Pendarahan Awal Kehamilan Ibu Risau Keguguran Bayi Dalam Kandungan, Apa Perlu Buat?

Assalamualaikum.

set mengandung shaklee

Pendarahan awal kehamilan mudah mengundang debaran bakal ibu. Perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah keselamatan janin yang baru dikandung. Tentunya hati gusar memikirkan keadaan bayi. 

Walaupun pendarahan adalah petanda masalah kehamilan yang serius, ia kadangkala sebaliknya. Kebanyakan mereka yang mengalami masalah ini akan melalui proses kehamilan yang selamat dan mampu melahirkan bayi yang sihat. 

Menurut R.Todd Ivey, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan dari Texas Children’s Pavilion for Women di Houston, ibu tidak perlu bimbang jika pendarahan adalah ringan dan tidak disertai rasa sakit. 

Namun jika pendarahan itu semakin banyak seperti haid, darahnya merah terang dan disertai rasa sakit atau kejang, segeralah ke hospital. Tidak dinafikan, keadaan ini sangat merisaukan. Oleh sebab itulah pentingnya anda segera memeriksa dengan pakar. 

Punca Pendarahan 

Dr Ivey memberitahu perubahan di dalam serviks adalah antara puncanya. Hormon kehamilan akan merubah sel di dalam serviks dan menjadikannya lebih mudah berdarah. Jika anda mengalami cervical polyp (pertumbuhan tisu berlebihan), pendarahan semasa kehamilan akan lebih mudah terjadi. Dalam kedua-dua kes ini, anda dipercayai mudah mengalami pendarahan ringan selepas melakukan hubungan seks atau ujian pelvic. 

Satu punca lagi ialah jangkitan pada salur kencing atau kaviti plak. Ia biasanya disusuli dengan pengeluaran cairan dari vagina. Jika pendarahan anda lebih daripada yang biasa dengan sebab tertentu, doktor akan mencari puncanya terlebih dahulu. Beliau akan melakukan ujian pada pelvic dan perut, mencadangkan ujian pemeriksaan darah atau melakukan ultrasound. 

4 Petanda Pendarahan 

1) Ancaman Keguguran 

Keguguran adalah perkara yang mengerikan. Jika janin anda bakal gugur, anda akan mengalami pendarahan disertai sedikit rasa kejang. Namun serviks anda akan kekal tertutup. Bagi sesetengah wanita, pendarahan mereka terhenti dan kehamilan bleh diteruskan. 

Manakala untuk sesetengah kes yang lain, pendarahan ini berterusan dan akhirnya janin mereka gugur. Sebaiknya, hentikan sebarang aktiviti dan kerja-kerja lasak yang sedang anda lakukan. 

2) Keguguran 

Pendarahan, sakit pada bahagian abdomen dan belakang badan adalah petanda biasa kepada masalah keguguran. Ujian menunjukkan serviks terbuka waktu ini. Bahkan tisu juga akan dipindahkan ke vagina. 

Anggaran keguguran adalah antara 15-20% dan biasanya terjadi pada 12 minggu pertama kehamilan. Penyebab utama ialah masalah genetik yang terganggu dengan proses perkembangan janin. Dalam kebanyakan kes, keguguran sukar untuk dihalang. 

3) Kehamilan ektopik 

Pendarahan dan sakit bahagian abdomen mungkin juga punca kehamilan ektopik. Ia dianggarkan berlaku dalam nisbah 1 dalam 60 kehamilan. Masalah ini terjadi apabila implant telur berkembang di luar rahim. Apabila kehamilan ini semakin berkembang, wanita tersebut akan mula merasa sakit. 

Menurut Dr Ivey lagi, ada sesetnegah kehamilan ini akan menyebabkan tiub fallopian pecah. Inilah saatnya wanita kehilangan sejumlah darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah dan pembedahan kecemasan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. 

4) Subchorionic Hematoma 

Keadaan ini merujuk kepada pengumpulan darah pada kantung kehamilan dan dinding rahim. Semasa ujian ultrasound, doktor mungkin dapat mengesan ketulan. Kadang-kadang ia akan larut dengan sendiri dan keluar sebagai darah. Jika ketulan ini besar dan kekal pada tempatnya, ia akan meninggikan risiko keguguran janin. 

Jika keadaan berterusan atau semakin buruk, usah berlengah lagi. Segera hubungi pakar perbidanan dan sakit puan sesegera yang mungkin. 

Sumber: Rapi Januari 2014 |MS: 62

Shaklee menawarkan nutrisi penting bagi ibu sepanjang tempoh kehamilan dan selepas kelahiran bayi.

set mengandung shaklee

Fungsi setiap vitamin sila klik sini.

testimoni set mengandung shaklee
Berikan nutrisi terbaik sepanjang kehamilan anda. Anda sihat, bayi dalam kandungan juga akan sihat insyaAllah.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja. 

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan klik butang Google+ atau Facebook kepada rakan-rakan anda. Siapa tahu, penulisan ini mampu membantu mereka yang memerlukan. Terima Kasih :)

7 ulasan:

  1. Tq info ni. Mia dulu pun mengandung anak ke2 pernah mengalami pendarahan .. dan keguguran :(

    BalasPadam
  2. info yang berguna..seronok baca testimoni pengguna shaklee

    BalasPadam
  3. ms awl preggy dl 2kali bleeding.. sepanjang tempoh 4bln pertama, mmg makan pil kuatkan rahim je.. alhamdulillah selamat smpila bersalin..

    BalasPadam
  4. pernah juga alami... tapi fikir postif dan doa je..

    BalasPadam
  5. terima kasih berkongsi..memang bahaya pendarahan ni...kena cepat2 periksa...

    BalasPadam
  6. ooohmy.. scarynyaaa baca huurm..
    macam manalah rupa CT kalo pregnant.. hurm..

    BalasPadam