5 Tip Mudah Buat Isteri Tertawan

Assalamualaikum.

Kuasa seorang suami bukan sahaja pada kekuatannya, malah pada kelakuan yang mampu mencairkan hati si isteri. Setiap usaha lelaki untuk menawan hati isteri dan menambah kemesraan pasti membuahkan hasil, jika dilakukan dengan sepenuh hati.

1) Lirikan mata


Ramai yang bersetuju bahawa lirikan mata suami, beserta senyuman yang menggoda boleh memikat hati isteri. Kuasa yang ada pada mata tidak boleh dinafikan kerana setiap jelingan membawa seribu erti.

2) Kejutan
Kucupan dan pelukan secara tiba-tiba boleh memberi impak dalam hubungan suami isteri. Ramai antara para isteri yang rasa dihargai apabila diberikan ciuman tanpa diketahui, seperti ketika sedang membuat kerja-kerja rumah.

3) Pujian manis
Tiada isteri yang tidak suka dipuji oleh suami. Kata-kata pujian boleh membangkitkan rasa cinta dan sayang isteri kepada suaminya. Begitu juga sebaliknya. Selangilah hari-hari anda dengan ayat-ayat yang manis supaya hubungan anda dan pasangan lebih mesra.

4) Ringan tulang


Suami yang rajin dan ringan tulang sudah pastinya dapat menyejukkan hati si isteri. Tiada salahnya jika suami juga mebantu isteri membasuh, menyapu dan membuat kerja rumah. Ia secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana yang romantis. 

Sudah pasti hati wanita yang bergelar isteri juga akan tersentuh dengan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh suami.

5) Hadiah istimewa


Hadiah istimewa tidak semestinya mahal, namun akan menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri. Cukuplah sekadar membeli makanan atau minuman kegemaran untuk dinikmati bersama. Lebih menarik jika hadiah diberi dengan sedikit kejutan.

Notahati: Alhamdulillah, dalam usia 5 tahun bahtera perkahwinan yang dibina, suami sangat ringan tulang dan rajin memuji Sue. Walaupun tak romantik, tetapi beliau punya cara sendiri dalam menghargai isterinya ini :)

10 ulasan:

  1. isteri memang mudah cair, semoga semua suami tau cemana cara nk bagi isteri cair hihihiihih

    BalasPadam
  2. kaum2 adam sila baca!!!haha

    BalasPadam
  3. setuju sangat2.. hehehe marah cam ner pon mamamyja, jap jer dah cair. hahahaha

    BalasPadam
  4. Dapat lima2 ni, confirm cair lemah gemalai. Hehe

    BalasPadam
  5. Bestnya kalau blh dpt semua ni sellu..

    BalasPadam
  6. no 4 tu memang selalu dapat..
    yang lain-lain tu kena mintak kut, hehehe

    BalasPadam
  7. ringan tulang tu memang hasben sha... kat rumah mama sha pun dia rajin vacuum satu rumah... hahaha

    BalasPadam
  8. 2/5 tu CT hokay kot hahaha.. lirikan mata cem aaaaaaa gelis geleman sket. nak buat cem mana kak.. jiwa dak romantic. ringan tulang tu kenalah sentiasa kan. isteri bukan kuli..

    BalasPadam