Anak Kena Warded

Assalamualaikum.

Lama blog ini menyepi. Begitu juga dengan aktiviti blogwalking.

Maafkan saya ye kawan2. Anak sue, afrina sorfina kurang sihat. Dia kena warded dari 4/12/14 (khamis) sehingga 9/12/14.

Waktu entry ini ditulis, Sue masih berada di hospital. Internet di sini sangat slow sehingga membataskan Sue untuk blogwalking dan update entry.

Entry ni pun Sue tak pasti lepas ke tak untuk dipublished.

Terdapat bengkak yang besar di ibu jari anakanda. Mengikut kata doktor ada jangkitan kuman dalam darah pada ibu jari tersebut.

Istilah doktor dipanggil cellulitis.

Sepanjang berada di hospital, dua antibiotik telah diberikan pada anakanda. Satu melalui drip di tangan dan satu lagi disuap dengan picagari.

Doktor juga monitor suhu badan. Dua hari lepas anakanda punya suhu badan ada turun naik. Kejap normal dan kejap panas.

Lepas tu anakanda kena cirit birit. Tapi sekejap je dalam pukul 2pm- 9pm.

Pengalaman berada di hospital ini tidak akan Sue lupakan. Penutup tahun 2014, Allah uji kami sekeluarga dengan ujian hebat ini, kami terima dengan redha.

Lepas semuanya kembali ok, insyaAllah Sue akan blogwalking semula ke blog kawan2. Jangan merajuk tau.

Doakan anakanda afrina sorfina kembali sihat seperti sedia kala. Terima kasih kawan2.

17 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. semoga cepat sembuh ya sayang afrina sorfina..

    BalasPadam
  3. Semoga anak Sue cepat sembuh ...

    BalasPadam
  4. terus tabah ye su..memang risau + sedih bila anak sekecilnya sakit..tengok balutan tu macam teruk je..
    saya doakan semoga anakanda cepat sembuh..

    BalasPadam
  5. Semoga anak Sue cepat sembuh dan Sue terus tabah

    BalasPadam
  6. semoga baby afrina cepat sihat ye sue..musim anak2 tak sihat ni..smga dipermudahkan urusan sue skga..

    BalasPadam
  7. alahai, kesiannya.. moga cpt sembuh ye.. anak sakit ni kite pun jd sakit..

    BalasPadam
  8. semoga cepat sembuh afrina
    dlm dok sakit2 tu tgklah aktif dia..bagus2
    take care sue

    BalasPadam
  9. Semoga sue tabah dan anakanda sue cepat sembuh.

    BalasPadam
  10. semoga anak sue cepat sembuh yer...kuatkan semangat sue ek...

    BalasPadam
  11. berapa umur afrina, kak sue? kesiannya. moga cepat sembuh ye.

    BalasPadam
  12. Budak: afrina 9bln dik :)... esok ada followup dgn dr. Terima kasih.

    BalasPadam
  13. Anak sue dah sihat?moga anak baik2 saja saat ni ya..

    BalasPadam