4 Punca Ketagih Makanan Ringan

Assalamualaikum.


Ramai yang ketagih untuk mengambil makanan yang tidak sihat, terutamanya jenis makanan ringan. Perlu diketahui bahawa keinginan untuk mengambil makanan ringan adalah didorong oleh tabiat pemakanan individu itu sendiri.

Oleh itu anda perlu mengubah tabiat tersebut. Berikut adalah antara sebab mengapa anda memilih makanan ringan sebagai 'teman'.

1) Lewat waktu makan
Melengah-lengahkan waktu makan mampu menurunkan paras gula di dalam darah. Kesannya, keinginan untuk mengunyah terutamanya makanan yang tidak menyihatkan sentiasa meningkat. 

Tubuh kemudiannya akan menghantar isyarat yang membuatkan anda ingin mengambil lebih banyak karbohidrat bagi menghasilkan tenaga. Pada masa yang sama, perut pun akan merasa lapar dengan lebih cepat. 

Oleh itu, berdisiplinlah pada waktu makan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan masalah ini dari terus berlaku.

2) Emosi tidak stabil
Selain waktu makan yang tidak teratur, ketidakstabilan emosi juga boleh mempengaruhi keinginan untuk mengambil makanan ringan. Kesannya, pasti berlaku masalah kurang tidur yang mana ia kemudiannya mempengaruhi keinginan untuk mengambil makanan ringan.

Sudahnya, perasaan letih yang menekan menghendaki badan agar mencari sumber tenaga dengan cepat di mana ia terkandung di dalam karbohidrat serta gula. Faktor inilah yang membuatkan anda semakin berkeinginan untuk mengambil makanan ringan.

3) Tekanan
Seseorang yang tertekan dengan masalah mendorong diri untuk mengambil lebih banyak makanan ringan atau makanan yang tidak sihat. Justeru, cuba elakkan perkara ini dari terus berlaku dengan mengaplikasikan kaedah lain.

Mungkin boleh dijauhkan makanan-makanan tersebut ketika anda merasa tidak tertanggung memikirkan masalah. Jika tidak, pasti mulut terlalu mengidam untuk menjamah walau satu jenis makanan ringan sahaja.

4) Marah
Jangan terkejut sekiranya ada yang memberikan alasan bahawa makanan ringan boleh menghilangkan rasa marah dengan melepaskan emosi yang membebankan.

Jadi, selepas ini cuba elakkan diri dari mengunjungi restoran makanan segera atau mengambil makanan ringan ketika marah. Belajar untuk kawal atau lepaskan emosi dengan cara yang sihat dan betul.

Tidak mustahil selepas ini, anda akan merasa satu ketenangan dan kesegaran yang belum pernah dirasai sebelum ini.

11 ulasan:

  1. ooo macam tu ye...memang macam ni selalu..asal stress je nak makan kepci..

    BalasPadam
  2. sedapp tu fastfood. ada dadah kot. haha

    BalasPadam
  3. Wah..kena hati² lepas ni..

    BalasPadam
  4. kfc giler x p..hahahahahaha
    boleh tu boleh mkn..tp jgn lah selalu

    BalasPadam
  5. Hihi..setuju sangat tu sue..terutama bila lewat makan malam..^_^

    BalasPadam
  6. rasa nya dah lama tinggalkan makanan ringan terutama MekDee... tapi saya masih makan kayefcee sebab bagi saya dia ayam... lain2 tu sekali sekala je makan... takder tekanan apa2 cuma akan makan kalau member ajak

    BalasPadam
  7. ada beza kan fast food dengan junk food?
    anyway nice info ni, banyak belajar =)

    saya membalas kunjungan n done follow sini #169

    BalasPadam
  8. Tekanan pun boleh menyebabkan ketagih...bahaya ni

    BalasPadam
  9. Tq for sharing

    Lps ni kna la berjaga-jaga..
    To x diakui time marah or strss mmg makin mbuak nk makan makanan ni

    BalasPadam
  10. betul tu, kalau saya stress memang nak mengunyah ja

    BalasPadam