Assalamualaikum and peace upon you 


\


Follow blog :




Like Pages :











Follow Twitter ; (Jika Ada)

@Nurhazimah Hanan

Follow Instagram : (Jika Ada)

@heyitshazimah

Senarai Hadiah :

Top Referral x 1



 Tudung
  vitamin shaklee 

Random .org 

Pin tudung x 2 By Nurin Aqilah
Review blog x 3 By Nurul Syifa
Header made by Pixlr x 1 By Nurul Syifa 
Full Edit Blogskin x 2 By Delaila Delyana
Bloglist x 5 By Delaila Delyana 
Barangan Blog x 1 By Fatimah Azzahrah 
Bloglist x 2 By Wani 
Review Blog x 1 By Wani 
Header blog atau cover photo facebook (pilih satu) x 1 By Hazimah 
Gambar Diedit *special* x 1 By Hazimah 
bloglist x2 untuk 5bulan By Liyana
 simple/transparent header x2 by Liyana







Assalamualaikum.

Klik banner untuk join
Tamat pada 27 Disember 2014
Assalamualaikum.

Klik banner untuk join
Assalamualaikum.

Klik banner  untuk join
Assalamualaikum.

Klik banner untuk join
Assalamualaikum.

Klik banner untuk join.
Saya nak hadiah Crabtree n Evelyn Makeup Bag, Yves Rocher Mniature Perfume, Ellianto Sample.
hai semua blogger! 

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.
Assalamualaikum.


Sekian lama tak kene tag, hehe akhirnya kene tag dengan Wana. ;) Thanks Wana.

Ni soalannya:

1. Karakter anda macamana?
Sue seorang yang pendiam, bila bertegur sapa baru jadi peramah.

2. Tabiat korang yang orang lain rasa pelik tapi bagi anda biasa-biasa saja?
Emmm...soalan ni susah nak jawab. Sue x boleh membaca atas kenderaan bergerak. Nanti pening dan muntah.

3. Bila kali terakhir korang shopping? Beli apa?
Semalam, beli shawl.

4. Bila kali terakhir anda melancong? Di mana?
Pertengahan cuti sekolah bulan 6 haritu. Pergi Port Dickson je..

5. Jika diberi peluang untuk bertukar jadi 'seseorang', nak jadi siapa dan kenapa?
Nak jadi Prof Muhaya. Nak cuba buat lasik dekat mata orang, susah ke tak sebenarnya.

6. Mana lagi penting. Duit, ic atau hand phone?
Ic. Kalo takde ic tak boleh pergi mana2.

7. Tiba-tiba anda tersesat di dalam hutan kemudian terjumpa simpang, yang satu jalan pergi ke rumah misteri yang nampak menyeramkan dan satu jalan lagi terus masuk ke dalam hutan yang dikatakan ada tombiruo(penunggu hutan). Anda pilih jalan yang mana? Kenapa?
Rumah misteri, at least ada tempat untuk berehat seketika.

8. Jika ada modal berniaga, bisnes apa yang korang nak buat?
Buka butik pakaian muslimah, sekarang fokus dengan Shaklee dulu.

9. Pernah nampak burung hantu secara 'real' tak?
Pernah. Masa jalan-jalan di zoo.

10. Hadiah impian anda dalam hidup?
Rumah bungalow lengkap dengan teknologi dan swimming pool.

11. Pernah tak korang berkorban untuk orang lain semata-mata nak tengok dia bahagia dan anda pula menderita dalam diam?
Pernah. Eh ada habuk masuk dalam mata la...

Fuh fuh.... lega, akhirnya semua terjawab. Harap-harap Wana puas hati lah ye dengan semua jawapan Sue.

Ok , x nak tag sesiapa, dah x de idea nak buat soalan.

Happy weekend uolls :)

Assalamualaikum.

Lama tak berkongsi sesuatu.

Teringat seminar zuriat syurga yg saya hadiri Sabtu lepas..sgt byk yg dipelajari drp penceramah yang disegani.

Salah satu yg saya catitkan ialah ilmu ttg 'multiple intelligence' di kalangan anak2 oleh Dr Putri Afzan Maria, seorg 'childhood practitioner'.

