Anak Kurus Kering & Sering Sakit, Perlukah Si Kecil Anda Ambil Suplemen?

Assalamualaikum.

suplemen kanak-kanak

Adakah anak anda cukup vitamin & nutrien?
Si manja yang cerewet dan memilih makanan memang membuatkan mama risau. Bimbang tubuh kecil itu kekurangan vitamin dan mineral untuk tumbesarannya.

Selera  si kecil anda tak sama seperti kanak-kanak lain yang sedang membesar? Anak anda seakan menolak jika ditawarkan makanan, cuma sesekali bila mereka sudah betul-betul lapar barulah mereka mencari makanan dan makan dengan penuh berselera.

Kesan daripada masalah di atas anda dapat lihat anak anda kurus kering, kerap demam dan selsema, sering sakit dan tidak fokus. Itulah antara dilema yang kerap dialami oleh ibu bapa harini perihal anak yang yang cerewet makan.

Pening kepala mama dibuatnya.

Wajib tonton video ini bagaimana Puan Sylvia dan Puan Irayanti mengalami masalah anak yang cerewet makan dan sering jatuh sakit. Apakah nasihat doktor pada anak mereka?


Persoalannya adakah anak-anak anda perlu diberi makanan tambahan seperti vitamin atau cukup sekadar menggalakkan mereka makanan berkhasiat semulajadi.

Makanan sihat
Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah perkara penting untuk anda pastikan anak-anak anda membesar dengan baik. Oleh itu penting untuk ibu bapa memilih makanan yang sesuai untuk tumbesaran mereka.

Kanak-kanak sebaiknya diberi makan lebih banyak serat, protin, buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Kurangkan juga pengambilan lemak terutama sekali lemak tepu yang banyak terdapat dalam makanan ringan.

Kebanyakan kanak-kanak sukar untuk menerima makanan sihat terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan tersebut sangat penting sebagai  keperluan nutrisi perkembangan tumbesaran mereka.

Oleh itu makanan semulajadi dikatakan adalah makanan terbaik untuk anak-anak anda mendapat nutrisi  yang lengkap. Selain makanan semulajadi untuk pertumbuhan kanak-kanak, rata-rata ibu bapa juga memilih  untuk member makanan tambahan kepada anak-anak.

Bukan sahaja kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah selera makan, malah juga kepada anak-anak yang lain bagi memastikan mereka mendapat nutrisi yang cukup untuk tumbesaran mereka.

mealshakes shaklee

Sebagai ibu bapa, antara perkara yang perlu anda ambil kira jika ingin memberi makanan tambahan kepada anak-anak anda ialah:
  1. Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada mengundang kesan sampingan tanpa anda sedari 
  2. Makanan tambahan atau suplemen yang akan diberikan kepada anak-anak anda perlulah diperbuat daripada bahan semulajadi yang sesuai dan selamat untuk mereka 
  3. Makanan tambahan seperti vitamin hanya diberikan bila anak-anak anda perlukan sahaja. Nutrien yang berlebihan boleh memberikan kesan kepada kesihatan anak anda kelak 
  4. Makanan tambahan atau suplemen yang diberi kepada mereka mengandungi spectrum nutrisi yang penuh mengikut kesesuaian umur mereka
Info Tambahan
  • 75% perkembangan otak anak berlaku semasa usia di bawah 3 tahun
  • 90% perkembangan otak kanak-kanak berlaku semasa usia 5 tahun
Info Vitamin
Antara vitamin dan mineral yang anak-anak anda perlukan:

Vitamin A
Fungsi: Penting bagi mata
Sumber: Lobak merah, telur dan marjerin

Vitamin B1
Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan
Sumber: Gandum, daging dan susu

Vitamin B2
Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan
Sumber: Susu, daging dan ikan

Vitamin C
Fungsi: Penting bagi meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit
Sumber: Sayuran warna hijau dan buah-buahan sitrus

Kalsium
Fungsi: Penting bagi pembentukan tulang dan gigi yang kuat
Sumber: Susu dan keju serta lain-lain produk tenusu

Zat besi
Fungsi: Penting bagi pembentukan haemoglobin bagi sel darah merah
Sumber: Ikan, telur dan ayam

Kesemua zat vitamin di atas terdapat dalam Shaklee Mealshakes. 10 sebab mengapa anak anda perlu mengambil mealshakes, klik SINI.

makanan tambahan kanak-kanak

makanan tambahan kanak-kanak

Perlu diingat di sini, Mealshakes bukanlah peganti makanan ruji. Ada sukatan tertentu untuk dewasa dan juga kanak2. Real food(makanan sebenar) adalah penting untuk kanak2 dan dewasa.

Mealshakes bertujuan membantu menutup ruang kosong nutrisi dlm badan di samping meningkatkan taraf kesihatan.Sebagai ibu bapa pilihan tentunya di tangan anda. Yang penting anda tahu apa yang baik dan tidak untuk tumbesaran si kecil tersayang. 

Namun apa yang terbaik tentunya makanan semulajadi yang anda sediakan  dari rumah. Sedikit idea kreatif dengan persembahan  menarik untuk sesuatu menu yang sihat pastinya dapat membangkitkan selera anak anda.

makanan tambahan kanak-kanak

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


kelebihan menjadi ahli shaklee

Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)

6 ulasan:

  1. Kanak-kanak perlukan makanan yg terbaik untuk membesar. Tp bukan senang nak kasi bebudak makan kan. Ada cara yg tersendiri..

    BalasPadam
  2. nice info... kanak-kanak yang tak nak makan perlu ambil supplemen :)

    BalasPadam
  3. Mealshakes memang sesuai buat anak-anak yang memilih makanan.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah bebudak kat rumah ni semua hantu makanan. sayur pun makan so bagus hehe

    BalasPadam
  5. nutrien yg cukup dalam mealshake ...terbaik la

    BalasPadam