Majlis Perasmian HQ Shaklee di Sunway Pinnacle

Assalamualaikum.

Pada hari Sabtu 18/10/14, telah berlangsungnya majlis perasmian bangunan baru HQ Shaklee bertempat di The Pinnacle Bandar Sunway. Majlis ini bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengah hari.


Seawal awal pagi lagi kehadiran tetamu sangatla memberangsangkan. Sehingga habis majlis pun tetamu semakin ramai yang datang sebagai menunjukkan tanda sokongan kepada pihak Shaklee. Syabas!




Antara aktiviti yang disediakan sebelum majlis bermula ialah:
- photo booth
- pertandingan mewarna bagi kanak-kanak
- lekat sticker pada tubuh
- hidangan minuman Melashake yang super sedap



Acara perasmian dimulakan dengan kata2 aluan dari pengerusi majlis, diikuti dengan ucapan pengarah urusan Shaklee Mr Victor Lim, diikuti dengan ucapan sepatah dua kata daripada para VVIP yang terpilih. Acara perasmian turut diselang-selikan dan dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah.




Memang bertuah sungguh la pada siapa yang dapat hadiah pada hari itu, iaitu 2 kotak kolagen powder Shaklee yang beharga RM596. Haa sape yang nak bagi FREE khennn hadiah gitu.. Untung la siapa yang dapat sebab Sue tak bertuah hari tu.

Sempena dengan majlis perasmian ini juga, Shaklee telah membuat tawaran hebat iaitu BUY 6 FREE 1 Vitamin C untuk SEHARI tu je. Wah...memang ramai la yang pakat borong vitamin C. Barang baik dan harga murah pulak tu kan, haruslah ambik peluang kan ;)


Last but not least adalah acara memotong kek diakhir majlis perasmian. Kemudian semua tetamu dijemput menjamu selera di tingkat 15.


Harapan Sue semoga Shaklee terus melangkah maju ke hadapan dan juga semoga Sue dan rakan-rakan seperjuangan yang lain dapat membantu menambah nilai pada kesihatan dan juga ekonomi masyarakat di luar sana kepada yang lebih baik InsyaAllah. 

5 ulasan:

  1. Alhamdulillah semakin berkembang dan selamat maju jaya Sue...

    BalasPadam
  2. semoga akak juaa terus maju ^^

    BalasPadam