Sambutan Hari Raya Korban di Kampung Mertua

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, tahun ni ibu mertua dan family ipar Sue buat korban seekor lembu. Sekitar jam 9.30 malam hari Sabtu lembu telah dihantar di rumah.

Keesokan harinya selepas solat sunat hari raya Aidiladha, sekitar jam 9.45 pagi telah dilakukan proses penyembelihan lembu tersebut di belakang rumah mertua, dekat pokok rambutan. Ini adalah kali pertama anak-anak Sue melihat proses korban lembu. Diaorang bukan main excited lagi.




Kerja-kerja melapah telah dibantu oleh kawan-kawan ibu mertua Sue, orang kampung ni juga merangkap geng mengaji ibu mertua. Gotong royong macam ni cepat la sikit kerja siap. Pukul 12 tengah hari dah start masak.

Apa menu yang kami buat? Menu biasa je, daging singgang, daging masak sambal dan daging goreng kunyit. Banyak betul kolesterol sehari makan. Nasib dah telan Phytocol-St siap-siap sebelum makan. Tak de lah risau sangat kolesterol mencanak-canak naik.







Alhamdulillah, sebanyak 70 buah beg plastik daging korban berjaya diagihkan kepada orang miskin di sekitar kampung. Semoga rezeki yang dikongsi bersama-sama ini lebih berkat dan semoga ibadah korban kami di terima di sisi Allah swt.

“…Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang yang sangat fakir. Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging korban sunat itu kepada golongan fakir dan miskin yang beragama Islam dalam keadaan mentah lagi basah (belum dimasak).” (Surah al-Hajj, ayat 28)

8 ulasan:

  1. hooo, memang best , tapi sayang semalam hujan kat jitra nih, tak dapat nak join

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah....buat kerja ramai-ramai ni seronok dan meriah kan?...^_^

    BalasPadam
  3. seronoknya buat korban. tahun ni tak buat pun huhuhu.. memang kalau buat korban maknanya sminggulah lauk pauk semua daging aje bhahaha..

    ps : rindu iols tak kak ? teeheee

    BalasPadam
  4. Faiz: thn depan ada rezeki bole join
    Mama: mmg best ;)
    Ct: rindu awak 200% :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pengaruh tivi akak ni tsk tsk tsk *laaaari bhahaha..*

      Padam
  5. el x g mana2 pun..dok umah makan dr pagi smpai mlm hahaha
    jiran sebelah adalah wat korban 2 eko lembu..anak2 je p tgk
    balik2 jenuh sorg dok cite..siap tunjuk caner lembu tu kena ikatlah kena sembelih lah hehe
    el lak mlm raya sibuk wat rendang ayam..pas2 xleh nak wat keje sgt
    anak kecik lg tu asik mtk susu je hehe

    BalasPadam
  6. Kat mana rumah mentua sue ni? Cam pernah tengok bangunan sekolah tu.

    BalasPadam
  7. tahun ni saya dapat sebungkus ja daging korban..tu pun tak tau nak masak apa sebab masing2 dah cemuih makan daging masa balik raya hari tu..

    BalasPadam