8 Makanan Cegah Kanser

Assalamualaikum.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Bagaimanapun hakikatnya, tidak ramai yang mengamalkan aspek pencegahan. Sebaliknya, jika terkena atau disahkan menghidap penyakit, barulah tindakan segera diambil samada melakukan rawatan ataupun mula mengamalkan aspek pencegahan.

Menyentuh mengenai aspek pencegahan penyakit terutamanya penyakit kanser, haruslah dilihat terlebih dahulu mengenai puncanya. Yang pasti, pemakanan sihat memainkan peranan penting dalam menentukan kesihatan akan datang. Ayuh kita lihat lapan jenis makanan yang membantu mencegah kanser.

1) Kacang atau mentega kacang


Terdapat kajian yang mengatakan, memakan makanan yang kaya dengan vitamin E dapat mengurangkan risiko kanser perut, kolon, paru-paru dan lain-lain.

Mengamalkan pemakanan yang kaya dengan vitamin E seperti kacang, mentega kacang, kacang badam dan biji kuaci dalam diet harian membantu menguatkan sel badan.

Biji kuaci memang sedap, sambil tengok tv layan dengan air teh panas perghhh terbaiklah!

2) Oren


Oren atau mana-mana buah yang kaya dengan vitamin C merupakan antioksidan yang didapati di dalam kebanyakan buah dan sayuran.

Vitamin C dapat membantu menghalang pembentukan kanser. Diet yang tinggi dengan vitamin C ini mampu mencegah kanser perut, kolon, payudara dan serviks.

Pilihan Sue semestinya vitamin C Shaklee

3) Ubi keledek


Ubi keledek mengandungi beta-karoten yang merupakan antioksidan sangat hebat. Kajian mendapati mereka yang mengambil diet tinggi dengan beta karoten dapat mengurangkan risiko kanser terutamnya kanser paru-paru, perut dan kolon

Ubi keledek buat kuih keria, alahai sedapnye lah..

4) Ikan salmon segar


Kurang vitamin D dalam badan mempunyai kaitan dengan beberapa jenis kanser termasuk kanser payudara dan kolon. Saintis berpendapat vitamin D mungkin dapat menghadang salur darah pada tumor yang membesar.

5) Bawang Putih


Bawang putih dipercayai dapat mencegah serangan jantung, penggumpalan darah, menurunkan kadar kolesterol, tekanan darah, kadar gula darah, penawar racun, pembunuh bakteria, kulat, parasit, pengikat radikal bebas, dan banyak lagi.

Zat- zat aktif yang terdapat di dalam bawang putih ialah vitamin A, B, C, kalsium, potasium, besi, karoten dan selenium.

Malas nak telan bawang putih, boleh ambil Garlic Shaklee.

6) Teh hijau


Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal Cellular, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol iaitu sejenis antioksidan kuat kerana mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser.

7) Buah beri 

Buah beri merupakan buah terbaik untuk mencegah kanser. Terdapat beberapa jenis beri iaitu raspberry, blueberry dan cranberry. Ia mengandungi antioksidan yang dipanggil pterostilbene yang mempunyai ciri-ciri melawan kanser.

8) Kacang soya


Makanan yang rendah lemak, tanpa kolesterol, tinggi serat diet dam kaya dengan mineral. Kajian menunjukkan bahawa isoflavon iaitu fitokimia yang terdapat dalam kacang soya mengurangkan paras kolesterol dan risiko mendapat penyakit jantung.

Ia juga mencegah pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko osteoporosis di kalangan wanita. Kajian menunjukkan bahawa kandungan genistein di dalamnya menyekat angiogenesis atau pertumbuhan pembuluh darah baru yang menyebabkan pertumbuhan tumor.

Pilihan soya Sue, semestinya ESP Shaklee.

Ikhtiar kanser dengan VIVIX Shaklee di SINI.

8 ulasan:

  1. biji aprikot pun salah satu makanan pencegah kanser.

    BalasPadam
  2. peanut butter ? noooo my tekak cannot accept hahaha. tapi yang lelain oookay. especially itu keledek. semua adik bradik ubi iols suka. berries ada gak CT dengar tapi mahal lah kalau kat malaysia ni.

    BalasPadam
  3. Semua makanan ni senang didapati...banyak manfaat rupanya

    BalasPadam
  4. 1,2,3,5 selalu makan. Tak pernah tahu sebelum ni kata dapat cegah kanser..

    BalasPadam
  5. Nak jaga kesihatan bukanlah susah sangat, cuma jaga apa yang masuk dalam perut kita

    jemput baca pembantu rawatan kanser

    BalasPadam
  6. yg sllu mkn bwg putih..apa jua masakan yg kena tumiis2 el suka letak bwg putih byok2..wangi

    BalasPadam
  7. So kenalah kita perbanyakkan makanan yang berkhasiat ni

    BalasPadam