Cabaran Penyusuan Bayi Pramatang, Apa Perlu Buat? Video Ini Pasti Meruntun Jiwa Anda.

Assalamualaikum.

Bilakah bayi dikatakan pramatang?

sebab sebab mengapa perlu menyusu bayi pramatang

Kebanyakan bayi yang dilahirkan dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi dikatakan matang jika lahir di antara 37 ke 42 minggu usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan ia dikatakan pramatang.

Semua bayi memerlukan susu ibu untuk pertumbuhan dan perkembangan optimum. Terdapat banyak sebab mengapa bayi pramatang memerlukan susu ibu lebih daripada bayi normal.

Susu ibu yang dihasilkan ibu kepada bayi pramatang sangat istimewa kerana ia dicipta khusus untuk memenuhi keperluan bayi yang lahir tidak cukup bulan. Malah, amaun kecil susu ibu dapat memberi kelebihan dari sudut kesihatan kepada bayi pramatang sepanjang hidupnya.

Mengapa Perlu Menyusukan Bayi Pramatang?
  • Bayi yang lahir tidak cukup bulan gagal memperoleh kalsium, zat besi dan immunoglobulin melalui plasenta yang sepatutnya berlaku dalam trimester ketiga. Hanya satu cara bayi ini boleh memperoleh immunoglobin penentang jangkitan iaitu menerusi susu ibu.
  • Kadar muatan zat terlarut ginjal yang dibekalkan oleh susu ibu lebih mudah diproses oleh buah pinggang bayi pramatang.
  • Kesan laksatif kolostrum dan enzim di dalam susu ibu yang mempunyai nutrien pra pencernaan adalah penting untuk sistem perkumuhan bayi yang belum matang.
  • Necrotising Enterocolitis (NEC) iaitu pereputan usus adalah 6 kali biasa berlaku kepada bayi yang menyusu susu formula berbanding bayi yang memperoleh susu ibu.
  • Pada usia 7.5- 8 tahun, bayi pramatang yang menyusu susu formula mempunyai IQ lebih rendah jika dibandingkan dengan bayi yang menyusu susu ibu. Menariknya, IQ berkaitan dengan dos yang diperoleh! Jadi, semakin lama bayi menyusu susu ibu, makin tinggi tahap IQnya.
  • Penyusuan bayi memberi kelebihan ikatan kasih sayang menerusi hubungan kulit ke kulit. Bayi pramatang seharusnya dibelai menerusi sentuhan kulit ke kulit. Minta nasihat doktor untuk mengamalkan jagaan kanggaru.
  • Apabila anda menyusukan bayi pramatang, tubuh menghasilkan dan memindahkan antibodi kepada bayi.
(Sumber: Hebatnya Susu Ibu | M/S: 177)

Berikan yang terbaik untuk anak anda
Ikuti pengalaman Puan Hidayah dari Sabah bagaimana beliau telah berjaya  menyusukan anaknya yang pramatang sewaktu dalam inkubator. Semoga video ini dapat menyuntik semangat ibu yang mengalami nasib yang sama seperti Puan Hidayah.

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT?

Beliau menggunakan set berpantang Shaklee dan kemudian menambah pula dengan set menyusu Shaklee. Alhamdulillah selepas penggunaan selama dua bulan beliau sangat berpuas hati kerana telah berjaya menyusukan anaknya yang pramatang.

set berpantang shaklee
Set Bersalin Shaklee
set penyusuan shaklee
Set Breastfeeding Shaklee
Testimoni set berpantang Shaklee
Berikan yang terbaik buat si manja anda. Kejayaan setelah menyusukan sendiri bayi pramatang...hanya ibu yang telah laluinya sahaja memahami kemanisannya.

Banyak lagi ilmu penyusuan serta tips yang ingin saya kongsikan dengan anda. Walaupun saya bukanlah pakar laktasi, namun saya boleh share pengalaman menyusukan 3 orang cahaya mata dengan pelbagai cabaran yang hebat! Kalo anda nak tahu, cepat-cepat hubungi saya ok, nanti saya share dengan anda. 

membership shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.

Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)

8 ulasan:

  1. Kagum dengan kesungguhan Puan Hidayah...Tahniah

    BalasPadam
  2. good sharing dear ;)

    Jemput join segmen CN : http://www.cekgunorazimah.com/2014/11/segmen-bloglist-januari-2015-by-cn.html

    BalasPadam
  3. ibu kan.. lain hatinya dengan orang yang tak pernah jadi ibu lagi..

    BalasPadam
  4. terima kasih atas perkongsian sue

    BalasPadam
  5. annur beranak prem jugak anak sulung..alhamdulillah...sekarang besar dah [un budak kecik tu ^_^..masa lahir berat anak annur 1.8 kg je...keciiikkk sgt..

    BalasPadam