Hari Graduation Day Mahir Dhuha International Preschool 2014

Assalamualaikum.

Pada hari Ahad 16/11/2014, bertempat di Dewan MSU Shah Alam telah berlangsungnya majlis graduasi pelajar 6 tahun Tadika Mahir Dhuha. Tema warna untuk majlis graduasi ini ialah warna merah / warna cinta. 

Sesampainya Sue di sana, parking terdekat sudah penuh. Kami terpaksa parking jauh. Rupa-rupanya Brainy Bunch turut mengadakan majlis yang sama di tempat kami. Patutla ramai sangat orang di luar dewan.

Majlis bermula pada pukul 9 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi. Acara dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis dan diikuti dengan bacaan doa.


Kemudian disusuli dengan ucapan dari pengetua Mahir Dhuha iaitu Puan Fatimah.


Acara diteruskan lagi dengan persembahan dari para pelajar 4, 5 dan 6 tahun. Antara persembahan yang diadakan ialah persembahan nyanyian, kuda kepang, tarian kipas, bercerita, pakaian beragam.









Di penghujung majlis, 3 anugerah telah diberikan iaitu:
- Anugerah kedatangan penuh ke kelas
- Anugerah pelajar yang pandai membaca
- Anugerah baju parents yang paling cantik

Alhamdulillah anak Sue Amjad berjaya mendapat anugerah full attendance utk kelas 4 tahun. Tak sangka sebenarnya. Terkejut dan rasa bangga apabila nama anak diumumkan sebagai pemenang anugerah.


Terima kasih kepada semua guru Tadika Mahir Dhuha. Jasa anda sangat kami hargai.




Selesai majlis, kami mengambil kesempatan bergambar di tepi kolam ikan. Anak-anak Sue suka sangat dengan kolam ni sebab banyak sangat ikan. Diaorang geram macam nak terjun je dalam kolam tu. Hehe..

Kemudian kami terus gerak ke kenduri akikah anak kawan hubby di Puchong. Itulah aktiviti Sue sepanjang hari Ahad lepas.

Terima kasih sudi membaca :)

16 ulasan:

  1. comel ja tengok budak2 buat persembahan atas pentas tu..apapun,tahniah pada anak sue yang dapat anugerah.. :)

    BalasPadam
  2. Tahniah buat anak Sue..moga terus mengecap kejaayaan InshaaAllah

    BalasPadam
  3. budak2 sekarang, kecik2 dah ada graduation day..ada tadika buat kat hotel lagi..huhu..meriah sungguh budak2 sekarang ni kan

    BalasPadam
  4. Tahniah Amjad. Meriahnya majlis konvo diaorang ni. Time kita dulu tak merasa camni.

    BalasPadam
  5. Tahniah. Anak-anak sekarang kan, 6 tahun dah konvo :)

    BalasPadam
  6. Tahniah anak Kak Sue. Comel comel ja yg buat persembahan. Mesti terhibur :)

    BalasPadam
  7. tahniah sue.. anak2 ni sungguh comel.. meriah majlis mereka..
    Mama Niza

    BalasPadam
  8. cute lah tadika buat graduasi cemni. dulu time tadika ade gak hihi.. buat persembahan jadi rama-rama..

    BalasPadam
  9. tahniahhhh
    serononk eh dpt tgk anak naik atas stage
    anak iols ahad lepas konvo tadika
    taun dpn nk masuk prasek
    kejap je ms berlalu anak2 dah besar huhu

    BalasPadam
  10. comey nye. mesti excited kan tgk anak buat perseembahan. anak sy kecik lg. hehe

    tq singgah teratak sy. :D

    BalasPadam
  11. menarik permandangan dari Dewan MSU

    BalasPadam
  12. alahai...comelnya...Alhamdulillah, tahniah buat anak sue...

    BalasPadam
  13. salam kenal. alaaa comle-comelnya adik adik nie.

    BalasPadam
  14. Tahniah buat anak sis.. Waa, kcik2 dh ke sana.. ;)

    BalasPadam
  15. alololo comey kemain lah budak2 kecik tu... cubit karang....

    BalasPadam