Kutipan Dana Untuk Bantuan Air Bersih Mangsa Banjir Pantai Timur

Assalamualaikum.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib yang dialami oleh mangsa banjir di pantai timur.


Keadaan mereka sangat terdesak. Bekalan air bersih sukar diperoleh sehingga mereka terpaksa masak air lumpur. Bekalan elektrik turut terputus menambahkan lagi kesukaran pada mereka untuk memasak air.

Sumber Harian Metro 25/12/2014
Seperti yang anda sedia maklum, minuman kotor akan mengakibatkan mudah terkena pelbagai penyakit termasuk muntah dan cirit birit.

Oleh yang demikian, kumpulan Shaklee kami telah melancarkan kutipan dana bagi membeli portable water pitcher yang ringan dan mudah di bawa ke mana-mana.

Dengan penggunaan water pitcher ini ianya akan membantu menapis sumber air bersih di mana air tersebut boleh terus diminum, digunakan untuk memasak, membancuh susu pada bayi dan warga emas.

Sumbangan anda sangat bermakna bagi mereka. Hulurkan tangan, bersama kita ringankan beban. Sumbangan boleh disalurkan pada akaun yang tertera di dalam gambar di bawah. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran kepada anda yang menyumbang.

#‎prayforPantaiTimur‬
‪#‎sumbanganWaterPitcher‬

9 ulasan:

  1. kalau masukkan air lumpur pon portable water pitcher tu mampu bersihkan air tu ke? camana dengan penapisnya nanti?

    BalasPadam
  2. insyaAllah boleh mar, nanti lepas air dah ditapis, keluarkan filter dia dan cuci bagi bersih sbb filter tu kalau dah kotor air akan yg nak ditapis nnt keluar lambat/perlahan sangat nnt..

    BalasPadam
  3. alhamdulillah... moga usaha murni ini beroleh keberkatan....

    BalasPadam
  4. alhamdulillah..
    masih ramai yang ingin membantu :)

    BalasPadam
  5. semoga Allah mudahkan urusan mereka mereka yang menderma. air bersih sangat penting buat mereka disana skarang.

    BalasPadam
  6. Semoga Allah mempermudahkan urusan mereka di sana ...

    BalasPadam
  7. semoga urusan dipermudahkan..dan semoga keadaan banjir akan pulih..

    BalasPadam