Jangan Tunggu Lama-Lama

Assalamualaikum.

Renungan sempena hari Jumaat yang mulia.


1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.

3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka akan dipedulikan ….

5. Jangan menunggu orang memahami kamu, baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.

6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis, tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

7. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.

8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.

11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka kita akan berjaya.

12. Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!

13. Jangan menunggu waktu luang untuk Allah, Tapi luangkan waktu untuk Allah,
Dan… Jangan menunggu lama lagi untuk share tulisan ini kepada semua orang yang anda kenal…

Sehingga kita semua tersedar dari lena yang panjang dan berjaya bersama....
insha Allah...

6 ulasan:


  1. insyallah sue
    hopefully kita jgn tgu lama2 nak buat semua tu kan
    ajal maut semua x tggu kita rite

    BalasPadam
  2. Suka baca entri ini..

    BalasPadam
  3. Insyaallah..jangan tunggu diberi kesempatan tetapi rebutlah kesempatan tu.

    BalasPadam
  4. adoi banyak ni yang kene setepek kat muka sendiri. huurm.. banyaknya kekurangan T.T

    BalasPadam