sama ada dia minta atau tidak.

Selamat mencuba.. 

Kredit: Pak Utih's Page

10 ulasan:

  1. kejutan yang memang mengejutkan...saya beli baju bajan sendiri je..sob2..kejutan mungkin ada tapi setahun sekali itu pun kena reminder...mih3

    BalasPadam
  2. Yg beri duit aku suka kihkihkih ....

    BalasPadam
  3. Mar: kita serupa la sokmo kene remind hubby
    Mia: hehehe semua wanita pasti suka kalo bab duit kan ;)

    BalasPadam
  4. aah senang bagi duit..boleh beli apa2 yg kita suka..nti kita beli x suka pulok..hehehe
    ermm lama x dpt gift2 ni..bila la nak dpt lagi haha

    BalasPadam
  5. Haha. Ni untuk dimasa akan dtg boleh la apply.

    BalasPadam
  6. Kami takdak suprise-suprise pun. Tanya nak apa, terus bawak ke kedai. Pilih sendiri barang apa yang nak.

    BalasPadam
  7. Mama yg tu lg senang dan puas hati. Apa yg kita mintak sure dpt. Dah x pyh main teka2 lg dah ;)

    BalasPadam
  8. dah macam terapi rumah tangga ni :P nombor 4 tu paling CT setuuuuuuju. itulah antara kunci keharmonian rumah tangga hakhakhaks

    BalasPadam