Ada 8 jenis intelligence (I) yg boleh dikenalpasti:


1. Interpersonal I : people smart (pandai bergaul dgn org, suka berkawan, pandai bermain dgn org lain)

2. Intrapersonal I: self smart (suka buat aktiviti sendiri, sukar jika perlu team work, agak kekok bersosial.. serlah potensi diri jika sendirian.)

3. Bodily Kinesthetic I ; body smart ( sgt pandai mengawal pergerakan badan, hebat bila melakukan kerja berkaitan pergerakan, suka bergerak bila melakukan apa2 aktiviti)

4. Logichal Mathematical I : Logic Smart
( suka nombor, fakta, bijak math, fikir logik, cekap menghafal)

5. Music I : Music Smart ( pandai hargai muzik, suka bunyian, mahir mengikut rentak lagu, pandai cipta irama, mahir taranum ect)

6. Naturalist I : nature smart (selesa dgn alam/ nature lover, suka tumbuhan, syg haiwan, bakat gardening ect.)

7. Verbal Linguistic I : word smart (mahir berbicara, pandai susun ayat, mengarang, kuasai byk bahasa, minat sastera ect)

8. Spatial I : picture smart ( bijak mengatur ruang -cth: town planning, ada talent architecture, kreatif melukis, menyusun atur ect.)

Spiritual / existential I : Existential Smart ( tahu dan yakin konsep ketuhanan, ketauhidan, percaya perkara ghaib : rukun iman, konsep dosa pahala, akhirat ect)


Dr Afzan Maria said

If there is a ruler to measure our children intelligence in our school system nowadays, they are only measuring 2 types of intelligence which are Logic & Word, while the other 7 are deny..

Ye la. Jika anak yg bijak bersukan cthnya , ia hanya sampingan dan bukan dilihat sbg satu kepintaran. Jika anak kecil yg aktif dan gemar melompat2 dikatakan budak yg bermasalah.

Love this quote yg Dr Afzan share :

" childhood is not race to see how quickly a child can read, write & count. Childhood is a small window of time to learn and develop at the phase which is right for each individual child"

Dr Afzan juga explain ttg perkembangan otak anak2. .

Ketika anak berusia bawah 2 thn.. sel2 otak mereka sgt pesat berhubung..

At this age. .talk to them. . Dengarkan yg baik2. Our language is their first knowledge. .

Jika sel2 itu tidak di manfaat kan. Ia akan mati..

Anak2 juga perlukan sekurang2nya 17 pelukan sehari. Ada kajian menunjukkan kesan pelukan yg mengeluarkan bahan kimia yg menenangkan utk badan kanak2

Walaupun kita rasakan anak belum boleh berckp atau memahami. .mereka boleh mendgr..dan simpan segala emosi, pendengaran dan penglihatan yg dialami ketika usia ini dan semuanya sgt mempengaruhi kehidupan anak di hari mendtg nya.

Berkenaan jenis2 intelligence. Pada peringkat awal..raikan jenis intelligence anak apabila dikenalpasti . It can be multiple. .

Tetapi jgn remehkan mana2 intelligence. Develop it. Kalau anak dilihat sukar pada sesetengah intelligence. Its ok. They have their own phase.

Lambat membaca cthnya. . Jgn terlalu push .. akan sampai masanya dia akan dpt skill tu..

It's about how you nurture the current intelligence dan cara mengajar yg sesuai dgn intelligence anak..

Balance it.

Kita sebenarnya tak perlu terlalu paksa anak study utk exam..relax2 je.. anak perlu tahu dia belajar utk ilmu.. dan anak masing2 tahu cara yg dia suka..

Buat aktiviti pilihan yg selesa utk anak2, tersendiri ikut cara masing2. Termasuk cara belajar.

Jom kenal pasti dan raikan kepintaran anak2 kita masing2. Pasti mereka juga sgt menghargai usaha ibubapa memahami mereka ♡ insyaAllah.


Notahati: Sebagai ibu bapa memang diakui kita semua nakkan yang terbaik untuk anak2 kita. Janganlah sampai kita memaksa anak untuk belajar pandai sedangkan fasa tersebut masih terlalu awal untuk anak itu. Anak2 adalah amanah kita. Kenali mereka dan kembangkan bakat mereka. Let's have FUN learnt with them :)
Assalamualaikum.

