Resepi Puding Roti Mentega Laici Bersama Sos Kastard

Assalamualaikum.

Gambar Sumber Google
Bahan-bahan:
Puding roti laici:

12 keping roti
Sedikit mentega-untuk sapuan
1 tin (400ml) susu cair
1 tin buah laici-dicarik
2 cawan air laici (dari dalam tin)
1/2 cawan gula kastor
2 biji telur
2 sudu besar tepung jagung

Sos kastard:
1 tin susu cair
2 biji kuning telur
4 sudu besar gula kastor
1/2 sudu besar tepung jagung

Cara membuat puding roti laici:

1) Satukan susu cair, air laici, gula kastor, telur dan tepung jagung di dalam mangkuk. Kacau sebati.

2) Roti buang bahagian tepinya. Sapukan mentega pada roti. Susun roti di dalam loyang berselang seli dengan buah laici yang telah dicarik. Kemudian masukkan campuran susu cair tadi ke dalam loyang. Biarkan roti menyerap susu tersebut selama 1 jam.

3) Panaskan ketuhar 180c. Masukkan puding ke dalam ketuhar dan bakar selama 45-60 minit. Bergantung kepada ketuhar masing-masing. Jika bahagian atas sudah perang, lapik dengan kertas aluminium dan sambung proses pembakaran sehingga siap.

4) Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

Sos kastard:

1) Di dalam mangkuk, masukkan kesemua bahan dan pukul sebati.

2) Masukkan campuran ke dalam periuk kecil. Dengan menggunakan api yang kecil, kacau adunan sehingga adunan mulai memekat. Tutup api.

3) Sejukkan dahulu dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba :)

11 ulasan:

  1. Balasan
    1. tu la.. sedapnya puding roti... selalu buat tapi tak pernah letak laici. nanti boleh cuba :)

      Padam
  2. alamak terliur sangat nih..eh macam dah lain pulak blog su ni

    BalasPadam
  3. Nmpk sedap untuk pencuci mulut

    BalasPadam
  4. salam sueeeeee...

    lama x singgah..maaf ya..wana singgah kejap ja ni..insyaallah free nanti wana bw sini lagi k..take care tau..

    apapun, puding laici tu memang menggiurkan..nyum2 ^_^

    BalasPadam
  5. wah... nak try juga lah. yummy nyer.

    BalasPadam
  6. Tak pernah lagi cuba buat puding roti ni :)

    BalasPadam
  7. wahh puding roti laici
    ritu nah wat puding roti oreo je hehe

    BalasPadam
  8. selalunya buat puding roti ja
    leh try tambah kuah kastard plak pasni

    BalasPadam