Tempat Makan Sedap di Kelantan: Thai Restoran Keng Som

Assalamualaikum.

Hari Jumaat hari tu bersempena dengan hari anniversary kami yang ke-5, abang ipar Sue belanja kami makan di restoran makanan Thai Keng Som.

Kami sampai di restoran tersebut pada pukul 9 malam. Sepanjang perjalanan nak ke sana kami terpaksa meredah hujan lebat yang turun sejak dari azan Maghrib lagi.

Signboard luar restoran bewarna Merah
Signboard di pintu masuk restoran
Sampai-sampai je tengok masih ada tempat duduk, fuuhhh lega. Lepas tu waiter datang bawa menu. Abang ipar yang order semua menu malam tu. Awal-awal lagi kami telah diberikan kacang campur ikan bilis sebagai 'appetizer'. Wah, menarik jugak ni, sebelum ni biasanya dapat pisang atau kacang tanah je.

Pelanggan yang datang makan
Appetizer (kacang tanah, ikan bilis dan daun kari)
Terdapat pelbagai menu yang disediakan di restoran ini. Yum, yum, yum...semua makanan nampak sangat menyelerakan.
Buku menu
Macam-macam ada
Malam tu kami makan ikan siakap masak nyonya, butter prawn, ayam masak monggolia, sayur campur dan ketam lembut goreng.

Nasi, butter prawn, ikan siakap masak nyonya, sayur campur, ketam lembut goreng
Ayam masak monggolia
Makanan yang kami pesan pada malam tu ternyata sedap. Sue bagi 9/10. Sue hanya makan ikan dan sayur campur sebab Sue masih amalkan diet alkali untuk anak Sue yang ada ekzema. Ikannya segar dan lembut cuma kuahnya sahaja yang rasa agak kuat, sayur campur yang yang rangup dan cukup rasa. 

Tak habis pun kami berenam makan sebab dah kenyang. Baki yang tinggal kami bawa balik dan buat sahur keesokannya.

Dalam restoran ni ada satu akuarium besar. Sebelum makanan sampai, bawa anak-anak tengok ikan dulu nak elak mereka bosan menunggu.

Anak-anak ralit tengok ikan
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Burpp.....Alhamdulillah.. Thanks to brother in law, yang belanja kitaorang malam tu.

Bagi sesiapa yang menggemari masakan Thai, boleh la mencuba makanan di Restoran Keng Som ini. Makanannya sedap dan lokasi restorannya juga strategik. 

Alamat: 
Keng Som Restoren Sdn Bhd 
5/27, Lot 255&256, 
Jalan Kebun Sultan, 
15350, Kota Bharu, 
Kelantan. 

No Tel: 
012 9378 814 / 012 9218 892 

Waktu operasi: 
10 pagi - 2.30 petang 
8 malam - 10.30 malam

6 ulasan:

  1. btw hepi nbeseri seri uols smoga kalian mdpt keberkatan di dunia dan akhirat
    untunglah ada org belanja hehehehe
    lauk pauk semua sedap2..siap tapau lagi ekeke

    BalasPadam
  2. heppi anniversary Sue..adoi ingat dekat restoran ni kalu tak boleh gi jengah :)

    BalasPadam
  3. Dekat ja rumah saya dengan restoren ni. 2 minit ja tapi tak pernah sampai pun.

    BalasPadam
  4. Klu dah 9/10 memang sangat sedaplah tu .... :)

    BalasPadam
  5. nyum..mesti sedap tu..

    BalasPadam
  6. akak !! tengok kacang goreng tu tingat kat china dulu ada 1 masakan tu diorng mcm cemtu la.. kacang tanah and cili kering and ada kacang panjang. kami memula tngk mcm krik krik tp lepas tu
    berebut nak amek kacang..

    BalasPadam