Ajar Anak Hormati Anda dan Orang Tua

Assalamualaikum.


Mendidik anak zaman ini sangatlah mencabar. Oleh sebab itulah kita sebagai orang tua perlu menjadi role model yang terbaik buat mereka. 

Jadi, untuk meminta anak menghormati anda dan orang tua yang lain, anda perlu terlebih dahulu menjadi contohnya bak kata pepatah...bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

10 perkara perlu dibuat:
  • Anda suami isteri harus memberikan contoh yang baik dalam urusan kekeluargaan kerana tidak mustahil anak-anak mengikut apa sahaja yang dilihatnya.
  • Jika tinggal berjauhan dengan ibu bapa, anda perlu kerap menghubungi mereka melalui telefon dan minta anak anda bercakap dengan datuk dan neneknya. InsyaAllah apabila mereka besar nanti mereka juga akan melakukan perkara yang sama.
  • Dekatkan diri kita dengan ibu bapa. Bantuan yang dihulurkan untuk datuk dan nenek akan membantu si manja mempelajari bagaimana untuk menghormati orang yang lebih tua.
  • Selalu membawa anak menziarahi ibu bapa dan saudara mara yang lebih tua. Perkenalkan kepada anak anda siapa mereka dan minta anak-anak bersalam sambil mencium tangan orang tua.
  • Ajar dia untuk meminta apa yang dikehendakinya daripada anda dengan baik.
  • Jaga pergaulan anak. Jika ternampak orang di sekeliling anak melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang ingin anda terapkan, cuba jauhkan dia dari orang itu walaupun dia adalah ahli keluarga kita sendiri. Anda perlu lakukan ini sehingga apa yang ingin diajar pada anak telah sebati dalam dirinya.
  • Tidak meninggikan suara kepada orang tua dan juga kepada si kecil.
  • Ajar anak untuk bersabar. Bila bercakap fokus kepada satu perkara sahaja pada satu masa. Jangan campur adukkan banyak perkara.
  • Doakan diri untuk menjadi anak yang soleh dan doakan kesihatan yang baik untuk ibu bapa.
  • Solat berjemaah dapat merapatkan hubungan anda sekeluarga dan pada masa yang sama menyerlahkan sifat kepimpinan yang ada pada anda dan suami. Dengan ini, secara tidak langsung, anak-anak akan menghormati anda.

Selamat beramal :)

9 ulasan:

  1. Betul tu...kita yang perlu menunjukkan contoh dahulu :)

    BalasPadam
  2. Nice sharing, ibu bapa patut memberi contoh yang terbaik baru anak-anak akan ikut. hehe

    BalasPadam
  3. Entry berguna untuk parents dan bakal ibu bapa juga. Yg penting, ibu bapa sendiri jadi role model kpd anak2. Yg ditengok hari2, yg tulah yg diikutnya :)

    BalasPadam
  4. tulah lau nak marah2 gaduh2 mak pak masok bilik or jauh dr anak2..anak2 ni cepat je npk n tindakbalas

    BalasPadam
  5. tq for sharing sue..
    kna ambik jdkan panduan ni

    BalasPadam
  6. betul tu kak.. sangat penting. nanti bukan apa.. kalau anak tak berapa beradap nanti ditunding jari pada ibu bapanya. takut CT nanti nak didik anak macam mana. seram dengan hasutan dunia zaman skarang ni. anak2 buah CT ni pun kekadang menguji kesabaran sangat. nak jentik pukul pun anak orang. nak tazkirah pun mak bapak dia tak kesah pun. jadi tak reti da nak buat cem mane

    BalasPadam
  7. terima kasih atas ingatan :)
    ibu bapa kena kuat mental untuk didik anak lagi2 dalam zaman skrg ni..

    BalasPadam
  8. Nice sharing sue.
    Sangat memcabar mendidik anak ni, kena kuat semangat dan banyakkan bersabar

    BalasPadam