Menyingkap 6 Buah Tempat Misteri Dunia

Assalamualaikum.

1) Easter Island


Pulau ini berada di selatan Lautan Pasifik dan sangat terkenal dengan 887 ukiran patung wajah manusia yang dikenali sebagai 'moai'. Patung- patung ini adalah karya masyarakat Rapa Nui. 

Pelbagai teori mengenai asal usul patung ini termasuklah teori fantasi UFO. Namun, sehingga kini para pengkaji masih belum menemui teknologi primitif yang telah digunakan untuk menghasilkan patung-patung ini sekaligus merungkai misteri pulau ini.

2) Piramid Mesir


Merupakan binaan purba yang terletak di Mesir. Terdapat 138 piramid yang telah ditemui sehingga 2008. Piramid ini dibina dengan hanya meletakkan batuan di atas batuan yang lain. Setiap batuan dianggarkan seberat 100 tan. Uniknya, tiada sebarang gam, paku mahupun pelekat yang diletakkan di antara setiap batuan.

Padanan setiap batuan juga sangat tepat sehingga sukar untuk menemui sebarang rekahan. Teknik pembuatan piramid masih kekal misteri sehingga kini.

3) Segitiga Bermuda


Ia terletak di barat laut Atlantik. Terdapat 7 pulau besar dan 150 buah pulau kecil di kawasan Segi Tiga Bermuda ini yang asalnya adalah gugusan karang. Semua alat teknologi dan alat navigasi tidak berfungsi sekiranya berada di tempat ini lantas mencetuskan masalah komunikasi dengan dunia luar.

Terdapat begitu banyak kes kehilangan kapal, bot, kapal terbang, jet mahupun helikopter yang dilaporkan berlaku di Segi Tiga Bermuda ini.

4) Stonehenge


Merupakan monumen prasejarah yang terkenal dengan susunan batu-batuan besar di pinggir daerah England. Tiada yang mengetahui tujuan monumen ini dibina. Terdapat pelbagai teori tujuan pembinaan monumen ini. Antaranya ialah kemungkinan tempat ini adalah tinggalan istana lama, tempat pemujaan dan juga tapak pendaratan UFO.

5) Danau Tiga Warna


Gunung Kelimutu  merupakan gunung berapi yang terletak di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia. Gunung ini memiliki tiga buah danau kawah di puncaknya dikenali dengan nama Danau Tiga Warna kerana ia memiliki tiga warna yang berbeza, iaitu merah, biru dan putih.

Walaupun begitu, warna-warna tersebut selalu berubah-ubah seiring dengan perjalanan waktu. Danau ini menjadi destinasi pelancongan yang sangat menarik untuk dikunjungi kerana keunikannya dan pemandangan yang luar biasa.

6) Wave Rock


Wave Rock adalah sebuah pembentukan batuan semula jadi terletak di sebelah barat Australia. Batuan ini mempunyai ketinggian sekitar 15 meter dan panjang lebih kurang 110 meter.

Selain itu, ia juga sangat menyerupai ombak besar dengan kesan garisnya yang jelas kelihatan seperti ombak. Batu ini sebenarnya tidak ada sangkut paut dengan ombak yang membatu atau sebagainya walaupun ada yang mengaitnya demikian. Sangat mengagumkan, bukan?

Sumber: Rapi Okt 2014|MS: 121

8 ulasan:

  1. memang anik ciptaanNya..tapi saya tak berani ke tempat2 macam ni

    BalasPadam
  2. Subhanallah ...
    selamat tahun baru sue :)

    BalasPadam
  3. cantiknyer, pernah tengok gambar jer. xpernah baca sejarahnya. Baru tahu. Hehe

    BalasPadam
  4. bagus perkongsian sue ni..memang mengagumkan ciptaan Allah ni..

    BalasPadam
  5. salam kenal ... teringin lak nak tgk danau mcm warna tu ... subhanallah .

    BalasPadam
  6. uniknya ciptaan Allah ... danau tiga warna tu first time tengok gambar dia :)

    BalasPadam
  7. salam kenal sue..

    iryantyahamad.blogspot.com

    BalasPadam
  8. subhanallah
    memang cantik alam ciptaan Ilahi ni

    BalasPadam