Umum mengetahui plak gigi adalah disebabkan oleh makanan bergula tinggi. Ok, harini kita bukan nak bercerita pasal gigi tapi mengenai serangan jantung dan stroke yang juga ada kaitan dengan plak.

Bagaimana ianya berlaku?

petua turunkan kolesterol

Plak dalam salur darah terjadi disebabkan oleh KOLESTEROL dalam darah. Lama kelamaan plak ini akan semakin mengeras dan menebal. Proses ini BUKAN mengambil masa sehari ye, ianya mengambil masa berpuluh tahun semenjak anda makan makanan berlemak, bergoreng dan sebagainya.

Arteri menjadi keras disebabkan oleh kolesterol, lemak dan bahan-bahan lain terkumpul di dalam dinding arteri. Ini mengakibatkan salur darah kian sempit. Apabila plak tiba-tiba pecah, ia akan terus menyumbat salur darah maka itulah punca terjadinya stroke atau sakit jantung. 

punca sakit jantung dan stroke
Semakin banyak plak (gambarajah warna kuning), semakin sempit salur darah yang menyebabkan aliran darah makin perlahan
Kenapa masalah ini terjadi?

Jawapannya mudah! Kerana budaya pemakanan kita. Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta kalori adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. Anda tak percaya?? Cuba lihat gambar di bawah.

menu malaysia

Cuba bayangkan anda sedang mengambil menu harian Malaysia seperti ini:

menu malaysia

menu malaysia

Nah, sekarang anda tahu mengapa sakit jantung dan stroke menyerang ramai rakyat Malaysia. Sebab kita makan makanan yang memberi kesan kesihatan untuk jangka panjang. Tak ikut piramid makanan. Tak bersederhana dalam makan. Atau boleh jadi kita tak tahu nilai kolesterol dalam makanan.

Berita baik pada anda yang suka makan, Shaklee ada menawarkan set kawal kolesterol yang mampu menolong mencegah kolesterol anda daripada mencanak naik.

ubat kolesterol

Set kawal kolesterol ini membantu dengan 4 cara iaitu:
1) MENCEGAH kolesterol jahat untuk masuk dalam tubuh anda melalui salur darah
2) MENGURANGKAN paras kolesterol jahat LDL dan meninggikan paras kolesterol baik HDL
3) MENAMBAH BAIK otot jantung dengan membekalkan tenaga kepada jantung untuk mengepam darah dengan lebih baik
4) MELINDUNGI salur darah daripada pembentukan plak, kolesterol jahat LDL dan keradangan

Antara testimoni mereka yang telah mencuba produk Shaklee ini ialah:

ubat stroke

ubat stroke

ubat kolesterol

Lagi testimoni boleh baca di SINI.

Kalau anda sayangkan kesihatan dan nyawa anda usah berlengah lagi cepat-cepat kontek saya ok. Eksklusif untuk pelanggan saya sahaja, Sue akan kongsikan menu makanan yang rendah KOLESTEROL tapi sedap. Special untuk korang yang beli dari Sue sahaja k ;)

register membership shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.
Beli Sekarang!
Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285.
Assalamualaikum.

Cuti sekolah sudah bermula. Ibu-ibu pasti gembira untuk mencuba resepi baru pencuci mulut untuk anak-anak. Paling best menu ni ibu-ibu boleh buat dengan anak-anak. Ini merupakan salah satu aktiviti menarik yang anda kena cuba. Anak-anak pun mesti suka.

pancake

Bahan-bahan:
6 keping wafer
5 biji pisang
100g cranberry kering
30g kismis hitam
30g badam
50g mentega
150g gula

Cara Membuat:
Masak gula bersama mentega. Apabila bewarna keemasan, biarkan ia sejuk seketika dan masukkan bahan-bahan yang lain. Kacau hingga sebati dan tuangkan ke atas wafer. Sedia untuk dimakan.

Nota:
Pencuci mulut biasanya mengandungi jumlah kalori yang tinggi. Bataskan pengambilannya dan amalkan gaya hidup sihat.

Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

buasir

Buka tutup pintu tandas berulangkali namun masih tidak membuang. Ouchh...Argggghhh...Eeee saya takut!!!! antara perkataan yang terpacul sewaktu anda berada di tandas. Sakitnya hanya yang pernah mengalami je yang tahu.

