Tips Ketahui Waktu Subur Anda

Assalamualaikum.

Apakah itu Ovulasi?


OVULASI merupakan proses pelepasan telur yang telah matang dari dalam rahim untuk kemudian berjalan menuju tiub fallopio untuk disenyawakan. Proses ini biasanya berlaku 16 hari selepas hari pertama kitaran haid atau 14 hari sebelum haid berikutnya. 

Apakah itu waktu subur?


Waktu subur ialah waktu dalam kitaran haid seseorang wanita. Sekiranya hubungan seks dilakukan dalam tempoh itu, peluang untuk hamil adalah tinggi. Ini kerana pada tempoh waktu tersebut, ovulasi berlaku dalam diri wanita.

Waktu subur seseorang wanita ialah lima hari sebelum ovulasi dan dua hari selepas ovulasi. Sperma boleh hidup di alam faraj dan rahim wanita selama tiga hingga lima hari.

Namun begitu, telur wanita selepas ovulasi hanya boleh hidup selama 12 hingga 24jam sahaja. Waktu paling subur seseorang wanita ialah sehari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi berlaku.

Oleh itu, seelok-eloknya hendaklah merancang untuk melakukan hubungan seks sehari atau dua hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi.

Terdapat beberapa kaedah untuk mengetahui waktu subur anda:

1) Kaedah Basal Body Temperature


Suatu kaedah untuk mengesan ovulasi yang memerlukan anda membuat catatan setiap awal pagi dan mencatat keputusannya pada suatu carta. Ia adalah kaedah yang mudah dan murah untuk mengesan ovulasi.

Ia jauh lebih murah berbanding menggunakan mana-mana kit kesuburan yang dijual di pasaran.

2) Kaedah Cervical Mucus


Kaedah ini adalah dengan menggunakan pertukaran lendiran yang keluar dari pangkal rahim. Dengan kaedah ini anda boleh mengetahui waktu ovulasi anda sebelum ianya berlaku dan merancang waktu untuk bersama dengan pasangan pada waktu paling subur bagi meningkatkan peluang anda untuk hamil.

Secara umumnya cervical mucus yang normal berwarna jernih, tidak berbau dan tidak gatal. Manakala sekiranya terdapat jangkitan pada faraj, lendiran yang keluar adalah berwarna kuning atau hijau, berbau dan kadang-kala gatal.

3) Kaedah Kalendar


Ovulasi akan berlaku lebih kurang 14 hari sebelum haid akan datang. Oleh itu, bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari yang teratur, hari ovulasinya akan berlaku pada hari ke 14.

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang lain kiraannya adalah seperti berikut:

 KITARAN HAID
 HARI OVULASI
 25 hari
 Hari ke 11 haid
 28 hari
 Hari ke 14 haid
 31 hari
 Hari ke 17 haid
 33 hari
 Hari ke 19 haid
 35 hari
 Hari ke 21 haid

Bilakah hari subur anda?
Hari subur adalah 2 hari sebelum, pada hari ovulasi dan sehari selepas ovulasi berlaku. Ini kerana sperma berupaya untuk hidup di dalam rahim 12-48 jam (setengah sperma 3-5 hari!), manakala telur hanya akan hidup selama 12-24 jam sahaja.

 KITARAN HAID
 HARI SUBUR ANDA
 25 hari
Hari ke 9,10, 11 & 12 haid  
 28 hari
Hari ke 12, 13, 14 & 15 haid
 31 hari
Hari ke 15, 16, 17 & 18 haid
 33 hari
Hari ke 17, 18, 19 & 20 haid
 35 hari
Hari ke 18, 19, 20 & 21 haid
Bagi mereka yang masih sukar untuk mengira hari kesuburan mereka , bolehlah memuat turun aplikasi mobile yang mengira terus hari kesuburan tersebut.

4) Kit Peramal Ovulasi


Sejenis alat yang boleh dibeli di farmasi yang boleh digunakan untuk mengesan LH surge dengan hanya menggunakan spesimen air kencing sahaja. LH adalah salah satu hormon yang terlibat di dalam proses ovulasi tubuh wanita pada setiap bulan.

Sebelum proses ovulasi berlaku, paras hormon LH ini akan meningkat dengan secara mendadak. LH surge ini akan merangsang folikel matang yang berada di dalam kilang telur seseorang wanita untuk pecah.

Hormon LH akan dapat dikesan di dalam air kencing 12 jam selepas LH surge. Ovulasi akan berlaku lebih kurang 24 jam selepas hormon LH dikesan dalam air kencing.

Pengalaman Sue sendiri adalah dengan menggunakan kaedah cervical mucus dan kaedah kalender. Bagi Sue ianya satu kaedah yang mudah dan tepat. Anda pula bagaimana?

Testimoni set kesuburan Shaklee, klik sini.

8 ulasan:

  1. thanks for sharing...bole la merancang2...saya selalu guna kaedah kalendar...^_^

    BalasPadam
  2. terima kasih untuk ilmu yang sangat bermanfaat ini..

    BalasPadam
  3. nak em em kenalah tau waktu subur
    mnlah tau kan :) dengan izinNYA

    BalasPadam
  4. Hehehe...kena amik tahu ni. Tu yang selalu terexcident tapi semuanya tu rezeki dari Allah.

    BalasPadam
  5. pentingkan tahu waktu subur baik untuk yang nak pregnant dan yang tak nak pregnant :)

    BalasPadam
  6. dok guna application dalam fon aje hihihi..

    BalasPadam