Plasenta Previa- Masalah Uri Di Bawah

Assalamualaikum.

Harini Sue ingin berkongsi sedikit berkenaan info kehamilan berikutan ada beberapa orang dari kawan-kawan Sue mengalami plasenta previa saat ini. Sama-sama kita doakan semoga kandungan mereka selamat hingga ke akhirnya InsyaAllah.

plasenta previa

Masalah uri gugat kandungan
Plasenta atau uri memainkan peranan penting dalam membekalkan nutrien dan oksigen kepada kandungan. Namun dalam keadaan tidak normal seperti penempelan uri di bawah (plasenta previa) serta masalah uri lekang (plasenta abruptio) mendedahkan si manja dan ibu kepada bahaya.

Faktor penyebab:
1) Merokok, meminum arak dan pengambilan dadah semasa hamil
2) Sejarah pendedahan yang melibatkan uterus seperti suction and curettage (S&C) atau myomectomy- buang fibroid
3) Pernah bersalin secara Ceasarean
4) Pernah hamil
5) Ibu berusia 35 tahun ke atas
6) Mempunyai sejarah plasenta previa sebelum ini

Simptom plasenta previa:
Pendarahan yang tidak menyakitkan pada minggu ke-24 dan atas.

Info: Kebanyakan kes plasenta previa tidak mempunyai tanda-tanda awal. Keadaan ini hanya boleh dikesan menerusi ujian imbasan sahaja.

Rawatan plasenta previa:
Keadaan plasenta previa terbahagi kepada dua iaitu major dan minor. Setelah diagnosis yang menunjukkan terjadinya plasenta previa, ibu yang mengalami plasenta previa major akan dimasukkan ke dalam wad sehingga bersalin dari minggu ke-28 ke atas.

Ibu yang mengalami plasenta previa minor perlulah:
  • Mengelakkan aktiviti berat dan lasak
  • Mengelakkan hubungan kelamin
  • Tidak memasukkan sesuatu ke dalam vagina
  • Jika dimasukkan ke wad, doktor akan memberikan suntikan corticosteroids untuk mematangkan paru-paru fetus untuk menghadapi risiko kelahiran awal
  • Dimasukkan ke dalam wad pada minggu ke-34 sekiranya ibu tidak mengalami pendarahan
  • Biasanya pembedahan caesarean akan dilakukan pada usia kandungan 38 minggu
Info: 25 daripada 100 ibu yang mengalami plasenta previa melahirkan bayi mereka sebelum minggu ke-37.

Korang pernah tak alami plasenta previa ni? Share sikit pengalaman boleh?

4 ulasan:

  1. takutnyaaa nak mengandung T.T tapi doc dah pesan kalau CT ngandung kena pesan awal awal nak kena ceasar sebab tulang blakang patah dulu and i kenot kenot give normal birth.. huuurm..

    BalasPadam
  2. Tak pernah terjadi tapi member ada alaminya. Tengok dia berjalan pun macam sakit jer. Memang bersalin operate

    BalasPadam