Cara Membuat Puree Untuk Bayi

Assalamualaikum.

Mulakan pemberian makanan pelengkap kepada bayi yang menyusu susu ibu atau rumusan bayi apabila berusia enam bulan. Penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi perlu diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.

Antara cadangan menu hidangan ialah:

wholesome baby food

Setiap makanan yang diberikan kepada anak sebaiknya mengikut '4 days rule' iaitu makanan yang sama diberikan selama 4 hari berturut-turut untuk melihat jika bayi ada alahan pada makanan tersebut atau pun tidak.

Untuk bayi ekzema sila apply '7 days rule' ye.

Berikut adalah cara -cara membuat puree epal:

1) Rendam buah epal dengan air garam selama 15 minit
2) Basuh dan kemudian dikupas kulitnya
3) Buah dipotong kecil


4) Kukus buah sehingga lembut
5) Blend (kisar) buah dengan mesin pengisar (Saya menggunakan blender biasa sahaja yang dikhaskan untuk makanan anak)


6) Selepas blend masukkan puree dalam bekas ice tray


7) Simpan dalam freezer
8) Siap!

Mudah je kan? Yang penting mommy kene rajin buat untuk anak. Jangan pula disumbat Nestum pada anak. Kesian mereka. Kecil-kecil dah makan makanan bergula tinggi.

Jaga kesihatan anak-anak sejak dari kecil lagi ok ;)

9 ulasan:

  1. dulu pernah buat puree brokoli, carrot dan buah prun untuk baby saya.
    tapi kejap ja, dia dah taknak.

    BalasPadam
  2. terbaiklah sis..ok la tu.. baru dapat singgah,line teruk la :(

    BalasPadam
  3. 5bln dr skrng kna thu ni tuk persediaan bby nti..

    BalasPadam
  4. bln dpn ariqa dah leh mkn solid food
    bermula lah kembali mama el wat food solid jenis kiub2 ni
    x sabar nak bg makan kat ariqa..hehe

    BalasPadam
  5. kenapa kena masukkan dalam tempat buat ice tu kak..?? nanti kalau nak kasi baby kena cairkan ke ??

    BalasPadam
  6. CT, nnt bila dah sejuk keluarkan kiub ni simpan dlm plastic sealed. Kalo nk bw ke rumah babysitter letak la kiub dlm tupperware siap2, kalo housewife pulak, keluarkan kiub dan panaskan time ank nk mkn. Senang kan sbb dia dah jd kiub. Kalo masa mula2 bg ank mkn boleh try bg 1 kiub je dulu. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. woooo macam susu ibulaaa da perah kena bekukan eh.. kalau simpan aje dalam tupperwear siap2 then letak kat freezer then bila nak kasi makan rendam dalam air panas ? hahaha banyak lak soalan mcm da ade anak lak :P

      Padam
  7. Baby mesti suka bila dah mula min solid food ni kan..mmg mudah nak sediakan

    BalasPadam
  8. mcm2 makanan menarik utk disediakan sekarang.. klo zaman dulu nestum n biskut rusk tu je la. & bubur

    BalasPadam