Kalau boleh memang langsung tak nak masuk ke tandas untuk membuang. Ianya menjadi igauan mimpi ngeri setiap malam. Aduhai....

Biasanya buasir akan surut selepas tempoh berpantang namun boleh berulang apabila wanita itu mengandung lagi. Beberapa petua merawat buasir yang boleh digunakan antaranya ialah:

  • Tuam buasir dengan pek ais berbalut kain dua hingga tiga kali sehari untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan

  • Sitz bath iaitu rendamkan bahagian punggung ke dalam besen yang berisi air suam selama 10- 15 minit. Langkah 1 dan 2 boleh dilakukan berselang seli.

  • Elakkan sembelit dengan pengambilan serat samada daripada diet atau serat yang boleh didapati dengan preskripsi doktor

  • Pergi terus ke tandas apabila ada rasa hendak membuang air besar kerana masalah sembelit berlaku jika kita melambatkannya.

Anda nak tahu info lebih lanjut tentang buasir boleh ke pautan SINI.

Set Buasir Shaklee yang boleh membantu meringankan sakit buasir adalah:

petua merawat buasir ibu hamil

OSTEMATRIX : bantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD : Baik untuk sendi/otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Testimoni mereka yang telah mencuba set buasir shaklee:

suplemen buasir

Tak sanggup tengok gambo2 buasir dalam encik google... sakit mata, so harus kita sebar2 benda baik nih. Kalo anda ibu hamil yang tak sanggup lalui mimpi ngeri ni, cepat2 kontek saya ok.

faedah menjadi ahli shaklee

Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285.
Assalamualaikum.

Hujung minggu Ahad semalam Sue berkesempatan melawat Muzium Coklat bersama dengan adik-adik Sue yang datang bercuti di rumah. Rupanya muzium coklat ni dekat jer dengan rumah Sue.

muzium coklat kota damansara

Setibanya kami di sana terdapat sebuah bas rombongan sekolah yang turut sama hadir ke muzium ini.
Bertambah meriah lah kehadiran pengunjung di sana.

Dalam muzium ini diceritakan sejarah asal usul coklat, jenis-jenis coklat, permainan berunsurkan coklat, mesin memproses coklat dan pelbagai lagi.






Kami berkesempatan melihat proses pembuatan coklat dari A hingga Z. Kalau nak tengok prosesnya, anda dinasihatkan untuk datang pada pukul 12pm dan 3pm. Ingat tau. Kang melepas menyesal pulop. Hehe..




Selepas demonstrasi cara membuat coklat siap, kami semua diberi peluang untuk merasa hasil coklat tersebut. Ternyata rasanya memang cukup sedap..Yummeh!



Sebelum balik, semua pengunjung berpeluang untuk membeli coklat di sini. Banyak pilihan coklat yang ada antaranya M&M, Daim, Hershey's dan lain-lain.



Sebelum balik jom kita bergambar lagi.




Jika anda berdekatan dengan muzium coklat ni, bawalah anak-anak anda ke sini sebagai salah satu aktiviti sempena cuti sekolah. Memang berbaloi. Tiada yuran masuk yang dikenakan.

Alamat:
DR Group Holding Sdn Bhd
(Chocolate Museum @ Kota Damansara)
No 2, Jln Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1,
47810 Kota Damansara,
Selangor.

Tel: 03 6143 4460 / 03 7490 4260

Fax: +603 6140 8825

Website: www. drgroup.com.my

Waktu operasi: 10AM- 5PM
Entry Sticky Post. Entry terbaru sila scroll bawah.
Assalamualaikum.

Di sini Sue ingin mengambil kesempatan membuat sedikit hebahan berkenaan dengan kempen Back To School 2015 bersama anak yatim Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah Cheras (RKKTB).

back to school 2015

Sue bersama rakan-rakan seperjuangan Shaklee dari group RichFamily telah merangka satu program untuk serahan barang-barang sumbangan kepada RKKTB pada 14 Disember 2014.

Sehubungan dengan itu, kami semua sedang bekerja keras sedari awal bulan lagi bagi mengumpul dana untuk membeli barang-barang keperluan anak-anak yatim sebagai persedian buka sekolah tahun hadapan.

Latar belakang RKKTB

Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah Cheras dibangunkan dengan satu tujuan untuk menyediakan tempat perlindungan dan jagaan yang terbaik kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk menjamin pertumbuhan jasmani dan emosi yang sihat dalam suasana yang tenteram dan selamat. 


Kanak-kanak yang diperintah masuk ke rumah ini adalah terdiri daripada anak-anak yatim, miskin, didera, ditinggalkan dan yang terabai.

Berdasarkan maklumat daripada RKKTBC, seramai 70 orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 7 tahun sehingga 12 tahun dikenalpasti akan menjalani sessi persekolahan 2015 nanti. 


Dengan ini, Kempen Back To School 2015 yang bertujuan untuk membantu anak-anak ini bersedia untuk kembali ke alam persekolahan dengan keadaan yang gembira dan ceria sama seperti anak-anak kita. 

Sumbangan yang dikumpulkan nanti akan terus disalurkan kepada tabung untuk pembelian peralatan persekolahan mereka. Kami juga telah mendapatkan kerjasama dari pihak Mydin untuk mendapatkan bekalan kesemua peralatan sekolah yang diperlukan .


Bagaimana sumbangan boleh dibuat?

1) Dengan setiap pembelian produk Shaklee dari mana-mana SID di bawah payung RichFamily, 10% keuntungan akan terus disalurkan ke dalam tabung RKKTBC.

Anda boleh menghubungi Sue SMS/WHATSAPP: 013 4774 285 untuk belian mana-mana produk Shaklee.

2) Sumbangan mengikut kategori yang dikehendaki seperti dibawah;

1)Tajaan Kelengkapan Sekolah : RM150
2)Tajaan Set Pakaian Sekolah: Rm100
3)Tajaan Sepasang Kasut : RM30
4)Tajaan Korporat : RM1500 (minima 10 orang)

Selain dari keperluan persekolahan, pihak RKKTBC juga sangat memerlukan bantuan seperti selipar, lampin pakai buang saiz S – XXL dan juga tikar. Jika kutipan Tabung Back To School mencukupi untuk menampung keperluan 70 orang anak yang bersekolah, baki wang tersebut (jika ada) akan digunakan untuk membantu belanja dapur dan keperluan-keperluan lain pula.

Dengan ini, kami sangat berbesar hati agar anda semua, dapat menyumbangkan sedikit bakti kepada aktiviti ini. Kutipan atau tajaan boleh disalurkan terus ke akaun:
Puan Norliza Rusman 
(CIMB 7602390876 notify ke lydzar@gmail.com). 

Mohon tuan/puan mengisikan GoogleForm ini : http://bit.ly/tabungBackToScoolRAYTBC.

Kerjasama dan keprihatinan semua pihak untuk menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

'Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil.”

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu.

Semalam Sue sekeluarga makan malam di Restoren Authentic Chinese Muslim. Kebetulan parents Sue dari Kedah datang KL untuk majlis konvokesyen adik Sue pada hari Isnin ni. So kami pun sama sama makan di sana.

Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga apabila adik Sue belanja makan malam kami. Jom kita tengok apa menu yang kami makan.

Daging capsicum

Mee goreng, udang butter prawn, cendawan goreng rempah, daging capsicum
Takde dlm gambar nasi putih kuah ayam padprik dan mee kuah cendawan daging
Dalam teko tu teh jasmin, harum bau teh tu dan tidak bergula

Dua meja untuk kami semua
Buku menu

Overall makanan semua memang sedap, cuma mee tu terlebih sos dan menyebabkan rasa agak masin sedikit. Sue bagi 3 dari 5 bintang. Adik cakap tukang masak dan owner kedai ni adalah dari China.

Semalam berkesempatan jumpa dengan owner kedai ni, memang betul dari China, bukan Cina Malaysia ye.

Restoran ni beroperasi sehingga jam 10 malam. Memang ramai sangat pengunjung yang datang makan pada malam itu. Kami pun hampir-hampir tak dapat meja makan. huhu..

Kami makan tak habis, semua makanan kami tapau bawa balik. So jadilah breakfast kami pagi ni.

Berminat nak mencuba boleh datang ke restoren Authentic Chinese Muslim, Jalan Genting Kelang, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

No telefon Yusuf Chen: 034 131 8144 atau 010 517 3269

FB: LambShepherdRestaurant